Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Operation Resdung

Semalam pergi checkup pakar ENT dkt Hospital Pusrawi. Doc said my resdung dah peringkat 2 (series nak ke kritikal)... Then on Monday(4/1/2010) nak wat endoscopy operation.. So, ngah planning mcm mana baby Aryan nanti nak letak mana,sape nak jaga..huhuhu...si Aeman xdela nak heran sgt coz dah besar sikit,papa dia leh handle. Cian adik.. Hopefully pas ni mama sembuh dari srott srett hidung ni tiap pagi hari, Insya Allah Amin...

BAWAK ANAK2 JENJALAN

Aeman dan Aryan ketika mama & papa bawak jenjalan kat titiwangsa..letih melayan si abg je pun..huhuhu,si adiknyer tdo... by Anis

UPDATE : BABY ARYAN TERKINI

update wajah anak anak kesayanganku terkini.. ni ha nak tunjuk muka baby aryan yg dah besar sihat bulat... kekeke... by Anis

MAB

Masa dlm pantang bersalin aku tercari-cari kaedah family planning yg xkan menyusahkan badan..Ingat nak wat "implan".. tapi tak de masa nak pergi klinik lagi. Kalau tiap kali telefon k.imah, soalan pertama selepas jawab @ bagi salam "kamu dh masuk ubat???". Hahaha.terlampau prihatin kakak ku seorang ni.. So aku kena cepat ambil payung sebelum hujan lagi. Hehehe tak dan aku nak jawab soalan cepu emas kak imah tu lagi. So,sementara nak tunggu wat implan tu aku cuba makan "Maajun Anggun Bistari". First time dengar pasal mab ni dari kak ain ss. So akhirnya hati ku tergerak mencuba sebab aku memang tak nak makan pills.. takut side effect!! huhu,sayang badan oOoOO!! Kalau boleh nak guna perancang yg tak beri kesan buruk pada tubuh badan aku..walla~ Jeng jeng jeng...setelah nifas behenti.Lepas hari 44 baru aku start makan mab.seminggu makan keluar dah peyed aku.Suka x terkata sebab nila peyed 1st selepas beranak yg sulong, last 2 years... Now 1 botol tu masih tak

Muhammad Aryan Hafiy

Ini dia baby Aryan . Berat Lahir : 2.74 kg . Tempoh Duk sepital : 11 hari . Mode Bersalin : Normal . Tarikh Lahir : 22/09/2009 (3 Syawal) .

ADIK PINDAH KE K5

Good News !!! Papa baru call, inform adik nak pindah K5 dah:) Mean , mama leh temankan adik dah kat wad:) Adik,cepatlah sembuh... Huhuh..kena tinggalkan abg Aeman dkt ibu lagi la masa papa gi keje .. Cian plak dekat Aeman.. Sabar ye semua.. Ni semua dugaan. Ada hikmah di sebalik ni.. Insya Allah..

Baby Aryan Semakin Sihat

Semalam, baby Aryan ditempatkan di stage 1 kat wad, (bukan illness case)..Huhu dia dah duduk dalam baby coat. Bukan dalam inkubator lagi :) ..Semoga anak mama , baby Aryan cepat sembuh... Amin Ya Allah.. Dapat breastfeed dia directly. Dapat sentuh , peluk , cium dia . Huhuh.. tapi x puas la.. Sebab jumpa sekejap jer. Hantar susu perah tu dan tengok perkembangan dia. Tulah rutin setiap hari sepanjang babty Aryan duk dalam wad. Haa..lagi satu Aeman dah dapat tengok adik dia :) . Suka dia tengok mama dukung adik dia. Adik Aryan cepatlah sembuh.. Boleh balik sama-sama :) .Jumpa abang Aeman :)

