Skip to main content

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor.. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang kami lihat duduk bertenggek macam tiada kerja memandang pesakit a.k.a pelanggan yang datang mendapatkan khidmat rawatan doktor tersebut. Waah... sangat berbeza suasana dengan mana-mana klinik yang lain . Di mana klinik lain kita akan lihat doktor hanya rileks dan cool sahaja duduk dalam bilik consultation menunngu si pekerja a.k.a staff nurse memanggil masuk pesakit-pesakit semua. Senang kata doktor kelihatan sebagai seorang boss , nurse pula bekerja untuk membantu doktor. Haaa , situasi di klinik ini berbeza apabila anda hadir dimana ketika itu doktor yang bertugas adalah Doktor Nadir. Saya highlight , situasi tadi berlaku hanya apabila doktor Nadir bertugas sahaja, kalau ketika anda hadir doktor on duty adalah doktor selain doktor lain , situasi adalah macam klinik-klinik lain juga. Tiada beza. Tiada yang istimewa. Situasi sama. Doktor dan nurse menjalankan tugasnya masing-masing yang kita boleh tengok situasi biasa dimana-mana klinik even hospital sekalipun..

Siapa yang nak tahu apa kisah ini , apa kisah dan cerita sebelum ini yang bakal saya ceritakan tragedi seterusnya di post terbaru ini sila klik link ini tulisan bertajuk "

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK

Di mana post terbaru ini bakal merubah persepsi saya selama lamanya tentang klinik ini dan saya tidak akan lagi mendapatkan khidmat doktor tersebut lagi sehingga pihak klinik tersebut memohon maaf secara rasmi terhadap saya dan keluarga saya. Kerana saya sebagai seorang pelanggan , pihak klinik tersebut telah mencalar hati dan perasaan saya sama sekali pada masa hari terakhir saya mendapatkan khidmat rawatan untuk anak saya bayi 1 bulan 28hari yang tidak sihat pada masa ketika itu .

Mungkin para pembaca sekalian tertanya kenapa kali ini post saya agak formal. Penulisan gaya saya tidak seperti biasa sebab saya perlu berhati-hati untuk menulis tentang klinik ini yang ada pihak nya tidak kaji sebaik-baiknya sebelum menghentam orang sesuka hati terutama saya sebagai pelanggan yang selama ini berpuas hati dengan perkhidmatannya dan tidak pernah langsung berniat tidak baik malah tiada masalah penah berlaku between us (saya dan pihak klinik) , juga saya terlebih rekomen pada orang lain yang mungkin ada masalah yang sama seperti saya hadapi sehingga terpaksa mendapatkan khidmat encik google untuk mendapatkan testimoni malah feedback orang ramai sebelum mendapatkan sesuatu  khidmat servisnya. Saya ingin bercakap tentang human right , etika kedoktoran , hak pengguna , dan privasi pelanggan dalam post ini khusus untuk klinik tersebut.

Sebelum memulakan pemulisan untuk bercerita lebih lanjut , saya bawakan situasi sebenar . Saya biarkan anda yang membaca menilai sendiri . Kalau anda sakit tenat , anda dah cuba pelbagai rawatan , dah puas pergi mana-mana tempat dan orang , masih tak sembuh-sembuh lagi , tapi bila anda datang ke tempat yang satu ni anda sembuh,anda pasti akan hadir ke tempat ini lagi. Lagi kiranya anda berpuas hati dan anda rasa ia bagus juga boleh membantu orang lain yang hadap situasi yang sama, anda memberitahu sampaikan kebaikan ini kepada orang lain. Masalah sakit anda tadi telah diatasi , masalah orang lain juga. Alhamdulillah kita dah sebarkan kebaikan sesama makhluk. Sekarang saya bukan bercakap tetang kebergantungan saya pada doktor dan ubat. Tidak sama sekali. Saya bercakap tentantg usaha untuk sembuh dari penyakit. TIADA SATU PENYAKIT PUN YANG TIDAK BOLEH DISEMBUHKAN SELAIN AJAL MAUT. Baiklah ini berkenaan USAHA. Setelah bertawakkal pada Allah dan bersyukur mendatang kan musibah sakit supaya saya berusaha , buka pintu mata, buka pintu hati apakah hikmah disebalik ini semua. Allah tidak akan datangkan ujian kepada hambanya tanpa sebab. Disebalik sesuatu pasti ada hikmah yang tersirat. Hanya kesabaran sebagai makhluk bagaimana kita berserah , redha , usaha , dan pasarah lantas bertawakkal kepada Nya terhadap ujian yang diberikan ini.. 

Situasai post DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 1 bertarikh 11 Disember 2011. Sekarang ini kes yang berlaku sekarang ini yang mana saya akan ceritakan sebentar lagi bulan Mei 2014, dimana persepsi telah berubah sekali selama-lamanya tentang mereka selepas ini daripada positif (sejak tahun 2011) ke negatif (sejak post ini dituliskan Mei 2014). Lihatlah selama berapa tahun saya tidak ada masalah dan apa-apa isu pun dengan mereka , pada hari semalam mereka cari masalah dengan saya . Saya sejujurnya sangat-sangat lebih sensitif tentang isu ini . Ia terkesan dalam hati saya sebagai seorang ibu kepada bayi yang baru dilahirkan , seoarang ibu yang yakin dengannya kerana telah bawa semua anak-anaknya rawat disini , saya menidakkan perkhidmatan klinik-klinik lain yang sebelum ini saya suka pergi klinik berhampiran rumah sahaja. Tapi sejak kenal dia saya sanggup berkorban masa , malah duit minyak (bukan dekat klinik ni dengan tempat tinggal saya,sedangkan sekitar tempat saya banyak klinik lain yang ada beberapa klinik saya suka pergi , sebab saya jenis pilih doktor dan pilih ubat andaikata tak okay saya tak akan datang lagi dah. the place not so good enough untuk selamatkan 1 nyawa, so kita tak akan datang lagi dah..faham tak...)  dan bil telefon (untuk telefon sama ada doktor tersebut ada ke tidak sebelum saya datang mendapatan rawatan) . Lihat ini pengorbanan , usaha seoarang pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat dan layanan anda. Kini semua itu telah disalah ertikan dan dihentam tanpa usul periksa. Bercakap tidak seperti ditempat seorang yang bukan beretika profesional seorang doktor... Ya Allah..please guide me.. Untuk teruskan penulisan ini. Hati saya sangat tercalar di robek-robek. Ini berkenaan anak-anak saya juga. Ibu mana yang sanggup lihat anak menderita . Ibu mana yang sanggup perjudi kan nyawa anak-anak mereka.. Ibu mana yang tak berkorba untuk anak - anak mereka??? Tak lupa juga jasa seoarng ayah, my husband disini.. Di mana semasa kes ini berlaku suami saya tak tahu menahu langsung . Dia berada di luar bilik. Saya bertegang urat mempertahankan hak saya sebagai pelanggan dia. Dan mempertahankan kebenaran. Andaikata suami saya ada masa itu perkara ini mungkin jadi lebih parah dan besar. Sebab suami saya akan berang kalau ada orang serang kami tak tentu pasal . Not so good enough masa tu melibatkan suami saya . Saya juga sudah cukup untuk stand out & speak out with them. Tidak pernah terfikir dek akal. Tidak pernah terfikir sama sekali perkara ini akan terjadi pada saya. Kita sebarkan kebaikan tapi disalah ertikan. Sedangkan melalui penyebaran saya tersebut yang telah makan tahun , ramai pihak berminat dan bertanya tentang dia, saya bagi capaian untuk mereka berurusan sendiri dengan pihak dia. Siapa saya dengan mereka ? Saya dah buat free marketing pula rasanya.. Tak pelah.. As long dia telah membantu saya pada masa itu , semoga rezeki dia dimurahkan. Tapi kali ini tidak dah... saya rasa hambar , sakit , perit , hati tercalar & perasaan saya dirobek-robek . Melalui penulisan kali ini saya minta para pembaca sendiri menilai mana baik mana yang buruk.


