Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

RUTIN DAN AMALAN PANTANG BERSALIN

Mandi hanya 2kali sehari pagi dan petang dengan air panas dan air mandian herba . Bertungku dngan tungku batu sungai yang dibalut dengan kain atau daun mengkudu selepas mandi. Seelok-eloknya 2 atau 3kali sehari lepas mandi. Kadang-kadang tak sempat so buat sekali sehari dah memadai. Hasilnya memanglah ...segar dan lega.. Tumpukan bertungku di kawasan rahim dan juga satu badan.Best sangat! Berurut tempoh 3hari berturut-turut selepas balik dari hospital di awal kelahiran. Semasa berurut tu bidan pasti sengkak peranakan yang dah jatuh. Bidan urut buang angin dekat badan.Best je rasa nanti lega , ringan dan sedap :) Berbengkung siang dan malam dan saya pastikan mesti lebih daripada 5jam. Saya lakukan selepas mandi. Sebelum bengkung wajib saya sapukan  losyen untuk hilangkan selulit dan pecahkan lemak di sekitar perut,pinggang,peha,betis. Saya pakai 3-4 jenis bengkung.Ganti-ganti bila basuh yang tu dan pakai yang lain lak. Korset ada yang untuk pinggang dan perut sajea , korset untuk

KHASIAT HERBA KAT DAPUR KETIKA DALAM PANTANG

Hari ni tentang khasiat herba kat dapur rumah kita. Berpantang kali ni aku pilih yang asli. Tak mo makan jamu yang beli tu sama ada, kapsul,pil,serbuk atau gel minum-minum ke hape ke..semua aku katakan tak nak ketika seawal tempoh berpantang dan kelahiran ni. Tujuan nak elakkan bb kena kuning. Alhamdulillah. hari ni dah 18hari Alwan tiada diserang gejala kuning langsung.. So berbeza cara aku berpantang masa Aryan dan Aeman dulu,semua bergantung pada produk instant yg aku beli kat pasaran.. Yelah..kali ni dah berpengalaman.. Apa kata kita cuba yang lain.Insya allah pilihanku kali ni paling tepat. Sebab setakat tempoh ni aku praktiskan segala masalah yang membimbangkan dari sudut kesihatan bayi dan ibu semasa kelahiran 2 anak yang lepas dapat dielakkan dan tidak berulang kali ni. Herba tu kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita. Kita suka atau tidak tolak tepi. Yang penting ianya baik atau boleh mempercepatkan proses pemulihan badan sendiri selepas bersalin itu yang perlu diteka

FAEDAH BEDUNG BAYI

Entry kali ni pasal bedung baby pula.. Setelah sekian lamanya beranak beberapa kali.. Kali ni baru terfikir pasal bedung. Kenapa? Sebab tengok baby Alwan kali ni senang je jaga. Tak banyak karenah. Tak banyak ragam. Tak banyak menangis. Tak banyak meragam tengah malam dan siang. Dialah setenang-tenang baby I ever had setakat ni in my life....  Alhamdulillah.. Mungkin dia tau mama dan papa sibuk melayan karenah 2 orang abang dia yang sangat-sangat  hyper tu kot..  Harini genaplah usia Alwan 12hari di dunia ni.. Mesti dia termimpi-mimpi lagi susana masa dalam perut dulu.. Why? Sebab sejak hari dia lahir sampailah sekarang  hari ini dia sangat kuat tidur.Mesti dalam perut dia dapat tidur hyang aman dan tenteram. Tapi lepas lahir je ke dunia banyak dugaan dia untuk mendapat tidur yang nyeyak tanpa gangguan.. Namun demikian , anak mama si Alwan ni dah sangat kebal agaknya dengan gangguan tersebut. Even gempa bumi daripada abang-abang dia yang maha dahsyat tu pun dia leh bantai lena tidur..