Sejarah Hari Raya Aidilfitri 2009

Ni gambar raya yg sempat diambil ketika hari raya pertama. Sempatlah si Aeman menikmati suasana hari raya dalam mama ngah kesakitan nak beranak.. Huhu.. malam tu jer terus pergi hospital,dan mama terus kena tahan wad. Pada hari raya kedua mama beraya di hospital, pukul 10.30pm , mama ditolak ke labour room. Pukul 11.30pm doktor pecahkan air ketuban. Papa temankan mama sepanjang menanti adik lahir. Tepat pukul 6.23 pagi (22/09/2009),hari raya ke tiga.. Adik selamat mama lahirkan.. Terdengarlah tangisan Muhammad Aryan Hafiy subuh-subuh tu. Legalah mama rasa.. Tapi... pada siang harinya setelah mama ditolak ke wad kembali, adik telah dihantar ke NICU untuk rawatn lanjut. Kaki adik biru,nafas berbunyi,dada tinggi,pernafasan adik kelam kabut, and adik tak nak menyusu.. Sehingga kini dah 6hari adik berada di sana.. Semoga adik selamat dan cepat sembuh. Kami rindukan adik....

PUREENCLEARANCE STOCK PROMOTION

Huhuhu.. its back!! Actually barang baby dlm perut ni dah borong bln 5 lepas. Tapi,baby besar kat luar tu banyak dah rasmikan semuanya. Ape jer tinggal??? Hahaha..dgn badan dia semakin tembam,baju dia semua dah fit. Cian adik Aeman , terpaksa mewarisi barang2 abang dia nanti. Abang dia dapat barang baru semuanya, adik dapat seond hand jelah yerk.. So ni kena wat reminder ni.. Takut ter"miss" lak.. To all mummies , hurry!!! sila klik sini ...

Menu Petang

Yang ni tak tau ape nama kuih ni.. Main bedal buat jer ... Bahan inti : -Sardin -Bawang merah (cincang) -Bawang Putih (cincang) -Lada sulah -Kobis (racik halus) -Garam -Gula Bahan kulit : -Tepung gandum -Serbuk kunyit -Lada -Telur Cara-cara : -Kulit buat macam buat lempeng tu.. -Intinya,tumis semua bahan . -Nak wat kuih ni, sapu inti atas kulit.Pastu balut elok-elok. -Dah siap pun.hahaha....

Pizza 3 Version..

Ni 3 doh pizza buatan sendiri..Wakaka..entah ape ape ajer.. Ade version hangus, Version kulit tebal , and version sempurna pun ade gak. So x x payah la aku letak resipi kat sini .Kih kih kih..

Senarai Keperluan Bersalin Di Hospital

Senarai keperluan bayi di hospital • 2 helai tuala mandi • 2 helai selimut • 20 helai kain lampin / pampers • 2 pin besar • 4 helai seluar kalis air • 4 helai baju / baju sejuk • 4 pasang seluar panjang • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan Senarai keperluan ibu di hospital • 1 helai tuala mandi • 1 helai tuala muka • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi) • 1 helai pakaian biasa • 2 pasang stokin • 1 pasang selipar • 3 helai coli khas untuk menyusu • 2 pasang pelapik coli • 5 helai seluar dalam pakai buang • sikat • berus gigi dan ubat gigi • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll) • pakaian untuk pulang ke rumah • bahan bacaan • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2 Senarai yang perlu dibawa oleh bapa • surat rujukan doktor • kad pengenalan anda • kad pengenalan suami anda • surat nikah • wang

