Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

DISCRIMINATION!!

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut: Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya. Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya. Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kump
Hehe..saje testing benda alah ni..boringnyelahai..Aeman semalam terpaksa minum susu tepung..Sebab stock susu badan cuma dapat 2 botol je dalam 3 hari berturut-turut ni..Sudahnya mama kena ulang alik opis tengah hari untuk breastfeed Aeman..Maklumlah,budak dah makin besar makin kuat lah dia menyusu..Terpaksa buat backup.Tapi mama pilih susu berasaskan soya untuk Aeman. Susu tepung bukanlah keutamaan bagi Aeman buat masa ni.Mama akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan stok susu badan untuk Aeman.Hehehe.. Semalam Mama ada cuba makan mee suah . Orang cakap usaha untuk tambahkan susu badan.Malam tadi mama buat sup sayur+Mee suah..Resepi pun mintak dekat kak ita.Sebab kak ita yang belikan mee suah tu.Mama manela tau rupa mee suah tu..Thanks to Kak Ita..ahaks..Alhamdulillah tadi mama pam, sekaligus dapat balik 2 botol..Moga next session akan bertambah lagi!!Chaiyok,chaiyok!!

CONVO DAY..

Letih..convo day semalam..Hehe..orang lain bawak parents ..aku bawak husband and son..Terkejut je all my buddies..

Rehearsal Convo

With my hubby attend rehearsal ceremony at Uia..Malam tadi Tasya tidur rumah,sebab esoknya nak pergi rehearsal tu sekali gerak je la dengan aku. Ceh kononnya bawak Aeman ni oklah.Sudahnya hubby melayan dia kelam kabut.Bukan taknak tinggalkan dekat baby sitter.Tapi mesin pam susu tertinggal adapter dekat office.Perahan susu semalam dekat office lak cuma dapat 1 botol.So,tiada pilihan lain terpaksa la bawak si Aeman ni.Kalau tak apela dia nak minum..Mana cukup 1 botol aje.. Hmm ..agak kelam kabut la semalam tu,sebab malam tu gak my previous housemate(masa time dekat iic) tu kononnya nak ziarah tengok si Aeman ni.So memandangkan aku pulak keje siang tu.So janji lah dengan diorang supaya datang malam.Aku jamulah mereka ni dengan mee goreng mamak style dan bubur kacang.Masak macam charlie chaplin(sebab terkejar-kejar dengan si Aeman ni). Huhuh so sad....sebab miss amik gambar dengan coursemate...Ruginyelahai...sebab sayangkan anak punya pasal ,benda sekali dalam hidup ni pulak ter miss..Huh

INFORMASI PASAL EKZEMA

Ikuti langkah penjagaan kulit sensitif dan kulit yang cenderung menghadapi masalah ekzema... * KURANGKAN pendedahan kepada bahan yang boleh menyebabkan keradangan kepada kulit anda. Antara bahan yang boleh menyebabkan keradangan termasuk pembersih rumah, detergen, losen selepas bercukur, sabun, gasolin, turpentin dan larutan-larutan lain. Cuba elakkan pendedahan kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan ekzema bermula. Memandangkan sabun dan keadaan lembap (basah) boleh menyebabkan radang kulit, basuh tangan atau bahagian kulit lain hanya mengikut keperluan terutamanya jika anda mempunyai ekzema pada kawasan kulit berkenaan. Pastikan juga untuk mengeringkan tangan (atau kulit basah) dengan elok. * GUNAKAN sarung tangan untuk melindungi kulit tangan. Gunakan sarung tangan plastik atau vinil untuk kerja yang menggunakan air atau kerja yang terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan radang kulit. Gunakan juga sarung tangan kapas di bawah sarung tangan plastik bagi menyerap peluh pada k

Lagi panduan dan khasiat daripada susu ibu

Penyusuan bayi dengan susu ibu sering diperkatakan oleh pengamal-pengamal perubatan dan kesihatan bayi. Hakikatnya susu ibu sangat penting untuk perkembangan tubuh badan dan minda bayi. Dalam Islam, budaya menyusu dengan susu ibu sangat digalakkan, malah sehingga bayi berumur 2 tahun masih digalakkan menyusu dengan susu ibu. Dan begitu juga dengan konsep ibu susuan juga adalah galakan supaya menyusu bayi dengan susu badan ibu. Apa khasiat menyusu dengan susu Ibu? Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu

Menjelang konvo

Hari jumaat rehearsal(wajib hadir kalau tak datang tak boleh hadir konvo).Sabtu tu hari konvo. Jubah dah aku ambil hari Rabu yang lepas di IIC.Daripada haritu nak dok test jubah tu tapi sampai la ni la tak sempat-sempat lagi.Sibuk nya jadual aku setiap hari. Ni baru anak satu.Kalu dah , dua ,tiga dan ke atas tu tak taulah macam mana aku nanti.Yang satu ni pun dah cukup sibuk dan kelam kabut dibuatnya.Huhuhu.. Job pulak makin banyak yang masuk.Super heavy duty lagi gitu task sekarang ni..Kat opis dah la cukup sibuk.Semua kat IT ni dah muka-muka baru.Tinggal aku je yang masih kekal di sini. Yang lain dah berhijrah kemana-mana dah. Yang sorang tu pulak hujung bulan ni last.Tinggal aku la yang boleh dikatakan lama(padahal baru setahun lebih jer).Terkejar dan mengejar serta berkejar-kejaran. Balik kerja je sibuk uruskan hal rumah tangga. Lagi pulak anak tak boleh dilepas.Kalau lepas merengek,merajuk,menangis dan yang paling sadisnya tu melalak sampai dengara jiran-jiran semua.Terkejar-kej

Jalan-jalan bersama Aeman

Hujung minggu lepas ,masa dihabiskan bersama si kenit ini. Huhuhu..tapi budak ni hampeh jer.. bawak berjalan nak tidur ajer.. Meh lihat screen shot mase tu.. Aeman..cak!!!..heheheh Pandai plak pose ..heheheh Antara gambar yang sempat tangkap sebelum si Aem an memulakan aksinya yg lebih lanjut..huhuhu

Aeman Di Ganggu!!

Hari ini Aeman telah dirawat oleh Ustaz Drs Zainuddin MM.Ini kerana sepanjang hari ini Aeman telah meragam dengan sepuas hati dia..Kasihan lihat.. Sampai suara dah serak sebab menangis. Yg pelik pujuk dengan apa cara sekalipun dia tetap meragam..Semualah serba tak kena.. Ustaz telah datang ke rumah untuk mencari punca musababnya.Akhirnya punca masalah telah di ketahui..Ustaz memberitahu Aeman telah diganggu. Memandangkan Aeman hanya menyusu badan setakat ini,makhluk yang mengganggu itu berada di tempat p******a mama dia. Makhluk tersebut menyakat Aeman tatkala Aeman lapar atau haus..Ini membuatkan setiap kali Aeman nak menyusu badan dia akan mengamuk dan cuba untuk mengelak sebab takut dengan situasi yang dia hadapi itu. Mama dia yang tak mengerti manalah tahu..Mujurlah bertemu dengan ustaz tersebut cepat..Kalau tidak,mama pun tak tahu apa yang bakal terjadi pada Aeman. Setelah ustaz mencerita hal yang terjadi padaku,barulah mama perasan yang selama ini Aeman lapar ,akan tetapi tiap ka

HEALTHY TIPS

VERY IMPORTANT TIPS Answer the phone by LEFT ear . Do not drink coffee TWICE a day. Do not take pills with COOL water . Do not have HUGE meals after 5pm. Reduce the amount of OILY food you consume. Drink more WATER in the morning, less at night. Keep your distance from hand phone CHARGERS . Do not use headphones/earphone for LONG period of time. Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning. Do not lie down immediately after

Update...update!Oktober..

Haha..rasanya blog ni macam hambar jer..Setelah melepasi fasa fasa kesibukan yang melampau.Kini peluang yang ada akan aku manfaatkan untuk mengupdate blog ini. Sepanjang bulan Oktober lepas.. 9/10/2008(Khamis) First day come back to work.So sad actually..Juga merupakan 1st day aku berpisah dengan Aeman... 16/10/2008(Jumaat) Jamuan Hari Raya kat office.Menggugat keimanan betul hari tu..Sebab tempoh berpantang 44 hari dah berlalu.Tapi aku masih belum bebas untuk makan apa sahaja.Masih ada lagi pantang 60hari dan 100 hari yang perlu aku tempuh...Huhu..penjagaan luaran dan dalaman tu kan penting..Masih lagi berpantang beberapa jenis makanan dan minuman.Masih tak boleh bedal ikut suka hati je lagi.Ups..kadang-kadang terbabas jugak..Hehehe..Sikit-sikit je nak rasa..Ngeh ngeh ngeh.. Menu yang ada hari tu ialah Nasi bukhari,ketupat,lemang ,rendang,dalca ,ayam masak merah,acar,cendol,deserts,dan macam-macam lagi lar... 27/10/2008 Aeman kena injection..Demam 2 hari..TAPI!! Even demam dia tetap k