Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Baby 7: Kandungan 34 minggu

Subhanallah Masya Allah dah bertahun blog ini tidak diteroka. Baru teringat nak menulis setelah sekian lama lupakan.  Baiklah cuma nak share pengalaman mengandung kali ke 8 ni. Kandungan ke 7 gugur sebelumnya dan rezeki wildan syurga. Alhamdulillah. Sekarang kandungan dah 34 minggu +- gitu. Baru semalam mamanis discaj wad disebabkan strong contraction. Dapatlah habuan 3 hari 2 malam duduk wad tu injection DEXA dos 1 & 2 untuk matangkan peparu bayi.  Sebab sebelum ini dah pernah ada sejarah lahirkan baby premature. So bersedia jelah kata doctor. Dos pertama dexa tu dapat masa dekat katil PAC sebelum ditolak ke wad. Dos kedua dapat selepas 12 jam di wad.  Rasanya macam mana, huiii memang best kena dexa ni. Nangis air mata krem bisa sakit bila kena cucuk tu. Video call suami kita tak mampu bercakap hanya keluar memek muka tak sepatutnya dan dia gelak je. Bertabahlah katanya adudu.. Selepas tu contraction dia jadi manja-manja macam chipsnore sekejap mild strong. Acah-acah senang kata.