Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

RUAM LAMPIN

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin. Apakah itu Ruam Lampin? Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha. Gejala-gejala Ruam Lampin Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh: * Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan. * Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi. * Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin

PASTA DELICIOUS, PASTA AEMAN

Menu lunch tadi..hahaha..simple coz dah lapar sangat...sedap & lazat.. PASTA DELICIOUS MAMA Bahan² : pasta hotdog daging kisar cili besar sayur² hijau bawang merah bawang putih cili kisar sos tomato air perahan limau Cara ² : *Rebus pasta dgn garam.toskan. *Tumis semua bahan dgn minyak(boleh ganti dgn marjerin@butter) sikit sehingga naik bau & masak. *masukkan pasta td.siap dihidang...hehehehe.. Yang ni pulak menu lunch aeman. Asyik bubur nasi jerk..hari ni meh mama tukar selera Aeman lak.. PASTA AEMAN Bahan² : pasta (siap direbus) bawang merah & putih (kisar) daging kisar carrot bawang goreng kiub ayam (sedikit ajer) air Cara² : tumis tanpa minyak daging kisar bersama bawang(sebab nanti daging kuarkan minyak,minyak x elok untuk baby).masukkan semua carrot ,air & kiub ayam.Rebus sehingga pasta & carrot lembut.Siap dihidang. Aeman pun tersenyum bila disuap oleh papa..Hehehe..sedap,lazat & berkhasiat.

ROTI BAKAR SARDIN

Hahaha..ni menu aku dgn hubby mlm tadi.dlm kul 12 lebih kami wat roti ni sama-sama..lapar punya pasal.. ROTI BAKAR SARDIN *roti gardenia *sardin(ambil isi je) *mayonis *sedikit garam *sedikit gula *lada *bawang merah *sos tiram *sos cili *cheddar cheese CARA : *gaul suma bahan. sapu atas roti.taburkan cheese. Bakar sehingga masak.Nyum,nyum,rangup & sedapppp.....

FATHERS DAY

HAPPY FATHERS DAY TO PAPA !! Loved by : Aeman, Adik & Mama ....

Thursday, May 28, 2009 Somebody's Hacking MyBlogLog & Yahoo Accounts!

Yang yahoo tu dah lame perasan..Setiap contact lists aku dapat offline message dari ym aku setiap hari.even aku x online hari2.Kebanyakannye dapat buzz dr aku..pelik tu..aku x wat pon.. Then yang betul² sure & konpem bila hubby inform yahoo profile aku link dekat org lain..giler... Sakit hati jerk rase..pastu nak clearkan keadaan & bersihkan nama baik aku di dunia cyber ni..heheheh..aku pm la semua contact lists aku,inform yang buzz tu aku..Pastu tindakan lembab aku ialah tukar password..sayang oo nak tukar id aku ni & nak wat ym baru.. Pastu aku dah xonline dah..bengang ngan insiden tu punya pasal + tak de mood nak online ym dah.. then hatiku baru tergerak tadi nak check mybloglog..SAH giler itu bukan id aku..segala profile aku dah berukar dgn ni "DaChik02866" ..pastu check punya check, ramai lagi org lain kena mcm aku ..giler..skag dh ok..insya allah..

tag dr kak ain

1.Bilakah kali terakhir anda cuci toilet? semalam 2.Pencuci apa yg anda guna? Entah ape nama entah..asal berpatutan beli jerk 3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa? 1mgu 2x-3x..Heheheh..penat wooo.. 4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam? Make sure anak dah siap makan,mandi..Malam nak relaks jer after anak tido 5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple? Paling simple sangat mee megi..tapi jarang la..kalau teringin je.Selalu tu roti@biskut jer.Malas masak malam².Kalau terpaksa macam semalam,hubbby suruh goreng sotong ball..kekekeke 6.Minuman yg anda buat setiap pagi? Setiap pagi wat minuman sendiri & aeman jerk.. aku-susu anmum & aeman-susu soya botol dia la..ape lagi..hiks..hubby xpayah..dia xkisah pun kalo aku wat pape air pepagi..air sejuk kosong dlm peti ais jugak yg dia carik..huhuh..kadang² aku wat dia minum gak la 7.Sebelum tido apa yg anda lakukan? go to toilet..wat ape yang patut 8.Harus menjawab tag ini? sesape nak jawab silakan..hehehe