Alkisah ....

9 Mei 2014 :  Baby saya Ammar Hamsyari berusia 1 bulan lebih diserang demam panas, batuk kahak dan selsema.

11 Mei 2014 : Baby Ammar masih tak kebah demam . Hidung tersumbat habis... Nafas berbunyi... Susah breastfeeding.. Disebabkan pengalaman ini pernah terjadi pada anak-anak yang sebelum ini , dan sekarang senang sebab dah tau mana tempat nak tuju kalau kejadian seperti itu berulang lagi. Sebab sebelum ini kami menjajau pergi klinik san asini , ubat pun dapat pelabagi jenis tapi anak masih tak sembuh-sembuh lagi.so kami rasa tak de motif langsung...  Baiklah kami dah tau mana tempat rawatan sepatutnya untuk kes seperti ini so nak bawa berjumpa doktor Nadir pada masa itu. Seperti biasa untuk pastikan bukan doktor lain yang on duty , kami call dulu klinik doktor nadir ada tak dia , then ada sampai pukul berapa. Ini adalah kelaziman saya untuk berhubung dulu sebelum datang . Sebab kalau walk in mungkin doktor Nadir tiada dan doktor lain yang ambil alih. So saya tak nak doktor lain. Tak sama aura dia macam doktor Nadir.. 

Jarak perjalanan klinik dia dari rumah lebih kurang 30 minit naik kereta (tu kalau jalan tak jem). Kalau jem kadang-kadang 1 jam... Jauh kan ??? Sedangkan disekitar tempat saya banyak sangat klinik. Depan rumah saya je dah klinik. Dulu selalu pergi yang dekat-dekat je. Tapi perkhidmatan tak pernah memuaskan sebab datang bagi ubat semata , cek pun tidak.. Ok saya tak suka doktor tak rawat anak saya . Saya bukan datang suka-suka serah diri kepada mereka. Datang jalan-jalan nak bertanya khabar tu bukan motif saya bila ke klinik. Tujuan saya hadir ke klinik untuk dapatkan rawatan ketika berlakunya sakit. Faham kan??? Malah saya ada listing senarai . Kalau sakit macam ni kita jumpa doktor ini  dekat klinik ini, kalau sakitnya berbeza saya ada senarai beberapa dktor bagus yang selalau saya dapatkan khidmat konsultansi. Kalau urusan materniti dan masalah sakit puan saya ada 2-3 list klinik back up dan doktor pilihan saya. Andaikata klinik ni doktor tu tak ada , saya pergi ke klinik lain yang ada doktor yang saya nak jumpa tu. Saya malas dah berurusan dengan orang yang saya tak kenal , dan tak tahu macam mana reputasi mereka lagi. Malas nak bereksperimentasi. Sebab kita hadir ke klinik berbayar. Bukan FREE. Kita bayar apa yang sepatutnya kita dapat. Siapa nak ganti duit saya andaikata perkhidmatan tidak seperti yang dijanjikan??? Pihak klinik??? JANGAN HARAP ! Its business kan :)

Saya sampai ke klinik tersebut pukul 12 lebih tu . Lepas bercakap dengan penjaga kaunter. Husband inform saya  pukul 2 petang baru boleh check jumpa doktor. Klinik tutup rehat pukul 1. Saya pulak... Haaaa , belum lagi pukul 1 kan! Anak aku demam kot ni, tengah menangis2.. Hurm belum pukul 1 lagi dah tak ambil patient , husband angkat bahu , dia cakap malas nak tanye staff kat kaunter muka tak boleh blah semuanya ,  B E KE N G !... So , memandangkan jarak perjalanan klinik dengan rumah jauh , so kami tak bercadang untuk pulang dulu. Kami duduk dalam klinik tu di kerusi menunggu depan meja kaunter untuk tunggu pukul 2 petang. Okeh... sepanjang duduk di situ menanti , kami perasan yang staff-staf perempuan dalam 3 orang asik pandang memandang kami anak beranak. Okey , tiba-tiba sorang tu bersuara , "tak boleh duduk dalam klinik ya waktu rehat ni kami tutup" . Saya pandang suami  sambil bercakap "takpelah kita tunggu sampai last patient keluar kita pun keluar sama" . Sebab nak duduk dekat luar klinik tu panas , baby saya demam panas ni kot. Nak duduk dalam kereta pun saya tak dan dah sebab parking jauh. Dah lah tempat kawasan klinik tu selalu takde parking , susah nak dapat parking tiap kali datang...

So last patient keluar kami pun keluarlah... Nama pun tengah hari perut pun dah lapar, so kami pun pergi singgah lunch dekat AEON Wangsa Maju . Pukul 2 kami terpacak dah dalam klinik tu. 

So far masa tu giliran ke 3 sebab dah ada yang datang lagi awal dari kami . Sementara menanti giliran tiba ..macam biasa , yang panggil patient masuk dalam bilik rundingan , doktor Nadir itu sendiri.Penuh bersemangat dan ceria. Jadi aku pun dah tak sabar ni nak bawak baby check doktor . Kesian dah ni panas lama , wheezing nafas . Lama plak tu menunggu. Kalau rumah aku dekat sebelah klinik tu je la kan dah lama kami balik dulu , kesian keadaan baby.. Staf pula masa tu berderet kat meja kaunter depan dan bilik ubat tu , aku nampak macam kurang kerja jer , doktor je yang banyak kerja sorang2...

Dah tiba giliran , prosedur cekup berjalan macam biasa. Doktor Nadir check Alwan (anak saya yang ke 3) pun demam dan batuk kahak, selsema. Lepas tu check baby. Baby baru 1 bulan lebih umur dia.. Doktor bagitahu Alwan dh nak masuk 2 tahun  lebih , so tak perlu sedut kahak . Dia buat sedut dekat baby je sebab baby tak pandai keluarkan sendiri.. Apa yang perlu buat dekat Alwan ialah fisioterapi "tepuk percussion dan rawatan stim". Okey baiklah. Selepas tu nebulizer Ammar dan sedut kahak dia.Keluar kahak lendir pekat sebab doktor sedut melalui hidung dan tekak. Then consult semula doktor.  Doktor inform kahak dia pekat sangat. Mungkin ni lendir masa lahir tak habis keluar. Then doktor bagitahu  selepas beberapa hari kalau ammar masih nafas berbunyi datang semula serta teruskan rawatan tepuk di rumah... Nak cerita sepanjang prosedur nebulizer dan sedutan tu tak ada seorang nurse pun bantu dia. Semua doktor buat sendiri. From start to the end. Semuanya doktor lakukan sendiri. Aihhh.. mana pergi nurse dia.. timbul persoalan di situ...  Tapi tak apalah , as long as my baby no longer wheezing. Nafas pun okay sikit dah.  so itu jelah point jumpa doktor Nadir. Kami balik selepas dibekalkan ubat untuk Alwan dan Ammar... Masa ini tak ada apa-apa masalah timbul pun.. Keadaan sama seperti sebelum-sebelum. dah bertahun kot aku datang klinik ni dari anak sorang . dah malas nak buat eksperimen lagi untuk mencari klinik terbaik untuk masalah batuk demam baby ni...


