Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Kisah Awal Muharam

Sedang melayan mamat ni bermain-main... Ini hidung Aeman..Nampak tak isi dalam lobang-lobang itu?? Alkisahnya..semalam Awal Muharam.Tengok dekat kalendar public holiday . Tapi my company tak cuti. Tapi yang sengalnya.. baby sitter Aeman ni boleh pulak cuti sedangkan dah inform awal-awal yang aku kerja hari tu.. Adeih.. parah betul la. Ade ke patut cuti dia nak sama dengan public holiday . Keadaan dah kritikal sebab tak ada siapa yang nak jaga si Aeman ni. . Then bila aku ngadu dengan office bout this small matter, diorang suruh aku ambil cuti tanpa gaji.Adeih..geram betul aku...Tak tau nak lepas dekat mana ha. Memang sengal... Menyusahkan aku la... Rasa macam nak potong gak gaji dia tu(Huhuh..sakit kepala aje fikir).. Jadi tak jadilah aku pergi kerja..Sedangkan dah siap pakai baju kerja dah.Huhuh.. Nasib baiklah ade walker tu. Aeman bolehlah dia bermain seorang diri.. Aku pulak sampai tertidur penat perhatikan Aeman ni bermain. Andailah Aeman tahu apa yang dah terjadi pada hari itu..
At 5 to 6 months, your baby can bear weight on his legs when held upright and is able to make purposeful hand movements, such as trying to grasp an object. Try propping him up in a sitting position and let him stand on your lap. Provide toys and rattles for him to grasp and shake. Talk to him constantly and imitate his sounds. As you do, keep eye contact, and when referring to an object, direct your gaze and his to it. Now is a good time to begin

Boring & Boring ..

Awatla aku dah malas nak update blog nih.. Azam baru , menjelang tahun baru ialah nak upadate selalu even update benda yang entah pape jer..Ececeh Ni aeman ngah tido dengan nyenyak nye,.. Air susu dah meleleh2 ni , Aeman x jaga2 lak2.. Papa lak keje memalam sabtu nih. Ades .. Boring , boring sampai nak tergolek boring nih.. Mula la nak mengedit gambo² untuk letak kat dalam blog nih.. Ini di antara wajah2 tembam ngah lena dibuai mimpi² indah Yang ni pulak wajah Aeman yang semakin membesar Ni pulak kek mase besday papa aritu.. Hmm..dah kut..nenanti la upload lagi gambar..Penat dah...NgantukzzZZZzzz...Papa pun dah tido tu..Hehehehe...

Kenangan - Photos kawen dulu .. Hahaha

Ni atas permintaan saudari ema..heheheh..Kalo x, tidak akan kuletak gambo tawen ku di sini.. hahahaa...

MATAHARI

Kudatang mencarimu Yang berselindung dalam bayangan Ternyatalah kealpaan Menjadi duri dalam jiwaku Semakin jauh menyusur matahari Semakin aku hilang arah tujuku Tidak kusangka yang terang akan suram Meskipun intan bayangnya Jua tak berwajah Biarpun gelap malam Mata terpejam hatiku tenang Kekusutan ansur pulang Bersama bayang siang semalam Baru kutahu ertinya Sakit yang mencengkam dada Malam yang sesepi itu Terbuka jalan selebar dunia Semakin jauh menyusur matahari Semakin aku hilang arah tujuku Tidak kusangka yang terang akan suram Meskipun intan bayangnya Jua tak berwajah Biarpun gelap malam Mata terpejam hatiku tenang Kekusutan ansur pulang Bersama bayang siang semalam Baru kutahu ertinya Sakit yang mencengkam dada Malam yang sesepi itu Terbuka jalan selebar dunia Kudatang mencarimu Yang berselindung dalam bayangan Ternyatalah kealpaan Menjadi duri dalam jiwaku

Kenangan Terindah

Aku yang lemah tanpamu Aku yang rentan karena Cinta yang telah hilang Darimu yang mampu menyanjungku Selama mata terbuka Sampai jantung tak berdetak Selama itu pun aku mampu Untuk mengenangmu Darimu kutemukan hidupku Bagiku kaulah cinta sejati Bila yang tertulis untukku Adalah yang terbaik untukmu Kan kujadikan kau Kenangan yang terindah dalam hidupku Namun takkan mudah bagiku Meninggalkan jejak hidupku Yang t'lah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah Darimu kutemukan hidupku Bagiku kaulah cinta sejati

aEMAN di Kesejukan ...

Last weekend , kami pergi bercuti ke genting .. Hehehe.. First time Aeman merasai suasana sejuk..

DISCRIMINATION!!