Senarai barang keperluan bayi baru lahir di rumah

Pakaian bayi: * 3 helai tuala mandi * 4 helai tuala muka * 20-30 keping pampers atau lampin * 3 pin besar (safety pin) * 6 pasang seluar kalis air * 6 pasang baju kain kapas (lengan pendek dan panjang) * 6 pasang seluar panjang * 2 helai baju sejuk * 6 pasang sarung kaki * 6 pasang sarung tangan Barang-barang penjagaan bayi: * sebaiknya pilih barangan hipoalergenik (mengurangkan risiko alahan) * syampu bayi * mandian bayi * bedak bayi * losyen bayi * tisu basah bayi (wet tissue) Peralatan sampingan: * katil * tilam * 3 helai sarung tilam * 2 helai selimut * 2 helai pelapik plastik/getah * 2 buah baldi berpenutup untuk lampin basah/kotor * kapas * putik kapas * gunting kecil * pemotong kuku * tab mandi * barang permainan Makanan bayi: * dapatkan nasihat doktor anda berhubung dengan perkara ini Lain-lain keperluan: * kereta sorong * kerusi beroda (walker) * kerusi makan bayi *

CUKUPLAH SEKADAR.....

Harapan seorang insan bergelar isteri, cukuplah sekadar...... * Kalau keluar berjalan, tak perlu dipeluk pinggang cukuplah sekadar berpegang tangan tanda ikatan.... * Kala petang suami pulang, bukan minta di peluk cium cukup sekadar sentuhan mesra agar hilang penat badan.... * Bila hari patut di kenang, bukan harap emas berlian cukup sekadar sekuntum bunga tanda kasih dan sayang.... * Bila perut dah kenyang, bukan pujian yang diharap cukup sekadar senyuman harap-harap keringat dikenang.... * Bila melahirkan zuriat mu sayang, cukuplah sekadar sebuah kucupan didahi meski pun bagai melayan nyawa dari badan.... Nilailah diri, tanyalah hati, tafsirlah sendiri dimanakah letaknya diri disisi insan bergelar isteri.Tanyalah diri, lu fikirlah sendiri..!!!!

RUAM LAMPIN

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin. Apakah itu Ruam Lampin? Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha. Gejala-gejala Ruam Lampin Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh: * Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan. * Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi. * Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin

PASTA DELICIOUS, PASTA AEMAN

Menu lunch tadi..hahaha..simple coz dah lapar sangat...sedap & lazat.. PASTA DELICIOUS MAMA Bahan² : pasta hotdog daging kisar cili besar sayur² hijau bawang merah bawang putih cili kisar sos tomato air perahan limau Cara ² : *Rebus pasta dgn garam.toskan. *Tumis semua bahan dgn minyak(boleh ganti dgn marjerin@butter) sikit sehingga naik bau & masak. *masukkan pasta td.siap dihidang...hehehehe.. Yang ni pulak menu lunch aeman. Asyik bubur nasi jerk..hari ni meh mama tukar selera Aeman lak.. PASTA AEMAN Bahan² : pasta (siap direbus) bawang merah & putih (kisar) daging kisar carrot bawang goreng kiub ayam (sedikit ajer) air Cara² : tumis tanpa minyak daging kisar bersama bawang(sebab nanti daging kuarkan minyak,minyak x elok untuk baby).masukkan semua carrot ,air & kiub ayam.Rebus sehingga pasta & carrot lembut.Siap dihidang. Aeman pun tersenyum bila disuap oleh papa..Hehehe..sedap,lazat & berkhasiat.

ROTI BAKAR SARDIN

Hahaha..ni menu aku dgn hubby mlm tadi.dlm kul 12 lebih kami wat roti ni sama-sama..lapar punya pasal.. ROTI BAKAR SARDIN *roti gardenia *sardin(ambil isi je) *mayonis *sedikit garam *sedikit gula *lada *bawang merah *sos tiram *sos cili *cheddar cheese CARA : *gaul suma bahan. sapu atas roti.taburkan cheese. Bakar sehingga masak.Nyum,nyum,rangup & sedapppp.....

FATHERS DAY

HAPPY FATHERS DAY TO PAPA !! Loved by : Aeman, Adik & Mama ....

Thursday, May 28, 2009 Somebody's Hacking MyBlogLog & Yahoo Accounts!