15 Mei 2014 : Selepas 5 hari , baby Ammar masih tak baik demam dia. Harini dia nangis bagai nak rak dah pujuk macam2 cara pun tak jalan. Nangis sajalah. Sampai hilang suara. Nak menyusu pun macam hidung tersumbat. Aduhai nak . demam  lagi. batuk lagi , selsema lagi.. Kesian dah dan tak pe ke kamu bayi demam lama-lama.... Masa tu petang macam keadaan kritikal sangat bila mana dia asik menangis saja tak boleh nak pujuk even menyusu pun dia tak boleh..Saya inform suami pertmbangkan bawa jumpa doktor Nadir semula untuk sedut ataupun kita pergi hospital terus, sebab demam pun masih tak kebah... Tapi suami saya cadang pergi Nadir saja sebab kalau pergi hospital confirm warded.. Anak yang lain sekolah , dia pun kerja , susah kalau baby warded.. Alwan siapa nak jaga nanti.. Baiklah suami habis kerja pukul 6 tapi. pukul 4 tu dia balik untuk hantar baby Ammar ke klinik Nadir. Alhamdulillah nasib baik jalan lancar tak jem, sempatlah sebab doktor ada sampai pukul 4.30 je. Kami adalah last patient..

Saya masuk ke bilik doktor tanpa ditemani suami anak-anak lain , macam biasa doktor sendiri yang panggil patient sambil senyum melebar. Okey tulah first impression patient yang datang ke klinik ni nanti apabila berjumpa beliau. Wahh..akan kagum dengan semangat dengan energy dia as a doctor. Itulah yang membezakan doktor ini dengan doktor yang lain2 yang pernah kami jumpa. ( banyak doktor okay ....)

Al kisah. JENG JENG JENG... BERMULALAH.... Episod peristiwa ini lah yang akan menghapuskan segala persepsi positif saya terhadap klinik ini. Dan saya UNRECOMMENDED uolls datang kesini selepas ini. JANGAN DATANG !!! Dan saya tak akan datang lagi sampai bila-bila kesini lagi . SEBAB & KISAHNYA saya cerita sebentar lagi...

Masa saya pangku baby duduk di kerusi depan meja doktor , mula-mula perbualan kami baik-baik sahaja. Saya pun tak pernah terlintas di akal perkara ni akan terjadi. Saya pun tak pernah pergi mana-mana klinik , even hospiatal dan specialist sekalipun tiba-tiba doktor bertindak secara tak profesional . Kelakar u.. Hehehe... 

Mari saya bawakan sedikit sebanyak skrip cerita drama yang telah berlaku pada hari kejadian :-