Menjawab Tag Kewangan dari Kak Jue

1) Pada umur berapakah anda menerima gaji pertama & pekerjaan anda? 18 thn - lepas SPM,lepas habis PLKN sementara tunggu offer belajar...kat pasaraya Yung Fa Kulai..dpt la sebulan RM600++...penat giler.. 2) Berapakah jumlah wang simpanan anda sekarang?Besarkan jwpn anda. A. kurang 5ribu B. Lebih 5ribu C. Blm ada simpanan 3) Apakah aset pertama yg anda beli atas nama anda dan umur anda ketika itu? Xde lagi..Kete nama suami..baru plan nak beli rumah ni 5) Adakah anda pemegang credit card utama dan brp jenis credit card anda miliki? Xjd master..xmo pakai cdt card..biar husband jer pakai..hehehe 6) Adakah anda menyumbang dlm perbelanjaan seisi keluarga, nyatakan? Sekarang since x keje tidak lagi..hehehe 7) Pernahkan anda terfikir utk membuat kerja sambilan? Pernah .. banyak giler dalam planning nye.. 8) Sekiranya anda perlu menyediakan sejumlah wang yg banyak utk rawatan hospital adakah anda bersedia? Ya, selagi aku @ hubby bkerja, selagi tu company cover. Sekarang ni hubby punya cukup

Berat badan Terlebih

Tadi check up mama.. Boleh plak diorang cakap berat badan aku naik terlebih dalam masa sebulan lepas.Dinasihati supaya maintain pertambahan berat normal hanya 2kg setiap bulan.Al maklumlah, sejak duk umah ni makan cukup, rehat cukup dan tido pun cukup. Hehehe lagi satu, bukan senang berat badanku nak naik tau. Dah naik sikit pun kena tegur pulak.. Then, nurse tu bagi aku this book "Panduan Pemakanan Sihat" , disebabkan terlebih berat diorang suh aku follow pape dalam buku tu..Huhuhuh... Kekeke, aku rasa tak perlu kot. Just kurangkan kuantiti makanan yang sedia ada sekarang jer.

Balik Johor Kena Demam Lagi

Kenduri Kahwin anak Kak Nor kat Kahang Timur, Kluang. Spend 4hari dekat sana. First, tuju kampung halamanku yang tercinta, Sungai Sayong..Huhuh..kan berseri kalau rumah tu masih ada penghuni tetapnya .Teringat pula kenangan zaman silam,zaman kanak-kanak.. Pastu tidur dekat umah Kak Ani pulak. Syoknya dapat kumpul adik beradik. Walau tak semua ada, tak semeriah dulu, tapi kemeriahan tu tetap dirasa, inilah first time aku kumpul dengan dorang bersama keluarga ku sendiri.Dah beso panjang aku rupenye..heheh..Selalu ingat aku yg paling kecik ajer.. Yang ni pulak nyer , aeman campak..habis kena tepek dgn ubat sapu tu Pastu papa,mama and last sekali Aeman kena demam campak pulak... Ni lah rupa budak xsedar diri dia demam..

Masakanku

Nasi Tomato - Cepat , Lazat & Menyelerakan Muffin Coklat Kukus - Mudah , Sedap , Si& Kegemaran Aeman Cream Caramel - Sedap & Senang ........... p/s : Sesapa nak resipi ,mintak jela heh

TIPS BUAT SUAMI

*Cedok dari blogger.. Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila mendirikan rumahtangga kelak. 1. Isteri adalah manusia Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. 2. Dengar pendapat isteri Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip'

Scan adik

Dah pergi scan..Huhuh..Surprised... Nampak "bebird" lagik!!!! Ni dia wajah dan aksi adik. Alhamdulillah doktor Zue said kandungan semua dlm keadaan baik. At this moment, Aeman kena demam campak buat kali yang ke 2...