Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai
'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak...
Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu???
Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak???
Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan???
Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu???
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.
Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi.
Kenapa hal ini membuat saya tersentuh malah terpanggil untuk membuat coretan di sini ....
Kerana ini sebabnya.....
Hamba Allah yang saya blurkan namanya.... pendapat macam ini selalu saya dengar biasanya dari orang tua-tua , malah dah lali telinga ni dengar..sebab arwah mak mentua n sedara maranya semua cakap menda gini... See what am i do???? Saya menyusukan anak pertama sebelah kiri, sebelah kanan anak kedua. Macam menyusukan anak kembar... Begitulah sebaliknya..kadang-kadang diorang menyusu serentak bergayut.... Padahal perbezaan mereka adalah abang dan adik... Saya tengah boyot mengandungkan yang no 2 ,,, tapi dalam masa yang sama yang no 1 masih fully BF.. SAYA KUATKAN HATI KUATKAN SEMANGAT demi yang terbaik untuk anak-anak... OrangX FAHAM xapa, biarkan lantaklah.. yang penting saya nak berikan yang terbaik kepada SEMUA ank-anak saya....
So tiada masalah di sini!
Saya berpegang dengan janji-janji Allah tu...untuk anak-anak saya..
Apa yang saya DAH buat???
Untuk baby dalam kandungan...., saya pastikan saya cukup makan,cukup vitamin khasiat agar sihat bertenaga untuk baby dalam kandungan membesar dengan sihat...
Untuk baby dekat luar yang belum cukup 2 tahun yang masih menyusu badan ....., saya teruskan penyusuan..sebab dia berhak mendapatkan khasiat yang terbik dari susu ibu untuk tumbesarannya!
Sedikit pun saya berusaha tak bagi ank susu FORMULA! sebab saya tahu x hebat pun susu FORMULA tu. Kalau hebat sgt SF tu anak saya no 1 tu takkan kena alergik ekzema bagai sebab pengasuh pernah ngelat bagi susu formula kalau susu perahan saya bagi tak cukup.. Lastly doc ckp anak saya kena symptom alergic susu formula yang berasaskan susu lembu..so kalau boleh pun bagi yang SF berasaskan soya jer... HEBAT SANGATKAN SUSU FORMULA TU BERBANDING DARI SUSU IBU???? So sebab tu lah saya fokus dekat susu ibu... Saya sanggup buat pengorbanan apa sahaja demi untuk menyusukan badan anak-anak saya sepenuhnya sehingga usia 2 tahun. Penyusuan ekslusif.
Atas sebab pengalaman menyusukan ke 3 orang anak yang kesemuanya adalah hero saya dan kini syukur mereka telah dapat menyusu badan sepenuhnya ... Saya terbaca salah satu status grup FB ni... Saya ingin berkongsi sejujurnya pengalaman ini kepada semua..agar ibu2 lain dapat manfaat dari perkongsian saya.. Saya harap ibu bukalah mata anda bahawa jangan sia-siakan titisan emas untuk bayi anda itu. Allah tak anugerahkan dia berada dalam diri kita selama-lamanya.. Hanya seketika je sayang dia berada dalam diri kita, 9 bulan... Manfaatkanlah untuk anak-anak kita... Dia kecil sekejap jer... Dia kecil dia perlukan yang terbaik dari diri seorang ibu.... pls understand.... :( Saya sensistif di sini... maafkan saya..... :(
Ni yang saya komen... tak sangka pulak ramai yang like...
Hamba Allah yang awal tadi ni muncul lagi bagi komen... Maaf saya terpaksa blurkan nama dia.. Saya tak berniat tak baik kepada sesiapa... Saya cuma terkilan apabila baca komen beliau...
Rupanya dia sendiri tak pasti dengan apa yang dia cakap.. Hmmm...ni mesti kes cuma dengar cakap orang tua-tua..pastu ikut jer... tak salah dengar ikut cakap orang tua.. For me , saya akan timbang semula kalau baik n betul dan logik saya ikutkan , kalau tak munasabah buat apa nak ikutkan sangat.. Kadang orang tua zaman dulu dulu ni diorang just ikutkan je tanpa tahu sebab munasababnya.. Tu yang tak logik bagi saya...