Doktor : "Ammar hamsyari kenapa ?"
Saya : "Baby ni dia harini demam tak kurang lagi , sepanjang harini susah bernafas tak boleh menyusu...Haritu dah datang , then doktor cakap kalau masih tak okay datang semula lah.. "
Doktor : Sambil belek-belek kertas rekod catitan perubatan yang dia pegang ... sambil cek nafas baby " Okey kita sedut dia lagi lah"...  "Kita buat nebulizer dulu, pasal dalam tu masih banyak lagi"...
Saya : "Okay " saya lihat wajah baby tepuk-tepuk dia dalam pangkuan cuba tenangkan dia yang sedang merengek-rengek...
Doktor :  "Eh saya ingat i tersilap ! I tak boleh sedut baby u sepatutnya."  sambil campak rekod kertas tadi atas meja....
Saya : Agak terkejut dengan reaksi doktor .... dalam hati bercakap seniri adakah baby tersilap rawatan ke apa kah , masa ini penuh tanda tanya dan 1001 persoalan. Hati nurani saya sebagai ibu lagilah tekejut andaikata bayi saya tersilap rawatan,,, sebab demam dia dah 5 hari masih tak sembuh lagi pun ye... mula bersuara " Tersilap apa doktor? Dia tak boleh sedut sebab apa? Sebab dia baby ke?? Sebab umur dia tak cukup ke?? Sebab dia 1 bulan lagi ke??? "  Haaa, masa ni saya bertanya banyak sangat sebab hati dah mula risau tak sedap hati , ini naluri seorang ibu jangan main-main ya... , tapi soalan saya tersebut tak dijawab dengan sebaik-baiknya..
Doktor : Wajah dia macam tegang , stare and looking at me.. "I tak boleh sebab u punya husband macam-macam!So i REFUSED u lah!" .. Muka dia dah pelik masa ni...
Saya : Kerut kening tinggi sebelah..... penat saya fikir apa kes suami saya dah buat.... Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba petir memanah ... So saya masih cool lagi , cuba bertanya "Macam-macam apa doktor? saya tak faham apa kaitan dengan tak boleh sedut anak saya??? Kenapa nak refused pula??? " ...
Doktor : Kat part soalan saya tadi ni dah mula bagi hint apa yang sebenarnya dia nak sampaikan pada saya .. Sambil tu dia dah meninggikan suara terhadap saya " U punya husband tulis dekat komputer internet macam-macam.. cakap mesin berkaratlah . doktor cakap banyak lah. tak tanya pun banyak pulak cakap... and  bla , bla , bla , bla , bla (lama dia bebel) "... Pada masa ini beliau dah mula hangin satu badan dekat aku bebel benda yang tak tau hujung dan tak ada pangkal sertabanyak yang aku tak faham pun....Aku dengar je.. bagi dia sampaikan apa yang dia nak sampaikan supaya aku faham apa sebenarnya dia nak bagitau ni... Nasiblah suami saya dekat luar. Kalau suami saya ada masa ni mungkin dah bertumbuk dalam bilik doktor tu.. Sebab doktor ni main serbu dan terjah je.. What i said he is not in a good manner dan telah buat tuduhan melulu malah tak berasas langsung . Suami saya panas baran kalau berhadap dengan orang yang sama sejenis macam dia juga  panas baran memang konfem bergaduh punyalah nanti ni.. So now aku mula dapat hint... Then , masa tu baby nangis merengek dah sebab keadaan bising-bising..
Saya : "Haaa, apa sebenarnya???...my husband tak ada lah nak tulis pasal mesin berkarat lah ape lah , lagi-lagi tentang klinik doktor ni, jauh sama sekali , DIA TAK DE MASA PUN NAK BUAT SEMUA BENDA-BENDA TU, LAGI-LAGI AMBIL TAHU HAL MACAM NI... Kalau ikut apa yang doktor cuba nak sampaikan dekat saya ni , saya ada blog then saya pernah buat review pasal klinik doktor dalam blCg saya. (dalam kepala, apa yang aku tulis pasal klinik ni dulu entahlah, tak hingat....sebab tulisan tu pun dah makan tahun, tapi saya rasa konfiden dan yakin apabila saya review sesuatu produk/tempat/etc dalam blog saya , saya cuma sampaikan dan sebarkan manfaat dan kebaikan kepada orang ramai. Sebab motif blog saya untuk kebaikan bukan mencari haters! Malah melaui review saya tentang klinik tu sendiri ramai yang email dan pm saya personally nak tahu lebih lanjut tentang klinik ni, so sebelum ni memang saya VERY RECOMMENDED pada semua yang agak berminat nak datang klinik ni) "... Dan saya memang cukup konfiden dengan statement saya pada masa itu , kalau tadi dia speak out terhadap saya dengan buat tuduhan melulu , kini adalah giliran saya speak out mempertahankan hak privasi saya telah diceroboh oleh staf klinik-klinik ni yang rajin stalker layar internet ,ngadap fb mungkin time waktu kerja , rehat-rehat..tu pasal ada masa banyak nak stalker patient , Kenapa i cakap mereka STALKER? Nanti i bagitau ya!HEI STAFFS!  KESIAN U PUNYA DOKTOR TU BUAT KERJA SEMUA SORANG2! DAH BERTAHUN I DATANG KLINIK NI U OLLS  MACAM TU JUGAK! STAF MELEPAK RILEKS2 ! DOKTOR AJA BERSEMANGAT WAJA BUAT KERJA LEBIH ! SO NI SAMPAI DAH TAK ADA KERJA LAIN LAH KOT NAK STALKER YOUR PATIENCE YANG SETIA HADIR KE KLINIK U SEBELUM INI! Kalau tadi saya duduk , sekarang saya dah mula berdiri tepuk2 belakng baby , tiba-tiba doktor pergi bilik sebelah staff2 perempuan dia yang agak tak berguna itu....(Masa ni saya dah syak something bad with his managment , with his staff, and so on...) Dia tinggi suara pada mereka..
Doktor : " Hey u olls salah orang lah ! Bukan dia lah!orang tu dkat SELAYANG kan?? Dia dari BATU CAVES! Macam mana u olls boleh tersilap !" Ni dia cakap dengan staff tu.. Then dia cakap denagn saya " They all cakap nama blog u ALONG.." (Dia sebut dalam sebutan Melayu , bukan pronounce yang sepatutnya..)
Saya : "Haaa ALONG???" Haaahaha..sayapun cakaplah saya takde blog ALONG (Sebab pronounce blog saya is Along Journey Together , bukan "ALONG = panggilan gelaran kepada anak yang tua" ...Kahkahkah..lawak gelihati perut saya masa ni... dengar jelah doktor pung pang pung pang dengan staff dia.. what everlah korang... Aku datang sini nak treat my baby.. bukan cari gaduh macam ni.. baby dah mula tak duk diam dah....
Doktor : "Entahlah pasal ada note dekat paper repot tu budak-budak ni (refer to staff klinik dia lah!) mention u tulis macam-macam dekat internet mesin berkarat lah , doktor banyak cakaplah" ...U dah buruk-burukkan I then u nak datang sini buat apa??.. So I REFUSED U !
Saya : "Haaa  , bila masa pulak lah saya burukkan doktor???"  Dalam hati ni berkata tak pernah lagi kot kalau saya benci sesuatu saya datang balik kat dia... orang gila mana yang buat gitu??? saya masih waras lagi kot.. ni melibatkan nyawa anak-anak saya.. dan anak saya bukan 1.. dah 4 saya bawak g treat dengan doktor Nadir sebelum ni takde masalah pun.....Nampak tak ada salah faham disini???? Dan dan datang staff perempuan gemuk FREE HAIR bagi printing paper. Dia tunjuk doktor..  (kertas yang berprint . Rupanya dia print post dalam blog aku YANG INI nak bagi doktor tu tengok
Doktor : "Ni apa ni"mesin berkarat lah... Bla.. bla.. Bla... Pastu nak ajak aku gaduh kot . Serius doktor ni tak boleh nak kawal emosi dia....
Saya : "Hurm... saya tulis mesin berkarat tu tak point langsung burukkan klinik u. Just gaya bahasa penulisan saya dalam blog saya.. Saya maksudkan usia klinik ni mestilah dah lama kalau ada tools macam gini. Takde mendanya nak burukkan lah.. Serious lah ! Saya tak kisah mesin tu baru ke buruk ke, seandainya ia dah berguna betul2 dan telah membantu banyak nyawa , so apa I nak kisah . I tak kisah rupa paras macam mana , yang penting u dah berkhidmat untuk kebaikan macam mana.. " dan aku pun telah membebel bla , bla , bla.. Sampai aku pun takde point nak cakap apa . Sekarang ni diorang salah faham , pastu main terjah dan serkap jarang aja . So apa aku ada kisah dah .. hati aku terus rasa TAK BEST GILER SEKARANG ! RASA TAK SUKA DAH AUTOMATIK ! TUT ! DALAM HATI SUMPAH AKU MENYESAL PUJI MELAMBUNG KLINIK NI SUATU KETIKA DULU DAN SEHINGGA SAAT TADI SEBELUM AKU DATANG KLINIK NI. TAPI SEBAB KEJADIAN MACAM GINI , MACAM KEBUDAK-BUDAKAN DAN OUT OF ETHICS SEORANG DOKTOR ! LAGI SATU ANTARA NYAWA PESAKIT DAN IMEJ KLINIK DIA KONON TERCANTAS... MANA SATU LAGI PENTING, SEDANGKAN PATIENT DEPAN MATA DAH... Pastu aku explain panjang lebar , siap bagi tahu dengan post aku yang tu dah ramai sangat orang PM aku personally melalui email & lain-lain juga bertanyakan pengalaman aku lebih lanjut tentang klinik ni. So aku memang recommendlah mereka2 itu supaya datang kesini. Rasa ramai sangat sudah sampai tak terbilang dek jari... Lagi pula post tersebut adalah rating tertinggi dalam pencarian orang ramai baca di blog aku nih... 
Doktor : " I tak kisahlah , once u dah buat cerita macam ni I REFUSED la. Sebab sebelum ni I pernah juga REFUSED one of my patient. Tinggal dekat selayang " .. Bla .bla.. bla.. dia bercerita.. so masa tu aku dah rasa pemikiran dia macam mana.. dah tak best nya aku deal "SERVICE" dengan orang negative minded macam ini...
Saya : "Okay doktor dah baca belum post blog saya tu? " Sambil aku pun membebel mempertahankan pendirian aku dan juga kebenaran aku yang telah di salah tafsir kan oleh pihak mereka semua . Dalam hati aku bermonolog .."I am your customer . My son is your patient now . You all semua ni langsung tak jaga hati customer . Dahlah customer tu adalah aku seorang ibu yang baru lepas habis pantang dan beranak. Emosi aku dekat baby ni dahlah sukar dijangka sikit . Naluri keibuan aku terlampau kuat untuk anak-anak aku.. Usia baby baru 1 bulan , baru je habis pantang beberapa hari lepas... Anak pulak tengah tak sihat ... Aku datang sini nak selamatkan nyawa anak aku yang tersayang.. Kalau secara logiklah.. depan rumah aku dan dekat kawasan rumah aku di BATU CAVES tu ada berlambak klinik , dalam keadaan kecemasan gini aku tak prefer pergi klinik diorang kenapa ya?? Kenapa sanggup aku menapak beribu batu jauhnya pergi klinik ini (yang jauh dari rumah aku)... Sebab klinik ni takde masalah dengan aku , aku pun suka hati nak datang sinilah (SEBELUM INILAH, SELEPAS INI LAIN KALILAH , INI KALILAH, SORI TO SAY YA, INI HAK CUSTOMER BERSUARA!) .. Hurmm you all ni pergi check track rekod   you all dah bape banyak kerap kali aku datang sini setahun??? Apa pasal dari dulu you all tak nak refused aku. kenapa baru sekarang??? Tiba datang geram sangat dan sejuta penyesalan datang kesini dan puji melambung sebelum-sebelum ini.. Please juga ingat jangan nak ego sangat aku terhegeh-hegeh nak datang ke satu klinik u ni jer... COME ON LAH ! Banyak lagi klinik lain dekat rumah aku , dan nak pergi specialist pun aku takde hallah ! Sekarang ni you all berlagak tak tentu pasal ! Aku lagi sensitif tau bab-bab gini !"
Doktor : " I tak nak baca , Kalau I baca I lagi sakit hati " ..... bla bla bla & bla....
Saya : Haa.. macam mana kau tak baca lagi kau boleh terjah orang macam gitu aja?? Kau just dengar cakap staff kau .. Kau tak kaji selidik sendiri , kau tuduh-menuduh....  " Okey tak apalah saya nak doktor baca dulu penulisan saya tu . Saya tak ada niat nak buruk-burukkan mana pihak. Saya tulis tu sebagai catatan saya secara peribadi dan kalaulah dengan penulisan saya tu dapat bagi manfaat pada orang lain yang hadapi masalah seperti saya pada saat itu.. Alhamdulillah. saya dah sebarkan kebaikan melaui usaha kecil saya. Dan saya tak ada nak sebarkan rumours dalam blog saya sendiri ... Setakat inilah saya hanya sebarkan manfaat melalui blog saya.. Itu sahaja.. dan saya tak ada kata mesin berkarat lah dan doktor banyak cakaplah macam doktor bagitahu marah-marah saya tu dengan niat nak burukkan u punya klinik..." 
Doktor : Pergi bercakap dengan staff dia... I dunno apa yang dia cakapkan... Tapi bila dia datang balik pada I dia cakap gini " Okeylah I tengok muka U ni I percaya U cakap. I minta maaf lah. bla , bla , bla... Pasal budak-budak ni (refer pada bidadari staff2 perempuan dia semua tu) tulis nota kat repot u tu  pasal ni , dan diorang yang cucuk-cucuk I REFUSE you..."
Saya : "Okey tak apalah, tapi jangan lah refuse anak saya sekarang ni , kesian dia demam lama dah.. haritu doktor yang cakap kalau tak okey datang bawak datang sini semula" Sebenarnya aku nak semua ni berakhir dengan cepat.. sebab baby dah menangis.. kesian dia lama tunggu... demam , tak boleh menyusu , batuk2 sakit tu.... Lagi satu husband langsung tak tahu kekecohan yang berlaku dalam bilik doktor ni. Kalau dia ada sekali dalam ni  hadap benda remeh temeh gini , confirm dia blah dah tak pun bergaduh dah dengan pihak klinik yang saja cari gaduh tak tentu pasal ni.. tak payah nak mintak doktor ni treat anak aku lagi dah.. Tapi bila aku pandang wajah baby dalam kendongan aku ni yang dalam matanya terlihat begitu sakit.... aku teruskan agar doktor ni rawat anak aku sekarang...