Yang yahoo tu dah lame perasan..Setiap contact lists aku dapat offline message dari ym aku setiap hari.even aku x online hari2.Kebanyakannye dapat buzz dr aku..pelik tu..aku x wat pon.. Then yang betul² sure & konpem bila hubby inform yahoo profile aku link dekat org lain..giler... Sakit hati jerk rase..pastu nak clearkan keadaan & bersihkan nama baik aku di dunia cyber ni..heheheh..aku pm la semua contact lists aku,inform yang buzz tu aku..Pastu tindakan lembab aku ialah tukar password..sayang oo nak tukar id aku ni & nak wat ym baru.. Pastu aku dah xonline dah..bengang ngan insiden tu punya pasal + tak de mood nak online ym dah.. then hatiku baru tergerak tadi nak check mybloglog..SAH giler itu bukan id aku..segala profile aku dah berukar dgn ni "DaChik02866" ..pastu check punya check, ramai lagi org lain kena mcm aku ..giler..skag dh ok..insya allah..

tag dr kak ain

1.Bilakah kali terakhir anda cuci toilet? semalam 2.Pencuci apa yg anda guna? Entah ape nama entah..asal berpatutan beli jerk 3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa? 1mgu 2x-3x..Heheheh..penat wooo.. 4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam? Make sure anak dah siap makan,mandi..Malam nak relaks jer after anak tido 5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple? Paling simple sangat mee megi..tapi jarang la..kalau teringin je.Selalu tu roti@biskut jer.Malas masak malam².Kalau terpaksa macam semalam,hubbby suruh goreng sotong ball..kekekeke 6.Minuman yg anda buat setiap pagi? Setiap pagi wat minuman sendiri & aeman jerk.. aku-susu anmum & aeman-susu soya botol dia la..ape lagi..hiks..hubby xpayah..dia xkisah pun kalo aku wat pape air pepagi..air sejuk kosong dlm peti ais jugak yg dia carik..huhuh..kadang² aku wat dia minum gak la 7.Sebelum tido apa yg anda lakukan? go to toilet..wat ape yang patut 8.Harus menjawab tag ini? sesape nak jawab silakan..hehehe

Menjawab Tag Kewangan dari Kak Jue

1) Pada umur berapakah anda menerima gaji pertama & pekerjaan anda? 18 thn - lepas SPM,lepas habis PLKN sementara tunggu offer belajar...kat pasaraya Yung Fa Kulai..dpt la sebulan RM600++...penat giler.. 2) Berapakah jumlah wang simpanan anda sekarang?Besarkan jwpn anda. A. kurang 5ribu B. Lebih 5ribu C. Blm ada simpanan 3) Apakah aset pertama yg anda beli atas nama anda dan umur anda ketika itu? Xde lagi..Kete nama suami..baru plan nak beli rumah ni 5) Adakah anda pemegang credit card utama dan brp jenis credit card anda miliki? Xjd master..xmo pakai cdt card..biar husband jer pakai..hehehe 6) Adakah anda menyumbang dlm perbelanjaan seisi keluarga, nyatakan? Sekarang since x keje tidak lagi..hehehe 7) Pernahkan anda terfikir utk membuat kerja sambilan? Pernah .. banyak giler dalam planning nye.. 8) Sekiranya anda perlu menyediakan sejumlah wang yg banyak utk rawatan hospital adakah anda bersedia? Ya, selagi aku @ hubby bkerja, selagi tu company cover. Sekarang ni hubby punya cukup

Berat badan Terlebih

Tadi check up mama.. Boleh plak diorang cakap berat badan aku naik terlebih dalam masa sebulan lepas.Dinasihati supaya maintain pertambahan berat normal hanya 2kg setiap bulan.Al maklumlah, sejak duk umah ni makan cukup, rehat cukup dan tido pun cukup. Hehehe lagi satu, bukan senang berat badanku nak naik tau. Dah naik sikit pun kena tegur pulak.. Then, nurse tu bagi aku this book "Panduan Pemakanan Sihat" , disebabkan terlebih berat diorang suh aku follow pape dalam buku tu..Huhuhuh... Kekeke, aku rasa tak perlu kot. Just kurangkan kuantiti makanan yang sedia ada sekarang jer.

