Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Sajak buat puteraku

Sajak untuk anak-anak ku.... Saje mama nak bermadah pujangga pulak kalini..Nanti dah besar semuanya dah pandai baca korang bacalah yer.. Buah hati permataku Kau aset yang terindah Kau berikan ku bahagia Kau berikan ku derita Kau berikan ku erti hidup Kau berikan ku erti matang Kau berikan ku pengajaran Kau berikan ku pengalaman Kau berikan ku kenangan Kau berikan ku sinar Kau berikan ku kekuatan Kaulah semangatku untuk berjuang Putera-puteraku Hari berlalu tidak terasa Dari kau tiada sehingga ada Banyak cabaran ku tempuh bersama Setiap diri dikau memang berbeza Aku ibumu Aku mengandungkanmu Aku melalui saat rintangan dan cabaran bersamamu Ke mana sahaja Walau apa jua keadaan Kaulah kesayangan ku Demimu aku rela berkorban , hatta nyawa sekalipun Kelahiranmu memberi sejuta harapan Kau yang kerdil namun saat paling terindah kau mengenali siapa aku Tangisanmu yang memecah keheningan  Jari jemarimu ku pegang Ubun-ubunmu ku usap Belakangmu kutepuk dengan ka