Pastu doktor teruskan rawatan NEBULIZER & SEDUT baby.

Sambil buat treatment gitu dia berbahasa bahasi dengan aku yang dah tawar hati ni.. Dia cakaplah.. You punya husband mesti macam I tak ada masa nak internet kan. Hahaha.. yelah..aku Iyekan je..sebab memang betul pun encik suami tak akan ada masa nak tulis2 blog macam aku buat ni.. Ni kerja rajin orang yang punya hati macam aku jer.. Hahaha... Sebab tulah aku tak panggil dia masuk dalam ni sekarang , aku rasa aku boleh handle keadaan gaduh-gaduh ni sendiri..Kalau melibatkan ncik suami kes jadi ganas nanti... Hehehehe..suami aku bukan pengganas eh.. Cuma aku rasa  doktor ni berapai , suami aku pun berapi..so tak sesuai.. keadaan bertambah parah nanti.. anak aku yang sakit ni jadi mangsa keadaan karang...

Habis daritu dia tunjuklah mesin baru dia dalam ofis dia .. Motif nya aku pun tak tahu kenapa.. Hahahaha.. lantaklah..aku dah BLACKLISTED klinik ni lepas dari kes ini. Sebelum tu aku ade tanya doktor tu , nak ke aku padam post aku pasal klinik tu. Tak pun buat satu entri khas cerita baik2 punyalah pasal klinik dia ni dalam blog aku (wat marketing free lah kiranya).. Huaa.. dia kata tak payah.. Cuma padamlah gambar2 mesin berkarat tu.. Hurmm... (seyes aku tak maksudkan tulis caption mesin dia berkarat sebab nak malukan klinik ni)....Okay fine.. kalau itulah permintaan dia okay.. tiada masalah..Dan aku minta maaf pada dia kalau tulisan aku tu telah buat diorang salah faham .. Padahal kat sini diorang kena minta maaf dekat aku sebab diorang yang salah faham denagn aku tak tentu masal.. kan ? kan ? kan ? Last-last doktor suruh aku explain dekat staff diorang kat depan tu dan minta maf pada mereka... Haaa.. yang ni aku blur... aku pun buatlah... Lepas keluar dari bilik doktor aku duduk dekat kerusi bangku menunggu yang mana ada suami dan anak-anak aku tu....  Aku tanya encik suami " Abang dengar tak bising-bising dekat dalam tadi??? Lama tak saya jat dalam tu?? " Encik suami yang sedang main henpon dan kawal anak2 dekat luar tu pun blur-blur jawab "HAah lama sangat.. dengar jugak bising-bising tu kenapa?? "... Kedudukan tempat suami duduk adalah berhadapan kaunter ambil ubat dimana aku lihat adalah semua staff-staff berdiri pandang aku dan beborak sesama sendiri.. Lantas aku beritahu suami tadi aku bergaduh dekat dalam bilik doktor. Suami memandang aku blur-blur ingat aku buat lawak..Dan dalam masa yang sama suami tanya "Kenapa ??" masa tu jugaklah nama baby ammar dipanggil dikaunter ubat dan bayaran.. Aku terus datang cerita jelaskan secara ringkas kepada staff perempuan tu semua seperti yang dipinta oleh doktor tadi dan last sekali aku minta maaf sebab buat diorang salah faham dekat aku. Tapi you alls semua nak tahu tak apa reaksi staff2 perempuan dalam 5 orang tu semua??? MEREKA BUAT MUKA BEKENG! TAK ADA CAKAP APA PUN DEKAT AKU... Haissh! bikin panas hati aku jer! dahlah korang yang buat salah dengan aku , aku pulak minta maaf dengan korang.. pastu korang wat muka sambal belacan macam tu... Encik suami yang menyaksikan semua itu pun lagilah bertambah blur dan pelik dengan aku . buat senyum kelat lagi... sebab dia tak faham apa yang telah berlaku sebenarnya. OH TERLUPA. NAK MINTA TIME SLIP.. Kat sini juga berlaku biadap tingkah laku staff tersebut terhadap kami..



