Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

PUREENCLEARANCE STOCK PROMOTION

Huhuhu.. its back!! Actually barang baby dlm perut ni dah borong bln 5 lepas. Tapi,baby besar kat luar tu banyak dah rasmikan semuanya. Ape jer tinggal??? Hahaha..dgn badan dia semakin tembam,baju dia semua dah fit. Cian adik Aeman , terpaksa mewarisi barang2 abang dia nanti. Abang dia dapat barang baru semuanya, adik dapat seond hand jelah yerk.. So ni kena wat reminder ni.. Takut ter"miss" lak.. To all mummies , hurry!!! sila klik sini ...

Menu Petang

Yang ni tak tau ape nama kuih ni.. Main bedal buat jer ... Bahan inti : -Sardin -Bawang merah (cincang) -Bawang Putih (cincang) -Lada sulah -Kobis (racik halus) -Garam -Gula Bahan kulit : -Tepung gandum -Serbuk kunyit -Lada -Telur Cara-cara : -Kulit buat macam buat lempeng tu.. -Intinya,tumis semua bahan . -Nak wat kuih ni, sapu inti atas kulit.Pastu balut elok-elok. -Dah siap pun.hahaha....

Pizza 3 Version..

Ni 3 doh pizza buatan sendiri..Wakaka..entah ape ape ajer.. Ade version hangus, Version kulit tebal , and version sempurna pun ade gak. So x x payah la aku letak resipi kat sini .Kih kih kih..

Senarai Keperluan Bersalin Di Hospital

Senarai keperluan bayi di hospital • 2 helai tuala mandi • 2 helai selimut • 20 helai kain lampin / pampers • 2 pin besar • 4 helai seluar kalis air • 4 helai baju / baju sejuk • 4 pasang seluar panjang • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan Senarai keperluan ibu di hospital • 1 helai tuala mandi • 1 helai tuala muka • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi) • 1 helai pakaian biasa • 2 pasang stokin • 1 pasang selipar • 3 helai coli khas untuk menyusu • 2 pasang pelapik coli • 5 helai seluar dalam pakai buang • sikat • berus gigi dan ubat gigi • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll) • pakaian untuk pulang ke rumah • bahan bacaan • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2 Senarai yang perlu dibawa oleh bapa • surat rujukan doktor • kad pengenalan anda • kad pengenalan suami anda • surat nikah • wang

Senarai barang keperluan bayi baru lahir di rumah

Pakaian bayi: * 3 helai tuala mandi * 4 helai tuala muka * 20-30 keping pampers atau lampin * 3 pin besar (safety pin) * 6 pasang seluar kalis air * 6 pasang baju kain kapas (lengan pendek dan panjang) * 6 pasang seluar panjang * 2 helai baju sejuk * 6 pasang sarung kaki * 6 pasang sarung tangan Barang-barang penjagaan bayi: * sebaiknya pilih barangan hipoalergenik (mengurangkan risiko alahan) * syampu bayi * mandian bayi * bedak bayi * losyen bayi * tisu basah bayi (wet tissue) Peralatan sampingan: * katil * tilam * 3 helai sarung tilam * 2 helai selimut * 2 helai pelapik plastik/getah * 2 buah baldi berpenutup untuk lampin basah/kotor * kapas * putik kapas * gunting kecil * pemotong kuku * tab mandi * barang permainan Makanan bayi: * dapatkan nasihat doktor anda berhubung dengan perkara ini Lain-lain keperluan: * kereta sorong * kerusi beroda (walker) * kerusi makan bayi * ...

CUKUPLAH SEKADAR.....

Harapan seorang insan bergelar isteri, cukuplah sekadar...... * Kalau keluar berjalan, tak perlu dipeluk pinggang cukuplah sekadar berpegang tangan tanda ikatan.... * Kala petang suami pulang, bukan minta di peluk cium cukup sekadar sentuhan mesra agar hilang penat badan.... * Bila hari patut di kenang, bukan harap emas berlian cukup sekadar sekuntum bunga tanda kasih dan sayang.... * Bila perut dah kenyang, bukan pujian yang diharap cukup sekadar senyuman harap-harap keringat dikenang.... * Bila melahirkan zuriat mu sayang, cukuplah sekadar sebuah kucupan didahi meski pun bagai melayan nyawa dari badan.... Nilailah diri, tanyalah hati, tafsirlah sendiri dimanakah letaknya diri disisi insan bergelar isteri.Tanyalah diri, lu fikirlah sendiri..!!!!