Balik Johor Kena Demam Lagi

Kenduri Kahwin anak Kak Nor kat Kahang Timur, Kluang. Spend 4hari dekat sana. First, tuju kampung halamanku yang tercinta, Sungai Sayong..Huhuh..kan berseri kalau rumah tu masih ada penghuni tetapnya .Teringat pula kenangan zaman silam,zaman kanak-kanak.. Pastu tidur dekat umah Kak Ani pulak. Syoknya dapat kumpul adik beradik. Walau tak semua ada, tak semeriah dulu, tapi kemeriahan tu tetap dirasa, inilah first time aku kumpul dengan dorang bersama keluarga ku sendiri.Dah beso panjang aku rupenye..heheh..Selalu ingat aku yg paling kecik ajer.. Yang ni pulak nyer , aeman campak..habis kena tepek dgn ubat sapu tu Pastu papa,mama and last sekali Aeman kena demam campak pulak... Ni lah rupa budak xsedar diri dia demam..

Masakanku

Nasi Tomato - Cepat , Lazat & Menyelerakan Muffin Coklat Kukus - Mudah , Sedap , Si& Kegemaran Aeman Cream Caramel - Sedap & Senang ........... p/s : Sesapa nak resipi ,mintak jela heh

TIPS BUAT SUAMI

*Cedok dari blogger.. Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila mendirikan rumahtangga kelak. 1. Isteri adalah manusia Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 2. Dengar pendapat isteri Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip'

Scan adik

Dah pergi scan..Huhuh..Surprised... Nampak "bebird" lagik!!!! Ni dia wajah dan aksi adik. Alhamdulillah doktor Zue said kandungan semua dlm keadaan baik. At this moment, Aeman kena demam campak buat kali yang ke 2...

Ape-ape aje

Hari minggu ahad lepas sebenarnye nak wish besaday kak idah..tapi lupa..baru tadi tepon dia wish..wakaka..ape punya adikla herk.. Hari Ahad tu papa kena keje.. Tp mama & aeman ikut.. Papa masuk opis jap pastu kuar bawak aeman jenjalan.Dah janji daripada haritu nak bawak aeman jenjalan naik lrt ke star ke ktm ke etc la.. Pas park kete kat opis papa nek la putra ke Mid Valley (itu je dekat nak pg,sebab papa kena masuk opis lagi t/h tu). First time Aeman mama & papa bawak jenjalan camtu. Agak dia letih kut. Tu nampak baik je perangai . Senangla jaga sebab kebetulan hari tu dia tak wat hal pape. Jenjalan,makan², je kat sana. Pastu kebetulan ade pameran hartanah,pameran dinosour & warehouse sale Jusco. So pas shopping dah xlarat sgt nak jalan baru blk.Huhuh.agak lame dah mama dgn papa ni x jenjalan naik public trans ni.Lagi senang nek kete kata papa. Surrender dan agak xlarat nak jalan lagi dah.Sebab si Aeman ni boring duk dlm stroller mintak dukung la.Huhuh makin xlarat kami b

