Skip to main content

INFORMASI PASAL EKZEMA

Ikuti langkah penjagaan kulit sensitif dan kulit yang cenderung menghadapi masalah ekzema...

* KURANGKAN pendedahan kepada bahan yang boleh menyebabkan keradangan kepada kulit anda. Antara bahan yang boleh menyebabkan keradangan termasuk pembersih rumah, detergen, losen selepas bercukur, sabun, gasolin, turpentin dan larutan-larutan lain.

Cuba elakkan pendedahan kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan ekzema bermula. Memandangkan sabun dan keadaan lembap (basah) boleh menyebabkan radang kulit, basuh tangan atau bahagian kulit lain hanya mengikut keperluan terutamanya jika anda mempunyai ekzema pada kawasan kulit berkenaan. Pastikan juga untuk mengeringkan tangan (atau kulit basah) dengan elok.

* GUNAKAN sarung tangan untuk melindungi kulit tangan. Gunakan sarung tangan plastik atau vinil untuk kerja yang menggunakan air atau kerja yang terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan radang kulit.

Gunakan juga sarung tangan kapas di bawah sarung tangan plastik bagi menyerap peluh pada kulit tangan. Berehat seketika dan buang sarung tangan jika melakukan kerja yang mengambil masa panjang bagi mengelakkan pengumpulan peluh di dalam sarung tangan.

* GUNAKAN pakaian yang dibuat daripada kain kapas atau campuran kapas. Kebanyakan individu dengan kulit sensitif lebih selesa dengan pakaian kain kapas atau campuran kapas memandangkan kain bulu biri-biri dan fabrik sintetik mungkin boleh menyebabkan radang kulit.

* JAGA kulit anda ketika mandi. Gunakan sabun lembut bebas bahan pembersih ketika mandi, yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air yang sejuk, suam atau pada suhu bilik tetapi tidak terlalu panas.

Merendamkan diri di dalam tab mandi untuk satu jangka masa pendek (antara 15 hingga 20 minit) mungkin baik untuk kulit memandangkan lapisan luar kulit dapat menyerap air bagi mengurangkan kekeringan.

Gunakan tuala lembut untuk mengeringkan kulit sehingga kering dan elakkan menggosok kawasan kulit dengan kuat selepas kulit kering. Gunakan krim pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit.

* GUNAKAN ubat yang diberikan doktor untuk merawat ekzema pada kulit. Ubat yang diberikan doktor selalunya adalah jenis steroid yang elok disapukan selepas mandi.

Ikut panduan penggunaan ubat oleh doktor atau mengikut label produk. Hubungi doktor anda sekiranya tiada perubahan keadaan kulit selepas tiga minggu menggunakan ubat berkenaan.

* GUNAKAN krim pelembap pada kulit anda setiap hari. Pelembap membantu mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit. Elakkan penggunaan pelembap yang mempunyai terlalu banyak bahan tambahan atau pewangi.

* ELAKKAN menggaru atau menggosok bahagian kulit yang gatal. Cuba kawal diri untuk tidak menggaru kawasan kulit radang dan gatal kerana menggaru boleh menyebabkan kulit merekah dan memburukkan keadaan kulit. Bakteria boleh masuk ke dalam badan melalui kawasan kulit yang merekah atau luka ini dan menyebabkan jangkitan sampingan.

Penggunaan pelembap atau ais mungkin dapat membantu mengurangkan kegatalan. Ibu bapa boleh meletakkan sarung tangan bayi bagi mengelakkan anak anda menggaru kawasan yang gatal.

* ELAKKAN aktiviti yang menyebabkan anda kepanasan atau berpeluh terlalu banyak. Peluh dan haba yang terlalu banyak boleh menyebabkan radang kulit semakin teruk dan lebih gatal.

* BELAJAR menguruskan tekanan (stres) dalam kehidupan seharian. Ekzema boleh menjadi lebih teruk jika anda menghadapi banyak tekanan. Belajar teknik untuk mengurangkan tekanan atau ubah aktiviti harian untuk mengurangkan stres.

* TERUSKAN penjagaan kulit walaupun jika kulit kelihatan telah pulih sepenuhnya. Kawasan yang mengalami ekzema mungkin lebih mudah radang semula, oleh itu penjagaan lebih rapi diperlukan.

Sumber : Langkah penjagaan kulit sensitif dan cenderung hadapi ekzema, Utusan Malaysia Online

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...