Akhirnya kami melangkah keluar dari klinik itu... dan aku bercerita pada suami kisah benar yang berlaku tadi dalam bilik doktor dari A to Z.. seperti yang aku andaikan , suami aku marah benar selepas mengetahui apa yang berlaku sebentar tadi.. Dia cakap " kenapa tak panggil abang masuk tadi?? "... Hehhe..aku taknak panjang kisahnya lagi.. Kisah ni pun dah cukup panjang kan?

Dengan in biar pembaca sendiri menilai klinik ini bagaimana selepas ini . Nama klinik ini , Klinik Wangsa (Doktor Nadir dan rakan-rakan) . Lokasi di Wangsa Maju . Sebelah AEON ... Dekat  hadapan dengan Shaklee office (dah tutup masa aku datang ni)..

Post aku sebelum ini tidak meburuk-burukkan klinik ini . Sila refer post aku sebelum ini berkenaan klinik ini DI SINI ....
Tapi post aku yang sekarang ini adalah bertujuan untuk meluahkan suara hati aku. Dan menyampaikan hak kepengunaan aku.. Aku juga ingin memberitahu stalker klinik tersebut yang sedang baca tulisan aku ini... Buat kerja elok-elok , jangan stalk your patient ... Your patient is your customer... You klinik swasta saja, bukan government.. Once you buat pasal dengan customer , customer tak akan datang tempat YOU lagi.. 

Selepas itu , keadaan anak aku ammar tak berapa okay juga.. aku terus bawa jumpa specialist di Pusrawi... Terus ditahan wad selama 6 hari.. Di diognasis kena bronchiolitis.. Saluran pernafasan ada jangkitan kuman..Masa awal jumpa check up doktor tu, dia cakap "kenapa doktor klinik 'tersebut' tak refer baby you ni dari awal???? Baby dah teruk ni"... Haaa... aku pandang suami dan suami pandang aku. Terus blame klinik doktor Nadir.. aku cakap dengan suami " Abang... rasanya kalau staff perempuan klinik doktor Nadir haritu tak buat pasal , doktor nadir tu check baby Ammar betul2 kot ,, kalau dia tengok ammar tak okay mesti dia refer hospital dah...Masalahnya dia orang semua  sibuk kelam kabut sibuk bergaduh dari rawat si Ammar ni.. so sadly ;-( .......


So I BANNED lah Klinik Wangsa selepas ini... I tak akan datang lagi klinik u olls !

Sebabnya :-
  1. Doktor okay , tapi staff tak okay = TAK OKAY
  2. Pihak klinik STALKER = TAK OKAY [macam mana dengan tengok blog I yang dah bertahun-tahun tu yang mana sebelum ni I tulis pasal klinik dia dan sebelum ni I datang diorang okay je  , tapi dan dan tup tup tap bila I datang sekarang ni dia orang baru nak REFUSE I? Mesti diorang cari maklumat I kaw kaw  kan.. haaa kira I tak saman u olls & repot polis pasal hal ni pun dah kira okay tau ! Ikut hati I nak saman aja klinik ni berkenaan kes tersebut.. MENYALAH GUNA INFORMASI PELANGGAN U]
  3. Doktor tak kaji selidik elok-elok , percaya cakap staff 100% dan terus hentam pelanggan = TAK OKAY
  4. Staff tak okay , BEKENG tak bersebab , muka KETAT , attitude layan customer rude = TAK OKAY
  5. Sebab kes remeh temeh , doktor cuai dah tengok kondisi anak saya macam tu masih tak refer anak saya ke hospital awal2 terus (Ada hati lagi suruh saya datang situ lagi lepas ni. Huh NO WAY !) = TAK OKAY
  6. For me HENTAM KROMO is bad ATTITUDE = TAK OKAY
  7. Banyak lagi.. tapi I simpan dalam hati...Cukup-cukup sudah.. cukup sampai di sini saja.... Hahaha...
Alhamdulillah Allah bukakan mata saya , dengan kejadian seperti ini DIA tunjukkan saya supaya lebih sayangkan anak-anak saya. Lepas ini saya akan bertambah lebih prihatin tentang isu kesihatan dan klinik , hospital dan doktor yang akan merawat kami sekeluarga. Dan saya berdoa semoga dijauhkan dari sebarang penyakit berbahaya... Insya Allah..doa orang teraniaya dimakbulkan .. iNSYAaLLAH :-)



Maaflah seandainya grammar , ejaan  , sebutan  , dan susunan ayat saya tunggang langgang. Saya tidak menggunakan bahasa melayu elok-elok dan bahasa inggeris elok-elok dalam penulisan ini. Saya mahu cepat . Saya banyak lagi kerja lain nak dibuat. saya pun jarang update blog ini melainkan ada kelapangan dan rasa bila perlu je. So faham-fahamkan dengan baik. Dan JANGAN TERSALAH FAHAM !. Kalau tak faham tu tanyalah ye, jangan nak SERBU JER ;-) ***Tettttt***

Comments

  1. hi kak,

    better besarkan link and add "Must Read" kat part 1, almost nak pergi situ tadi bila baca part one.
    anak sakit cari klinik pun nak cepat, nasib baik read part 2.
    sorry for bad your experience and your poor baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi steve. Ok take noted. I am not recommended that clinic anymore... better you go to specialist...

      Delete
  2. Baguslah tu. Lepas ni kalau akak sakit, boleh duduk specialist hospital lama-lama. 5* treatment tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi stalker klinik Nadir ! :) Ni mesti staff perempuan yang rajin sangat satalker time kerja ni kan. Haaa.. u ols takde keje lain ke time bekerja tu..better u olls bantu bos anda naikkan sales bisnes klinik tersebut.. daripada anda very stalker time bekerja.. letak pun "Anonymous" . kenapa tak letak nama anda??? Real name ??? Takut ?? Haaa eloklah ! BACA LAH POSTING SEBELUM DAN SELEPAS SAYA KE KLINIK ANDA NI ! VERY2 BAD EXPERIENCE ! DOKTOR DAH OKAY , STAFF K.O.. NEXT TIME JANGAN STALK DOKTOR U PUNYA CUSTOMER YE :) TANYA ELOK2.. EXPLAIN DEKAT DOKTOR ELOK2 . NI TAK TAU HUJUNG PANGKAL , ENTAH APA CERITA U BAWAK DEKAT DOKTOR U , YANG SI DOKTOR U PUN SATU HAL JUGAK , PERCAYA SANGATLAH CAKAP STAFF DIA TAK NAK BACA SENDIRI SEBELUM SERBU..NI 100% PERCAYA CAKAP STAFF ! HUH SAMPAI BILA LAH TAKKAN MAJU GITU... STAFF BUAT PASAL PUN TAKKAN TAHULAH..

      SEPERTI POSTING SAYA DI ATAS.. KAMI SEKELUARGA MASIH MENUNGGU PIHAK KLINIK INI MEMOHON MAAF KEPADA KAMI ...