AEMAN SAYANG

Apa yang membuatkan mama nekad untuk berhenti kerja ialah bila terpandang wajah Aeman..Naluri keibuan mama tak dapat nak diungkapkan bila setiap kali mama pulang atau nak pergi kerja.. Mama tengok air muka Aeman selalu berubah.Kalau mama cuti tu, sepanjang hari mama luangkan masa layan Aeman.Mesti terpancar wajah kegembiraan dia tu. Kesiannya anak mama ni..terpaksa kena tinggal. Masa tu mama selalu terfikir..Nanti kalau mama dah start masuk kelas ada cukup masa ke mama untuk Aeman? kalau mama terus kerja?Dahlah waktu kerja papa shift. Kalau jadual Aeman dah set macam tu tiap hari , tapinya jadual papa asyik berubah tiap minggu.Kadang-kadang Aeman jumpa papa, kadangkala nya tak dapt jumpa langsung. Kalau office hour papa dan mama sama,maybe mama masih bekerja @ mungkin tidak.Sebab ni pilihan mama sendiri.Papa tak halang pun mama kerja ke tak ke.Huhuhu.Bertambah sayu mama kalau mama fikirkan pasal Aeman ni.. So, sekarang selepas dah berhenti kerja.Duk rumah , setakat ni mama jadi surirum

Lists soya milk for baby

Kali ni nak cerita pasal susu Aeman lak.. Alhamdulillah,mama dah berjaya bagi Aeman susu badan sepenuhnya dari umur Aeman lahir hingga 4 bulan. Then start 4 bulan tu susu badan mama dah tak cukup nak supply untuk keperluan seharian Aeman. So masa tu mama start test Aeman bagi susu formula. Mula-mula tu sedih je sebab terpaksa bagi anak mama susu formula ni. Tapi nak wat cemana kan..Kena gak..kang mama keje masa tu Aeman kelaparan plak. So mama try lah beli susu tin kecil dulu.Masa tu mama beli dumex(susu lembu).Tapi mengikut babysitter yang jaga anak mama ni dia tak berapa nak. Then mama try susu Lactogen(susu lembu gak).Aeman macam kena ruam kat leher dan badan. Then mama try wat research pasal susu lain lak. Mama seboleh bolehnya masa tu nak anak mama ni bebas dari susu lembu.Pastu barulah mama tahu yang kat market nowdays dah ade susu soya.So mama pergi klinik panel pun ada terbaca pasal susu soya ni.Jadi mama dgn papa pergilah mencari susu soya sesuai untuk Aeman.So dalam banyak²

Seronoknya duk umah...

Lama betul aku tak update mendaalah ni..Huhuh..malas.... Seronoknye duduk umah... Setakat ni keje full time dekat umah aje..heheheh.. Kepala pun rasa rilex aje..Tak yah fikir lagi perkara yang mengong-mengong masa keje dulu. Pening ooo..Mase tu xcukup rehat..Dgn aeman yang buat perangai.Xkasi chance langsung mama dia rehat penat2 balik tu.Pastu esok nya sakit kepala dgn keje lg..Huhuh..begitulah rutin harian ku semasa jd "programmer".. Now nak rilex sekejap..Perut pun dah nampak berisi..Adik aeman dah besar dlm ni dah..Pasni nak tumpukan kat study & family aje..Pastu bila anak2 dah besar sikit..Insya Allah kalau hati ni dah sedia nak memenatkan diri lagi di alam pekerjaan,kerjalah aku balik..Now nak wat yang terbaik untuk diri,family & anak-anak aje.. Yang lelain tu nanti la aku update lagi...Sebab budak kecik ni dah memanjat badan aje dari tadi..Tu yang rase xde feeling je nak online.Sebab dak kecik ni mesti kaco..

Tragedi March ini..

Adoi..klasiknya tajuk mama kali ni.. Tapi tulah hakikatnya.. First of all.. Mama dah decide wat sementara ni nak fokus dekat family & study mama yang tertangguh tu. Cadangan ini telah disokong 1oo.1% oleh papa dengan wajah senyum melebar dia tu..walaupun sukar..tapi mama nak sacrifice untuk 2 perkara nilah dulu..Insya Allah semoga habis je study mama nanti tu, mama boleh melangkah lebih jauh dlm alam pekerjaan nanti.. For now cukuplah dulu expert & experience yg ada dlm bidang ni.. bak kata mama dekat papa, mama masih muda lagi,the end of 21 years old baruuu..heheheh.. Alhamdulillah base on experience..dalam usia seperti ni mama dah capai segala-segalanya..Tapi baru sebahagian saje..Banyak lagi yang mama perlu usahakan.. Good luck mama Aeman..So.. on the 1st of March , mama send "love letter" direct to the boss.. Hahaha.. So nak ikutkan mama pas anta tu nak golek2 & uli2 tembam aje dkt rumah..tapi masih ade contract lagi,InsyaAllah bulan June nanti mama start stu