Kita belajar Alquran dan Assunnah . Sudah jelas Allah perintah dalam ummul kitabNya. Saya sendiri sepanjang mengandung refer check up dengan banyak doktor.. Doktor swasta dr panel n doktor gomen semua pendapat dah saya terima...
Doktor ada 2 jenis pendapat :
- Doktor A : Mummy boleh teruskan susu badan kalau mengandung asalkan kesihatan mummy & baby dalam kandungan ok.
- Doktor B : Jangan teruskan susu badan sekiranya mummy atau baby atau kedua-duanya sekali tak berapa sihat sepanjang tempoh kandungan..
So condition saya :
Yang Doktor A... So why not saya teruskan sahaja susukan anak saya yang masih belum cukup 2 tahun tu. Yes..yang dalam perut dan yang diluar perut sama-sama memerlukan saya.. So saya jaga diri saya sebaik-baiknya untuk mereka. Bagi makan cukup n seboleh-bolehnya jaga emosi supaya penghasilan susu tak merudum dan etc la.. Saya pastikan diri saya juga dapatkan khasiat yang terbaik. Sebab saya nak salurkan pada anak di luar dan di dalam perut. Dua-dua saya sayang tau... Saya takkan pilih salah satu jer... Masalah susu kurang tu pernah lah terjadi , biasalah tu.. so saya sentiasa cari penyelesaian untuk atasinya.Pengaruh dan dugaan dari luar memang banyak, yang boleh buat saya down..Tapi saya kuatkan semangat dan ingat balik matlamat saya apa.. Ibu... kena berusaha yer ... kalau u tak cuba.... Tulah pasal u bagi alasan banyak.. u dah cuba baru u tahu... Kepuasan tu adalah nikmat anugerah yang tak ternilai sebagai seorang ibu...
Setahu saya yang x berapa arif ni lah... Tiada ayat , dalil firman Allah turunkan untuk melarang ibu mengandung menyusukan anak-anak yang lain.... Am I right???
Mari kita lihat komen hamba Allah ni ye....
Malas nak print screen semuanya sampai bawah.. memang panjang berjela topik ni orang komen.. Mungkin sebab adanya komen saya kot.... huhuhuh... xpastilah..ada mummy masih yang berfikiran ortodoks.. Sorry to saylah.. Bagi saya kalau awak ibu moden .... Awak mesti aware dengan situasi semasa.. Sekarang dah ada banyak kempen bagi kesedaran bertapa pentingnya susu ibu. Ibu moden bagi saya yang berkerjaya atau tidak mereka ni yang memperjuangkan susu badan kepada babynya.. Yang boleh berikan anak dia susu di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Tanpa rasa segan dan malu. Sedangkan dekat tin susu formula yang awak banggakan tu dah jelas terang lagikan nak bersuluh pulak terpampang kenyataan "SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK" .... So???? apa anda nak banggakan sangat bagi anak u susu formula tu???? anda boleh berfikir tak???
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14) "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, seperti yang dinyatkan di atas.
3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.
4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga (wali/waris anak) harus
mengambil-alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuk meneruskan penyusuan.
5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusukan bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrum yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda. Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:
1. Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
2. Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
3. Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
4. Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
1. adakah anda pasti susu anda mencukupi?
2. Kenapa bayi anda seringkali lapar?
3. Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula
Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti:
1. "Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita."
2. "Hari ini, biar saya saja yang masak."
3. "Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik."
4. "Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita."
5. "Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita."
Bagi menjamin kejayaan menyusu:-
1. Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
2. Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.
BEBERAPA PANDUAN UNTUK BAPA
Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut:-
1. Alahan
2. sakit telinga (otitis media)
3. kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital
4. cirit birit dan sembelit
5. kerosakan gigi.
Ini bererti anda:
1. tidak perlu kerap berjumpa doktor
2. menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
3. mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
4. adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana:
1. Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
2. Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
3. Susu ibu lebih mudah dihadam.
4. Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
5. Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. Jika si ibu tidak dapat menyusukan anaknya sendiri, adalah menjadi tanggungjawap si bapa mencarikan ibu susu untuk anaknya.
Ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran dari firman Allah SWT yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Baqarah, ayat 233).
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14) "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
Dari ayat "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.", kita dapati pendirian seperti berikut:
1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, seperti yang dinyatkan di atas.
3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.
4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga (wali/waris anak) harus
mengambil-alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuk meneruskan penyusuan.
5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusukan bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrum yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu dapat menjalinkan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu
ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari. (SETUJU!)
ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari. (SETUJU!)
PESANAN UNTUK KAUM BAPA
Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda. Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:
1. Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
2. Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
3. Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
4. Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:
1. adakah anda pasti susu anda mencukupi?
2. Kenapa bayi anda seringkali lapar?
3. Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula
Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti:
1. "Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita."
2. "Hari ini, biar saya saja yang masak."
3. "Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik."
4. "Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita."
5. "Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita."
Bagi menjamin kejayaan menyusu:-
1. Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
2. Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.
Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut:-
1. Alahan
2. sakit telinga (otitis media)
3. kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital
4. cirit birit dan sembelit
5. kerosakan gigi.
Ini bererti anda:
1. tidak perlu kerap berjumpa doktor
2. menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
3. mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
4. adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana:
1. Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
2. Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
3. Susu ibu lebih mudah dihadam.
4. Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
5. Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
sumber:
Penyusuan Ibu Menurut Islam
Penyusuan Ibu Menurut Islam
Alhamdulillah...Saya dan suami dah menyempurnakan tanggungjawab untuk ketiga orang permata hati kami ini. Kami saling bantu membantu. Suami selalu memberikan dorongan dan galakan kepada saya untuk penyusuan susu ibu ini. You're the best man I ever had darling. Thanks papa ^_^ Y!
Setuju sangat mengandung masih boleh menyusukan anak, melainkan kita ada masalah/komplikasi mungkin bileh consider susu formla.
ReplyDeleteJemput visit blog ira pula ye : http://www.momsmilkyway.com/2013/03/tips-mengepam-semasa-pantang.html
Hi thanks fazira sudi membaca celoteh saya disini :)
Deletetahniah...akan ikut jejak langkah puan...saya baru sorang anak, lelaki...10 bulan...saya memang nak nyusu anak 2 tahun, ni dah terasa macam dah pregnant..memang..macam2 saya dengar..masa saya puasa, masa mengandung, orang x bagi puasa, kesian kat anak dalam kandungan..kena selang seli..masa saya nyusukan anak, orang x bagi jugak..susu basi dan macam2 la puan..tapi, saya yakin dengan keyakinan saya..alhamdulillah,,
ReplyDeleteHi shuhada,
DeleteSila kuat semangat. kini saya sedang menunggu hari due kelahiran anak ke 4.. dah 9 bulan mengandung.. Saya masih lagi menyusukan badan sepenuhnya anak saya yang ke 3 tu yang dah berumur 2 tahun 6bulan :) Tiada sebarang komplikasi dengan kandungan saya pun. Alhamdulillah. saya dapat beikan yang terbaik untuk anak-anak saya... kepuasan kita sebagi ibu tu kita utamakan..yg lain tolak tepi jer :)
nak tnye pada yg menyusu anak ketika hamil...ada apa2 x berlaku pada anak selepas dilahirkan..sb sy bg juga anak susu badan walaupun sy bru hamil sebulan lebih
ReplyDeleteFaii qah , ketika posting ini dibuat saya telah selamat lahirkan anak ke 3..anak ke tiga saya berumur 2bulan masa ni.. Dan ketika saya jawab komen anda ni , saya dah bersalin anak ke 4..masih dalam pantang pula tu... hehehe
DeleteOk apa yang saya nak kongsi.. sepanjang 9 bulan saya hamilkan anak yang terkini (ceh ayat ni macam tak boleh blah kan..hikss sori..) , saya masih menyusukan anak ke 3 saya yang umurnya kini hampir 3 tahun usia dia.. so far kandungan saya tak de masalah . Baby lahir besar gemuk dan cukup bulan. Dan selepas dia lahir susu badan saya alhamdulillah banyak.. kalau saya susukan sebelah kiri, yang sebelah kanan perlukan bantuan tadahan..
