Skip to main content

Posts

ADIK PINDAH KE K5

Good News !!! Papa baru call, inform adik nak pindah K5 dah:) Mean , mama leh temankan adik dah kat wad:) Adik,cepatlah sembuh... Huhuh..kena tinggalkan abg Aeman dkt ibu lagi la masa papa gi keje .. Cian plak dekat Aeman.. Sabar ye semua.. Ni semua dugaan. Ada hikmah di sebalik ni.. Insya Allah..

Baby Aryan Semakin Sihat

Semalam, baby Aryan ditempatkan di stage 1 kat wad, (bukan illness case)..Huhu dia dah duduk dalam baby coat. Bukan dalam inkubator lagi :) ..Semoga anak mama , baby Aryan cepat sembuh... Amin Ya Allah.. Dapat breastfeed dia directly. Dapat sentuh , peluk , cium dia . Huhuh.. tapi x puas la.. Sebab jumpa sekejap jer. Hantar susu perah tu dan tengok perkembangan dia. Tulah rutin setiap hari sepanjang babty Aryan duk dalam wad. Haa..lagi satu Aeman dah dapat tengok adik dia :) . Suka dia tengok mama dukung adik dia. Adik Aryan cepatlah sembuh.. Boleh balik sama-sama :) .Jumpa abang Aeman :)

Sejarah Hari Raya Aidilfitri 2009

Ni gambar raya yg sempat diambil ketika hari raya pertama. Sempatlah si Aeman menikmati suasana hari raya dalam mama ngah kesakitan nak beranak.. Huhu.. malam tu jer terus pergi hospital,dan mama terus kena tahan wad. Pada hari raya kedua mama beraya di hospital, pukul 10.30pm , mama ditolak ke labour room. Pukul 11.30pm doktor pecahkan air ketuban. Papa temankan mama sepanjang menanti adik lahir. Tepat pukul 6.23 pagi (22/09/2009),hari raya ke tiga.. Adik selamat mama lahirkan.. Terdengarlah tangisan Muhammad Aryan Hafiy subuh-subuh tu. Legalah mama rasa.. Tapi... pada siang harinya setelah mama ditolak ke wad kembali, adik telah dihantar ke NICU untuk rawatn lanjut. Kaki adik biru,nafas berbunyi,dada tinggi,pernafasan adik kelam kabut, and adik tak nak menyusu.. Sehingga kini dah 6hari adik berada di sana.. Semoga adik selamat dan cepat sembuh. Kami rindukan adik....

PUREENCLEARANCE STOCK PROMOTION

Huhuhu.. its back!! Actually barang baby dlm perut ni dah borong bln 5 lepas. Tapi,baby besar kat luar tu banyak dah rasmikan semuanya. Ape jer tinggal??? Hahaha..dgn badan dia semakin tembam,baju dia semua dah fit. Cian adik Aeman , terpaksa mewarisi barang2 abang dia nanti. Abang dia dapat barang baru semuanya, adik dapat seond hand jelah yerk.. So ni kena wat reminder ni.. Takut ter"miss" lak.. To all mummies , hurry!!! sila klik sini ...

Menu Petang

Yang ni tak tau ape nama kuih ni.. Main bedal buat jer ... Bahan inti : -Sardin -Bawang merah (cincang) -Bawang Putih (cincang) -Lada sulah -Kobis (racik halus) -Garam -Gula Bahan kulit : -Tepung gandum -Serbuk kunyit -Lada -Telur Cara-cara : -Kulit buat macam buat lempeng tu.. -Intinya,tumis semua bahan . -Nak wat kuih ni, sapu inti atas kulit.Pastu balut elok-elok. -Dah siap pun.hahaha....

Pizza 3 Version..

Ni 3 doh pizza buatan sendiri..Wakaka..entah ape ape ajer.. Ade version hangus, Version kulit tebal , and version sempurna pun ade gak. So x x payah la aku letak resipi kat sini .Kih kih kih..

Senarai Keperluan Bersalin Di Hospital

Senarai keperluan bayi di hospital • 2 helai tuala mandi • 2 helai selimut • 20 helai kain lampin / pampers • 2 pin besar • 4 helai seluar kalis air • 4 helai baju / baju sejuk • 4 pasang seluar panjang • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan Senarai keperluan ibu di hospital • 1 helai tuala mandi • 1 helai tuala muka • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi) • 1 helai pakaian biasa • 2 pasang stokin • 1 pasang selipar • 3 helai coli khas untuk menyusu • 2 pasang pelapik coli • 5 helai seluar dalam pakai buang • sikat • berus gigi dan ubat gigi • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll) • pakaian untuk pulang ke rumah • bahan bacaan • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2 Senarai yang perlu dibawa oleh bapa • surat rujukan doktor • kad pengenalan anda • kad pengenalan suami anda • surat nikah • wang