Potong Jambul

ni nk wat pe ni...sakit kepala pikir la... apela semua org nyanyi ni..nak tdo pun xboleh r... encem xsaya?dgn baju melayu abg tuah ni...heheheh ahh tido jela...penat r... Even anak mama dah genap 7 bulan... Majlis kenduri kesyukuran + potong jambul Aeman di adakan sekali.. Alah..ikutkan aje la ye man kan..huhuh.. pada 8/3/2009(ahad)..

Heppi sudah..

Mane papa ni.... Lame sgt Aeman tunggu papa..tidolah lagi bez.. Yeayyeahh... Papa ke tu?? Yeayyyeah.. papa dah balik !!!!

Hati terluka ...

Sob sob... sedeyhla.. Huhu hari ini ramai sangat MC.. dahla opis dekat dgn batu caves.. Boleh plak company xamik cuti.. Xpela, keje jela.. Anniversary??huhuh... Tadi explore resipi kek coklat yang simple².. Ptg ni aku nak test wat la.. And.. Ni lah hasilnye....(atas tu aku tabur choclate rice).. Pastu ade makhluk mengidam nak makan pulut kuning+kari.. Petang ni nak berperang dkt dapur.. Aeman jgn kaco mama heh....pi main jauh²..huhuh...

BIDADARI

Apakah Bidadari?? • BIDADARI adalah minuman berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan suami isteri dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti madu asli, sirih, akar serapat, kacip fatimah, kurma, manjakani, jarum emas, asam jawa, daun cekur dan lain-lain herba terpilih. • BIDADARI kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E, sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri). Bahan Kandungan : Madu Asli, Manjakani, Sirih, Serai, Akar Serapat, Jarum Emas, Kacip Fatimah, Asam Jawa, Kurma dan lain-lain herba terpilih Apakah kelebihan Bidadari?? • Membantu mengatasi masalah senggugut • Membina rahim • Mengecutkan rahim • Mengecutkan otot faraj • Menyempitkan faraj • Menguatkan system kemutan • Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin • Menambahkan kol

Babysitter Oh Babysitter..

Alhamdulillah.. Sekarang Aeman dibawah jagaan Kak Zah pulak..Kalau dulu makcik Zah yang jaga.. Sebagai parent yang prihatin, tindakan kami menukar Aeman kepada bbsitter yang baru adalah tindakan yang paling bijak. Segala kemungkinan we all dah fikir masak-masak.Ini semua demi anak. Tak maulah menyesal di kemudian hari... Macam-macam kisah dah jadi sekarang ni. So ,kalau nak cakap bab 'jaga hati'. Kami ni sebagai parent dah cukup 'makan hati' dengan tindakan makcik Zah.. Mungkin dia fikir kami tak tahu,sebab kami tak nampak. Mungkin dia fikir kami tak kisah, sebab kami tak bising. Mungkin dia fikir kami tak peduli, sebab kami percaya dia. Mungkin dia fikir kami gembira, tapi kami susah hati dengan tangisan dia. Mungkin dia fikir kami tak tahu, tapi hakikatnya kami tahu. Mungkin dia fikir dia boleh sembunyikan sesuatu, tapi ramai yang boleh beritahu. Mungkin dia lupa,tapi kami ingat. Mungkin juga dia lupa, naluri seorang ibu yang menyusukan bayinya.. Sebenarnya,banyak ma