So kalau takde anak lain yang masih bf saya konfem tadah guna botol susu je..mmemang memancut banyak air susu saya..kalau letak nursing pad sekejap je lencun. letak tuala pun sama.. so jalan paling tak membazir saya panggil anak ke 3 saya tu.. alwan..mai sini share "nenen" denagn baby... okay then.. nanti dengan wajah senyum bsar dia datang tak sabo2 nak nenen kalahkan baby..
pastu baby sendawa dia pun sama sendawa..sedap katanya :) hehhee..tulah story saya menyusukan anak2 ketika hamil..dan selepas melahirkan...
saya siap terniat nak ambil anak susuan .... itu kalau anak no 3 saya ni tak bf lagilah..so dah ade yang menolong ..lhamdulilah lega sikit :)
Biasa nya bila kita preggy susu dah x banyak... tu sebab kita bleh preggy coz x fully bf. Selagi kita x ade contraction biasanya x de ape2 masalah. Cuma bila dalam 7-9 bulan tu kene berhati-hati takut ada contraction. Baby menyusu boleh menyebabkan contraction...Paling baik dapatkan nasihat doc.
DeleteSaya sendiri masih bf abang dia 1thn 6 bln walaupun sy dah preggy 5 bln. Hihihi...susu mmg lah dh x banyak. Nak mengopek jer... :)
Pastikan advise doctor tu adalah yg berpengalaman dalam bf.mereka yg berpengalaman dan tidak ada pendpat yg berbeza.
DeleteSo far ape nak share saya dekat dalam blog saya adalah. Saya ada 4 anak kecil.
Yg pertama sharing bf dengan ke 2 , yg no 2 share dgn no 3 , yg no 3 share dgn no 4.
Kesimpulan menyusu bf ketika hamil tiada masalah pada baby dalam kandungan dan mommy.
Insya allah! Sy sudah lakukan. Anda juga tentu boleh :) !
Aa'h...saya dh counselor laktasi malaysia...selagi x ada contraction sms pegnen yg boleh membahayakan baby...Jom kita bf
DeleteBetul tu. Jom semua bf ! Jgn takut nak bf ye :)
DeleteSaya sangat setuju..skrg anak saya dh 1 thn 5 bln dn masih bf dan masa yang sama saya preggy.Seronok rasanya bila anak menyentuh perut kita yang membesar dan tak sabar nak menyusu kedua-duanya mcm anak kembar. Tapi kecewa ibu mertua yg tak menyokong saya menyusukan anak dari dulu lagi dengan alasan susah. Tak ada yang susah dari susu formula yang kena bancuh...
ReplyDeleteHi Roslin Ramli ,
DeleteCara saya mudah... buat tak tahu sudah :) Hehehe.. yang penting kita tau apa yang kita nak untuk anak kita. Saya sokong anda. saya dah hampir bersalin anak yang ke -4 sekarang.saya masih lagi menyusu anak yang ke -3 yang dah besar... takde masalah.ia mudah :) Good luck!
salam puan...selepas baca artikel puan tiba2 datang semangat yang berkobar2 untuk teruskan penyusuan untuk anak pertama saya (1thn 5bln)..now saya pregnen 9weeks n susu sangat2 drop..hari2 dapat bekalkan 1btl x 4oz je masa dia kat rumah bs...waktu lunch setiap ari saya akan pegi rumah bs untuk susukan dia..saya ada beli susu fm untuk backup dekat rumah pengasuh...tapi sekarang saya nekad nak teruskan penyusuan ni..saya percaya Allah SWT adil kan...semoga perjalanan penyusuan saya untuk anak pertama dipermudahkan..n moga kandunagan saya selamat...
ReplyDeleteTahniah sis, nnt u akan rasa kasih n bonding dengan anak tu berbeza.
DeleteYang penting azam. Pastikan minum cukup dan perah dengan kerap. Mula2 mmg nampak mcm x banyak, once u dh regular perah susu tu mmg berlebih. Anak saya dulu kuat minum, tapi susu alhamdulillah x putus.