      VERY BAD KLINIK
      VERY RUDE STAFF
      VERY BAD ETHICS DOCTOR

      HILANG SEGALA KEPERCAYAAN SUDAH KAMI SEKELUARGA UNTUK HADIR KE KLINIK INI DISEBABKAN KEJADIAN TEMPOH HARI DARI KLINIK ANDA !!!

      SAYA AS PARENT , AS MOM NAK REMIND YOU ALL SEMUA DARI KLINIK WANGSA , SAYA HADIR KE KLINIK YOU BUKAN MAIN-MAIN , BUKAN SUKA-SUKA SEBELUM INI YA !!! ATAS FAKTOR KESIHATAN , ATAS PILIHAN NAK PERKHIDMATAN DAN RAWATAN YANG TERBAIK , DAN USAHA DEMI MENYELAMATKAN NYAWA.. AS NYAWA ITU AMANAH !

      MUNGKIN U ALL STAFF BELUM LAGI JADI MAK ORANG , TAK AKAN TAHU PERASAAN SAYA BILA ANAK-ANAK KECIL SAKIT. TERUTAMA BAYI BARU LAHIR. SO YOU ALL BOLEH LAH NAK CARI PASAL TAK TENTU PASAL GINI !

      HELLO ALL PEOPLE FROM KLINIK WANGSA , TERUTAMA STAFF KAKI STALKER YANG SEDANG BACA NI . TAHNIAH TERIMA KSIH RAJIN BUKA BLOG AKAK NI YE ADIK2 :)

      BUKA MATA , BUKA MINDA ! SAYA DATANG KE KLINIK ANDA SEBELUM INI BUKAN NAK CARI PASAL ! DEPAN RUMAH SAYA NI HA BANYAK KLINIK , 2-3MINIT KELUAR RUMAH JALAN KAKI BOLEH DATANG BILA2 MASA. BUKA PUN 24 JAM TAK MACAM KLINIK U OLLS. BESAR DAN FASILITI DIA BARU2 LAGI.

      JUST NAK U OLL FIKIR KENAPA KAMI SEKELUARGA PILIH KLINIK U SEBELUM INI???

      OH OKAY , TAPI SEKARANG TIDAK LAGI YE.. NO ! NO ! NO ! NEVER !

      KALAU U OLL LEBIH2 I LODGE POLICE REPORT ! NAK BESARKAN ISU BOLEH JE. SEBAB NI TENTANG NYAWA ANAK-ANAK SAYA ! SAYA TAK AKAN MAIN2 DALAM HAL NI .

      PLEASE TAKE NOTE ALL PEOPLE (TERUTAMA STAFF) KLINIK WANGSA VERY STALKER TU !

      Delete
    2. Lagi satu "Anonymous" ..pergi specialist tak semstinya 5 star *** (macam ni eh?) :)
      I datang klinik u hanya apabila anak-anak sakit sahaja .. Rasa doktor klinik u treat kanak-kanak dah okaylah kami anggap terbaik sebelum ini . so selepas kejadian tempoh hari I akan terus bawak anak-anak I pergi specialist . Pengajaran ni bagi kami sebagai parent... Dan klinik pakar kanak-kanak berlambak dekat luar sana ye. so jangan gaduh2. U tak hingin I pun tak hendak . Mari kita berbagi rezeki pada yang benar2 sudi. Yang ikhlas . Insya Allah kita dijalanNya :)

      Delete
  3. terima kasih bnyk2 diatas penulisan nie...
    Bagus jugak tue lepas nie klinik xramai owg..
    xpayah nk tunggu turn lame sangat..
    walaupun awak telah burukkn klinik wangsa..
    saye ttp datang jmpe dr nadir..
    dia THE BEST DR YG PNH SAYE JMPE...
    tp saye rase xmungkin dr mcm tue...
    saye da knl dr nadir hmpir 20thn..
    xbaek la awak wat steatment mcm nie..
    nie da jatuhkn prestasi klinik wangsa..
    nie mungkin salah faham kot..
    kalu yea pun geram @ marah jgn la hentam sampai mcm tue sekali...
    klinik nie da operasi berpuluh-puluh tahun kot...
    dr nadir pown da pemes...klinik pown da top kott..
    dont worry dr nadir i ttp sokong u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aida

      terima kasih hadir baca tentang ini.
      Fya , nak tanya dah baca post sebelum ini?? Ada saya burukkan klinik ini?? saya puas hati sesangat dengan klinik ini pada post saya sebelum ini. Itulah posting saya pertama kali tentang klinik ini. dimana telah saya buat beberapa tahun sudah.
      saya puas hati sebab itu saya hadir ke situ.

      selepas beberapa tahun sudah .saya pun dah pergi ke klinik ini berkali2 sepanjang tempoh posting saya sebelum ini dibuat. saya tak ada salah faham langsung. tak ada isu langsung dengan klinik ini.

      hingga tempoh hari . ada berlaku kekecohan. mungkin berpunca dari staff klinik ini dimana tidak menjelaskan perkara sebenar elok2 pada doktornya.. dan mereka serbu2..mereka kecoh2. salah faham berlaku di pihak mereka. bukan di pihak saya.

      doktor telah minta maaf pada saya. tapi staff tidak pula. saya pula yang kena minta maaf atas huru hara yang pihak mereka buat. what the point?? very rude !

      sila baca post saya baik2.

      sebelum dan selepas.

      saya tak buruk mana-mana pihak. saya ceritakan perkara sebenar yang terjadi .

      okay teruskan ke klinik ini pada awak. selagi mereka tak buat masalah hadirlah.
      saya tak cakap klinik ni bermasalah pun :)

      mereka dah buat masalah pada saya , so memang salah faham pun. kepada pihak klinik sila faham betul2 sebelum salah faham pada penulisan saya sebelum ini.

      hadir post ini kerana salah faham yang telah berlaku baru2 ini :)

      Delete
  4. a'ah kan...even klinik..tp masih siapa-siapa yang datang adalah customer...customer did paid what...they have all the rights...kalau saman malu pon boleh menang ni kak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah memang. Siapa start dulu. Kita tak cari pasal dia cari pasal. Tak jaga customer langsung.

      Saya masih waras nak gadai nyawa tempat macam ini lagi...

      For me mereka lebih pentingkan imej & tak profesional langsung deal wih me.. kejadian lepas merubah segala pandangan positif saya pada mereka.. tak profesional sangat.. macam saya pergi tempat apa je rasa...

      Delete
  5. Thanks for info..ini lah masalah org, suke bersangka buruk. I baca part 1 u..i rs lega sgt. Terkinja2 nk pergi dh bwk anak yg tgh xsihat. I hv to agree..kalau u provide kaedah yg bgs mcm mn pn..but u hv attitude problem, sorry. U wont survive anywhere u go. Mark my word. Thanks for sharing mama anis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes agreee
      Nyawa bukan boleh dipermainkan dengan masalah attitude seseorang.. BAHAYA

      Delete
  6. Kurang ajar btol staff dia..mmg bnyk klinik pvt staff hampeh..berlagak kalahkan doc..kalo nk reg tu muka mmg ketat je mcm pakai corset...xjadi nk g klinik ni dptkan khidmat doc yg 'best' tu...ank pon umur sebulan lebih selsema susah nk minum susu..so better cari yg lain la..thanks for the long story n ur info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear @ainur,

      Kalau ada masalah keaihatan baby better u pergi terus specialist..