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut: Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya. Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya. Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kump
Hehe..saje testing benda alah ni..boringnyelahai..Aeman semalam terpaksa minum susu tepung..Sebab stock susu badan cuma dapat 2 botol je dalam 3 hari berturut-turut ni..Sudahnya mama kena ulang alik opis tengah hari untuk breastfeed Aeman..Maklumlah,budak dah makin besar makin kuat lah dia menyusu..Terpaksa buat backup.Tapi mama pilih susu berasaskan soya untuk Aeman. Susu tepung bukanlah keutamaan bagi Aeman buat masa ni.Mama akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan stok susu badan untuk Aeman.Hehehe.. Semalam Mama ada cuba makan mee suah . Orang cakap usaha untuk tambahkan susu badan.Malam tadi mama buat sup sayur+Mee suah..Resepi pun mintak dekat kak ita.Sebab kak ita yang belikan mee suah tu.Mama manela tau rupa mee suah tu..Thanks to Kak Ita..ahaks..Alhamdulillah tadi mama pam, sekaligus dapat balik 2 botol..Moga next session akan bertambah lagi!!Chaiyok,chaiyok!!

CONVO DAY..

Letih..convo day semalam..Hehe..orang lain bawak parents ..aku bawak husband and son..Terkejut je all my buddies..

Rehearsal Convo

With my hubby attend rehearsal ceremony at Uia..Malam tadi Tasya tidur rumah,sebab esoknya nak pergi rehearsal tu sekali gerak je la dengan aku. Ceh kononnya bawak Aeman ni oklah.Sudahnya hubby melayan dia kelam kabut.Bukan taknak tinggalkan dekat baby sitter.Tapi mesin pam susu tertinggal adapter dekat office.Perahan susu semalam dekat office lak cuma dapat 1 botol.So,tiada pilihan lain terpaksa la bawak si Aeman ni.Kalau tak apela dia nak minum..Mana cukup 1 botol aje.. Hmm ..agak kelam kabut la semalam tu,sebab malam tu gak my previous housemate(masa time dekat iic) tu kononnya nak ziarah tengok si Aeman ni.So memandangkan aku pulak keje siang tu.So janji lah dengan diorang supaya datang malam.Aku jamulah mereka ni dengan mee goreng mamak style dan bubur kacang.Masak macam charlie chaplin(sebab terkejar-kejar dengan si Aeman ni). Huhuh so sad....sebab miss amik gambar dengan coursemate...Ruginyelahai...sebab sayangkan anak punya pasal ,benda sekali dalam hidup ni pulak ter miss..Huh

INFORMASI PASAL EKZEMA

Ikuti langkah penjagaan kulit sensitif dan kulit yang cenderung menghadapi masalah ekzema... * KURANGKAN pendedahan kepada bahan yang boleh menyebabkan keradangan kepada kulit anda. Antara bahan yang boleh menyebabkan keradangan termasuk pembersih rumah, detergen, losen selepas bercukur, sabun, gasolin, turpentin dan larutan-larutan lain. Cuba elakkan pendedahan kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan ekzema bermula. Memandangkan sabun dan keadaan lembap (basah) boleh menyebabkan radang kulit, basuh tangan atau bahagian kulit lain hanya mengikut keperluan terutamanya jika anda mempunyai ekzema pada kawasan kulit berkenaan. Pastikan juga untuk mengeringkan tangan (atau kulit basah) dengan elok. * GUNAKAN sarung tangan untuk melindungi kulit tangan. Gunakan sarung tangan plastik atau vinil untuk kerja yang menggunakan air atau kerja yang terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan radang kulit. Gunakan juga sarung tangan kapas di bawah sarung tangan plastik bagi menyerap peluh pada k

Lagi panduan dan khasiat daripada susu ibu

Penyusuan bayi dengan susu ibu sering diperkatakan oleh pengamal-pengamal perubatan dan kesihatan bayi. Hakikatnya susu ibu sangat penting untuk perkembangan tubuh badan dan minda bayi. Dalam Islam, budaya menyusu dengan susu ibu sangat digalakkan, malah sehingga bayi berumur 2 tahun masih digalakkan menyusu dengan susu ibu. Dan begitu juga dengan konsep ibu susuan juga adalah galakan supaya menyusu bayi dengan susu badan ibu. Apa khasiat menyusu dengan susu Ibu? Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu

Menjelang konvo

Hari jumaat rehearsal(wajib hadir kalau tak datang tak boleh hadir konvo).Sabtu tu hari konvo. Jubah dah aku ambil hari Rabu yang lepas di IIC.Daripada haritu nak dok test jubah tu tapi sampai la ni la tak sempat-sempat lagi.Sibuk nya jadual aku setiap hari. Ni baru anak satu.Kalu dah , dua ,tiga dan ke atas tu tak taulah macam mana aku nanti.Yang satu ni pun dah cukup sibuk dan kelam kabut dibuatnya.Huhuhu.. Job pulak makin banyak yang masuk.Super heavy duty lagi gitu task sekarang ni..Kat opis dah la cukup sibuk.Semua kat IT ni dah muka-muka baru.Tinggal aku je yang masih kekal di sini. Yang lain dah berhijrah kemana-mana dah. Yang sorang tu pulak hujung bulan ni last.Tinggal aku la yang boleh dikatakan lama(padahal baru setahun lebih jer).Terkejar dan mengejar serta berkejar-kejaran. Balik kerja je sibuk uruskan hal rumah tangga. Lagi pulak anak tak boleh dilepas.Kalau lepas merengek,merajuk,menangis dan yang paling sadisnya tu melalak sampai dengara jiran-jiran semua.Terkejar-kej