Skip to main content

Baby 7: Kandungan 34 minggu

Subhanallah Masya Allah dah bertahun blog ini tidak diteroka. Baru teringat nak menulis setelah sekian lama lupakan. 

Baiklah cuma nak share pengalaman mengandung kali ke 8 ni. Kandungan ke 7 gugur sebelumnya dan rezeki wildan syurga. Alhamdulillah.

Sekarang kandungan dah 34 minggu +- gitu. Baru semalam mamanis discaj wad disebabkan strong contraction. Dapatlah habuan 3 hari 2 malam duduk wad tu injection DEXA dos 1 & 2 untuk matangkan peparu bayi. 

Sebab sebelum ini dah pernah ada sejarah lahirkan baby premature. So bersedia jelah kata doctor. Dos pertama dexa tu dapat masa dekat katil PAC sebelum ditolak ke wad. Dos kedua dapat selepas 12 jam di wad. 

Rasanya macam mana, huiii memang best kena dexa ni. Nangis air mata krem bisa sakit bila kena cucuk tu. Video call suami kita tak mampu bercakap hanya keluar memek muka tak sepatutnya dan dia gelak je. Bertabahlah katanya adudu..

Selepas tu contraction dia jadi manja-manja macam chipsnore sekejap mild strong. Acah-acah senang kata. Kalau datang strong tu ya rabbiii penangan dia tak boleh blah. Yezza setiap anak kandungan tu lain perangai dia masa dalam perut ya tuan puan , sungguh tak sama.

Disebabkan pandemik covid telah setahun kita lalui 2020-2021. Maka tahun ini mamanis kena redha suasana beranak nanti dah tak sama macam sebelum ini. Kena sesuaikan dengan norma baharu. Suami dah tak boleh teman disisi ketika berjuang di medan tempur tu mind setting first lah..

Mengandung kali ini segala urusan banyak dibantu anak-anak yang dah besar dan suami. Alhamdulillah kesian sebenarnya kat mereka terpaksa buat macam-macam. Masaklah kemas rumah lah jarang-jarang mereka dapat rasa air tangan mama. Sejak kandungan 6 bulan mamanis dah rasa tak larat. Faktor usia pun mungkin padahal barulah umur 33 tahun. Bukan apa penat utama bukan memasak tapi penat mengemas. Itu yang jadi macam-macam hal nanti bila start melasak. Sudahnya nanti terbaring saja.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...