Betul macam sis Roslin Ramli tu.. :)
DeleteAnak yang kita bf ni bila dah besar , dia punya hati dia lembut sikit dengan kita.. saya tak nafikan.. anak saya yang sulong tu kini dah 6 tahun.. dia terlalu caring dengan saya..dia terkesan bila saya ada feeling so so ke apa ke..saya nampak kat situ.. bonding lebih kuat dan erat :)
dan ank banyakkan susu badan jaga pemakanan dan tingkatkan semangat dan azam untuk buat yang terbaik untuk anak2 ..insyaallah dipermudahkan nanti :)
Anak saya 5/6 bru nk msuk 9bulan and fully bf. Tapi saya nak sangat pregnant lagi. Period saya dah dtg masa anak saya 6bulan. Date tepat dtg period. Cuma depends pada lama atau kejap je period tu datang. Banyak kali cuba slalu tak lekat. Huhuhu bila check negative. Hmmmmmm
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur saya bertemu dgn blog sis. Saya preggy 7 wk. Ank yg kecik umur 1 thn 1 bln n fully bf. Mula2 mmg trkejut dpt tau pregnant. Sbb plan yg kecik ni bercerai susu dulu. Tp dah rezeki dtg cpt tu yg google pasal menyusu sewaktu hamil. InsyaAllah saya bertekad akn menyusukn ank sampai genap 2 thun. Tapi nk tanya pengalaman sis, org kata sewaktu usia kehamilan mencecah 4 bulan, susu ibu menjadi masin dan tak sedap. Betul ke sis dan mcm mana ank2 sis menerima keadaan tu? Saya jd risau takut bila susu xsedap ank xnk menyusu pulak.
ReplyDeleteSia ummufarhana. Terima kasih baca posting saya ini.
DeleteSy punya pengalaman yg sama ketika anak usia anak sis skrg..
Ketika itu saya bersalin anak kedua yang mana anak pertama saya berusia 1 tahun 1 bulan masih susu badan sepenuhnya :) tak ada masalah..susu pun okay , saya pun okay , baby pun okay. Alhamdulillah semua selamat sihat membesar sehingga ke hari ini..
Bagi saya selagi mereka mencari tek..means rasa masih sedap bagi mereka.. andaikata rasa dah berbeza mereka akan tak nak sendiri nanti
So saya biarkan secara alami.tanpa paksaan dan tekanan :)
Alhamdulillah syukur saya bertemu dgn blog sis. Saya preggy 7 wk. Ank yg kecik umur 1 thn 1 bln n fully bf. Mula2 mmg trkejut dpt tau pregnant. Sbb plan yg kecik ni bercerai susu dulu. Tp dah rezeki dtg cpt tu yg google pasal menyusu sewaktu hamil. InsyaAllah saya bertekad akn menyusukn ank sampai genap 2 thun. Tapi nk tanya pengalaman sis, org kata sewaktu usia kehamilan mencecah 4 bulan, susu ibu menjadi masin dan tak sedap. Betul ke sis dan mcm mana ank2 sis menerima keadaan tu? Saya jd risau takut bila susu xsedap ank xnk menyusu pulak.
ReplyDeleteSalam sis ummufarhan ☺
DeleteSemoga dipermudahkan dengan kandungan kali ni ye..
Insya allah jika ada azam dan tekad disertakan dengan usaha yang jitu sis berjaya fully bf anak sehingga 2 tahun walaupun pregnant. Yang penting jaga kesihatan diri baik2 ya. Ibu kena kuat mental , fizikal dan pastikan makanan berkhasiat untuk meneruskan proses ini. Insya allah xkan ada apa masalah nanti. Sy sudah lakukan terhadap semua anak2 lelaki saya..insya allah puan boleh 😊
Ok berkenaan rasa susu...sebenarnya kita perlu ignore kata2 negatif org sekeliling kita. Yg mana mereka sendiri belum tentu dah pernah hadapi situasi ini atau tidak lagi ;) kita kembali pada azam dan usaha kita untuk anak2 kita sahaja. Insya allah ada jalannya.
Pengalaman saya lepas2 memang ada fasa yang mana anak saya akan tolak sendiri bf ketika sy sedang mengandung.mungkin masa tu susu rasa dh tak sedap.berubah rasa. Tapi dia akan terus mencuba rasa.kalau dia tak nak dia stop.bila dia nak dia dtg balik.then kalau rasa okay dia teruskan.kalau rasa tak okay dia stop sendiri..haa..macam tulah..
Sy tak ignore & paksa dia nak stop atau teruskan.itu hak dia sebab dia belum lagi 2tahun masa saya mengandung adik dia. Pilihan pd dia 100 % :)
Dan dah sampai masa nnti lepas 2tahun dia nan stop dia akan stop sendiri insya allah :)
Believe me k. Thanks sudi singgah blog saya.hehe
Lagi satu sis tak perlu risau kalau susu sis tak sedap ke apa ke.. tak semua pregnancy berlaku macam tu nanti. Saya hanya alami situasi tu pada 2 kandungan shaja. 2 kandungan lain okay je.anak2 tetap mnyusu macam biasa ketika saya mengandung. Jangan risau bila sis berhadapan situasi anak tu tak nak susu sebab rasa berubah ye.tak perlu nak dirisaukan sebab menyusu bukanlah keutamaan dia sekarang.dia dah berupaya makan makanan. So insyaallah makanan yang berkhasiat dapat melengkapkan zat2 khasiat dia.semua tu hanya sementara saja. Khasiat susu badan sebagai pelengkap antibodi dan makanan untuk tumbesaran anak2 sehingga 2 tahun sahaja. Insya allah. (Maaf ya kalai saya termengarut..hehhe)
Deletegive me 5!! sy jugak susukan anak masa pregi sampai skarang..mcm kembar dh..org ckp adik xde khasiat klo share nenen..elok banyak akal, sihat, chubby je adik..yg besnye bila susukan sama..kakak kurang jeles..makin syg adik dia adalaa..lg org ckp susu untuk adik nnti xcukup..xbetui jugak..mmg murah rezeki susu badan kali ni..sentiasa tersedia byk bila depa nk menyusu.
ReplyDeletesampai deep freezer pun xmuat dh..
Alhamdulillah. Teruskan @mamayaya akan rasa kepuasan & kemanisannya nanti bila tengok semua ni berjaya :) kan..
DeleteAssalamualaikum kak Anis..
ReplyDeletesy pregnant 3 bulan...kakak die baru 5 bulan..
sy memang nak sgt2 susukan kakak die selagi sy boleh.
cuma akhir2 ni sy risau,susu sy berkurangan..
sy takut kakak die x cukup mknan..
sebab die lepas myusu mcm lapar je lg..
sy nak minta tips bnykkan susu wlaupun ketika pregnant..
terima ksh ye kak..
Waalaikumussalam dik @anon..
DeleteHehehe.. situasi lebih kurang sama macam akak preggy anak sulong + yang ke dua dulu.. Hihi..kalau susu tak kenyang macam tu petanda nak makan lah tu..Kakak dia dah boleh start makan solid food dik... Kalau tak confident pergi jumpa doctor tanya ok dah ke nak bagi dia makan 5bln.Bagi puree & solid food cair2 je tau...
Tips banyak susu walaupun kita tengah preggy kan :-
* Minum banyakkkkkkk air (WAJIB)
* Makanan berzat & berkhasiat
* Makan supplemen , vitamin yg diperlukan ketika preggy jangan tinggal
* Jangan stress dengan production susu tu! Jalan terus fikir yang positif dan indah2 je tentang susu baby :) (MINDSET CONTROL)
* Makan kurma
* Minum air rebusan halba (halba yang buat nasi dagang tu) bagi akak ni paling produktif dan berkesan..selalu buat kalau susu merosot sikit
Assalamualaikum kak..
ReplyDeletealhamdulilah akak respon..syukur sgt2..
terima ksh ats tips..i.Allah diamalkan..
doakan ye..
nama sy Iman =)..
Waalaikumussalam Iman.. Salam perkenalan. Semoga berjaya dengan BF anak2 ye ! Jangan mudah putus asa :)
DeleteAssalamualaikum Kak Anis..
Deletesy Iman..
akak,terkejut sgt td,pam susu dua2 belah,dpt x smpai 1oz pun...=(
Sy dah try minum air rebusan halba..
akak ada tips lain x?
Saya dgr umma lacto mcm bagus je..ok x kak?
AsalamualaikuM Kak Anis..
ReplyDeleteakak,maaf menganggu..
ni Iman lg..
Tgh sedih ni,td pam susu,terkejutnya,dpt x sampai 1 oz pun dua2 belah..
Saya dah try minum air rebusan halba 2 hari berturut-turut.
Akak ada tips lain x?
Saya dgr ada produk umma lacto,ok ke tu kak?
mohon pencerahan..=)
terima ksh....
Wasalam...maaf dear akak baru je cek komen2 dekat blog ni..hehehe..maafla.. jarang bukak blog dah sekarang.. produk tu tak pernah cuba..alhamdulillah sekarang ni pun dah banyak produk tambah2 susu dik..zaman akak mengandung anak sulong tahun 2008 , anak kedua 2009 tu tak banyak lagi produk2 tambah susu badan ni... tiada pilihan try n error apa yang sesuai dengan diri kita.. alhamdulillah mungkin ada sesetengah yang akk inform dekat blog ni sesuai dengan akak tapi mungkin tak sesuai dengan orang lain..akak cuma niat untuk kongsikan maklumat dan pengalaman akak sendiri je.. semoga adik bertabah dengan production susu..tips akak simple je.. niat , usaha pelbagai cara , doa mintak pada Allah semoga dipsrmudahkan rezeki anak2 ni...insya allah dik
Deletemilk booster mcm umma lacto ada kandungan protien yg agak tinggi, tak baik utk kandungan. klo kita bf saje x pe.
DeleteSalam sis roslin ramli
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Saya tak pernah ambil produk ini.hihi
Sy pn berada dalam situasi mcm puan2 alami...anak sy mmg fully breastfeed selama 1thn 11 bulan. Now sy dh ngandung 7 weeks. Persoalannya, sy mengalami bleeding hampir seminggu, sy perasan setiap kali bf anak sy yg 1thn 11bln tu kerap berlaku contraction dan keluar darah. 2 minggu lg anak sy bakal menginjak usia 2 tahun. Pakar nasihatkan sy utk hentikan bf anak sy kerana utk elakkan komplikasi pada bayi dlm kandungan. Sy pn agak sedih tgk anak nk menyusu tp x boleh. Bila bc post kat blog ni lg sedih...sbb x semua org bernasib baik mcm puan2 semua. Menyusukan anak tanpa ada komplikasi
ReplyDeleteSy pn berada dalam situasi mcm puan2 alami...anak sy mmg fully breastfeed selama 1thn 11 bulan. Now sy dh ngandung 7 weeks. Persoalannya, sy mengalami bleeding hampir seminggu, sy perasan setiap kali bf anak sy yg 1thn 11bln tu kerap berlaku contraction dan keluar darah. 2 minggu lg anak sy bakal menginjak usia 2 tahun. Pakar nasihatkan sy utk hentikan bf anak sy kerana utk elakkan komplikasi pada bayi dlm kandungan. Sy pn agak sedih tgk anak nk menyusu tp x boleh. Bila bc post kat blog ni lg sedih...sbb x semua org bernasib baik mcm puan2 semua. Menyusukan anak tanpa ada komplikasi
ReplyDeleteSalam puan , untuk situasi puan lebih baik ikut nasihat pakar . Hentikan terus bf ... walaupun niat kita sebagai ibu nak berikan yang terbaik... tapi keadaan macam nu semua kita kena ambil kira..yeah ! Memang itulah bila kita jadi ibu segala nya kita kena korbankan jiwa dan raga hatta nyawa sekalipun.. tak apalah.. rahim kita bila mengandungkan sekian2 anak lain situasinya..mungkin kandungan ni rahim tak berapa nak kuat ke..mungkin tu bleeding tu sebagai ujian.. ya allah uji kita dengan setiap apa yang kita mampu pikul.. insya allah pasti ada hikmah selepas ini..tak apa anak sekarang dah boleh makan..puan gantikan supplemen danbnutrien yang berkhasiat untuk kuatkan antibodi dia.. ye saya faham situasi puan..anak yg luar kita sayang xsampai hati dekat dia... benih yg dikandung pun kita sayang..sama tak sampai hati nak apa2 terjadi pada dia..dalam masa yang sama kesihatan kita pun perlu dijaga untuk kebaikan semua pihak.insya allah ada hikmah pada setiap sesuatu ketentuan ini..puan be strong ye ! Ye saya setuju dengan puan.. semua orang tak bernasib baik macam sesetengah orang.. tapi kita tak pernah tahu pula apa ujian yang dia telah hadapi untuk fasa2 tersebut.. semoga puan dan kandungan sihat dan selamat..insya allah ..amin..
DeleteAssalamualaikum.sy sdg preggy 4bln n ank sy yg 1st still menyusu bdn.sy xsmpai ati nk lpskn susu bdn tp bl dia hisap puting sy rs sakit sgt.mcm mana sy nk buat ye sy kesian dgn ank sy.
ReplyDeleteSalam Puan..saya kagum dgn puan..tahniah..saya menyusu anak ekslusif tanpa solid food until 11 months..xsangka masa anak 9 bln saya pregnant..bila kandungan cecah 3 bln susu merundum..saya agak stress sbb hajat nk esklusif BF without solid food until 2 year..susu says alhamdulillah byk sblm pregnant..anak cecah berat 15kg hanya dengan susu ibu tanpa makanan lain.. SBB saya percaya 100% susu ibu ada khasiat terhebat hingga 2 thn..kalau x xkn Allah berfirman dalam ayat 233 surah baqarah..but now susu merundum..Anak direct feed..xpenah bottle feed..so skrg die stiff BF wlpun susu beberapa oz je..saya Nak tau boleh ke amek mcm minuman utk tambah susu mase pregnant..sian kat anak sbb saya xnk campur FM dan tetap believe susu cukup..tapi hakikatnya susu merundum..skrg baru nak aja anak makan solid food..start puree at 11 months old..
ReplyDeleteSalam sis iman zara ,
Deletebaby 11month ke sekarang?hihi.. baby saya yg latest ni 10 month.. dia dah makan nasi dah..apa yg kami makan dia nak makan juga..dia sendiri refused makanan baby..hehe..lari topik pula..
tahniah kerana baby sis masih full bf :) alhamdulillah nikmat yang tak dapt didustai kan.. :)
Memandangkan soalan sis adalah nak ambil produk tambah susu ketika mengandung ( saya faham situasi sis sangat dan dah mengalamainya beberapa kali.. pregnant fully bf lagi.. rezeki allah siapa kita nak dustakan kan.. so ada hikmah allah bagi kita tempuhi dugaan dan cabaran ini insya allah )
Ok...situasi saya sekarang ..baby masih full bf..xde mix fm.. so dalam umur dia 8-9bln haritu susu slow juga..tapi saya tak pula pregnant lagi (huhu masih tak period sampai sekarang).. apa sy buat..sy usahakan minum air banyak2..tukar menu gizi seharian... amalkan makanan seimbang ... makan supplemen itu ini..makan jamu :p..alhamdulillah susu banyak meriah kembali sekarang ni..
Ok kalau pregnan nak tambah susu... saya cadangkan amalkan VCO.. Vco selamat kerana kandungan semulajadi tanpa kimia elok diamalkan dan bagus ketika pregnnat..Saya amalkan itu setiap masa.. minum banyak air..jaga pemakanan..makan seimbang..jaga emosi..jamu xboleh ambil lah sebab tengah pregnant.. insya allah susu sis akan keluar berpanjangan sehingga proses kelahiran.. apa2 pun usaha disertakan dengan niat dan doa kita..
Insyaallah Dia Maha mendengar lagi maha mengetahui isi hati kita.. :)
Salam sis iman zara ,

salam kak sy nk tya jika kita truskan bf pd ank, adakah bby dlm kndungan bl die kuar dpt susu yg pertama kuar tu.. yg mcm pekat2 air tu...
Delete