      Selepas kejadian ini..saya trauma sangat2 dengan klinik biasa2 ni...

      Saya terus bawa jumpa pakar kanak-kanak dah.. alhamdulillah rasa itu yang sebaik2 nya setakat ini

      Delete
  7. i stop gng long time agooo... because of the attitude!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope u stop gng there not bcause of this entry.. because u history with that clinic..

      Thanks to drop here

      Delete
  8. Assalammualaikum...
    sebenarnya yang bermasalah hanya staff dia sebab doktor tak mungkin ada masa nak baca blog berinternet bagai. Last time saya pernah sampai klinik dr. nadir 4.00 petang, masa dia panggi kami masuk dia tengah pegang medical book then dia cakap patient tak ramai hari ni boleh la saya membaca... kat sini kita boleh tengok macam mana cara dr habiskan masa dia instead of bergosip baca blog dsb..

    Sebab tu org tua2 cakap sebab nila setitik rosak susu sebelanga... mungkin staff dia dah cerita yang bukan-bukan yang negatif pasal blog u bab fitnah ni mmg boleh jadi viral dan 'nasi tambah'... tapi kita pon kena faham mentality staff yang jaga kaunter tu education level entah sampai mana silap-silap SPM je, kalau tanya pasal medical stuff belum tentu boleh jawab melainkan pasal ubat batuk yang dia bagi pada patients. Staff punya ego sebab dia ingat klinik dia glamour itu aje... kalau bukan pasal dr nadir himself... they are no body...

    Cuma pasal UNRECOMMENDED terpulang kepada pendapat masing-masing... pada saya selagi dr tak buat silap dan membahayakan pesakit dalam menjalankan tugas dia kami dan mungkin others patient akan terus menerima rawatan dari dr. nadir.

    yang saya lihat di sini masalahnya hanya pada staff attitude problems...
    UNRECOMMENDED boleh diterima jika rawatan dan ubat-ubatan beliau membahayakan nyawa pesakit.

    Biarkan perempuan-perempuan itu dengan ego mereka dan jangan jadikan diri kita seperti mereka...

    only my 10 cents..
    Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup terpulang pada pendapat masing2. Saya hanya ceritakan perkara yang telah terjadi pada saya. Tidak ada isu selain daripada itu. Terpulang bagaimana anda ingin menilai kejadian ini. Yang baik jadaokan teladan yang buruk jadikan pengajaran dan sempadan.. semoga bermanfaat kepada yang memerlukan. Kepada diri saya sendiri memang dah tak akan datang ke tempat ini sampai bila2. Thats all.

      Thanks drop to my blog :)

      Delete
  9. @Nadiah Hamdan ... sorry ter klik delete ur comment. Nasib baik ade copy dekat email. Ni paste semula yerk .

    Nadiah Hamdan has left a new comment on your post "DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2...": 

    Hanis, ngerinya aku baca kisah staf2 klinik tu. kalo aku jd ko jgn harap aku minta maaf kt staf2 klinik tu. bukan salah ko pon. dorg yg salah faham. kalo aku jadi dorang tu patotnya malu dan sedar dgn kesilapan yg dorang dah buat. sbnrnya dorang dah merugikan klinik yg dorang bekerja tu sendiri. byk kali jugak aku kene dgn staf klinik yg mmg mcm hampeh xnk layan patient elok2. (klinik lain ye bukan klinik yg ko pergi ni. takot nanti ade yg salah faham plak kn..) sorryla tu jela skli kita dtg. jgn harap akan dtg lagi. bukan takde klinik lain yg lg elok kn? 

    by the way hanis, sepatutnya ko pesan pada dorang yg stalker2 tu supaya klik sekali iklan2 churp2 tu..dapat jugak ko hasilnya..hahaha.. yang penting sekarang ammar dah sihat. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing. Baru ingat nk g klinik tu. Lain kali ambik gmbr staff nurse tu. Rasanya dorung pun nak femes gak tu. Hehehehe.

    ReplyDelete
  11. Sabar je la... Rude gler staff dia. Maybe dia geram sbb xsnap muka dia skali kot. (Nak tumpang femes). Baru bercadang nk g sana.kalu report pada tribunal rasa mmg masak nie. Ty 4 sharing.

    ReplyDelete
  12. hi sis..klinik fauziah area batu caves bAguss utk merawat bayi berkahak..dia pakai Alat baru nama sonotron, tak pakai nebulizer..boleh cuba lain kali

    ReplyDelete
  13. Dear Mama Anis,
    I am so shocked after reading this entry. I am looking for the best clinic in my area and this clinic is in the clinics that i listed to go. BUT after I read this entry, i don't think that i want to risk my daughter by bringing her to this clinic. I admit that i am so fussy about choosing a clinic.
    For me, the best clinic is best from their stuff up to their doctor.Because, if you got a good doctor, but when the stuff are all so dumb,there is a possibility in giving the wrong medicine to patient.Either by chance or by mistake.That is what I thought when i am looking for a good clinic.
    I have nothing else to say but thank you mama anis for this good entry. I still can understand your language and your meaning by 'berkarat siap' in the previous entry.
    Please and do write more about all the good information.
    Thanks,
    Soo Yaw Hong

    ReplyDelete
  14. mmg staff die rude pn. my 1st time teman sis bwk ank die pn bole nilai trs staff cmne. muka garang..x senyum lgsg..pastu borak kuat2 kt kaunter even msa tu ada patient. slalu sy g klinik staff xkn wat bsg kt kaunter. siyes x profesional lgsg. mmg staff x tlg pn doc tgh wat keja. kite la tkial2 kne tlg doc..klu kt klinik pakar lain mesti akn ada staff yg tlg doc wat keja. klu kne pegang baby pn sesama dgn staff.

    ReplyDelete
  15. salam, ptg td saya dah nak pegi klinik ni, tp nombor giliran dah habis & kena dtg esok. sambil2 tu saya baca review di internet sbb masa saya pegi tu saya rasa kurang selesa sbb klinik tu kurang bersih..dan lepas terbaca entry puan ni..terus saya batalkan niat nak bawak baby esok ��. emosi betul doc tu.. which is not good for him as a doctor & staff dia tu tak well trained kot? sbb tu bnyk masa nak jd stalker. btw thanks for ur info. saya definitely akan mintak kwn2 yg nak ke sini baca post puan ni & pertimbangkanlah nak proceed ke tidak.

    ReplyDelete
  16. Anak saya batuk berkahak lama dah ni..mencari klinik yang baik. Baca dalam Facebook klinik ni semua review best je..sekali baca POST BLOG Part 1. Ok sangat. Kita faham apa maksud lama. Lepas tu baca sampai sini, terus jadi tak okey. Sebenarnya, you patut buat report pasal klinik ni. Staff dia tak professional langsung. Confirm bukan staff yang educate sebab perangai serius macam mak cik2 bawang dan seterusnya buat report polis. Staff seperti tu tak boleh kerja dalam organisasi mcm ni.. Saya kalau doktor bagus macamana pun tapi kalau tak professional, it's a NO. Doktor dengar cakap staff? Tak siasat? Level mana tahap educational doktor dengan staff? Tahap kesabaran you gaduh dengan Dr tu dan teruskan rawatan is professional, kalau saya sorry to say la..memang dengan staff2 tu saya maki hamun on da spot dan terus keluar dr ctu direct g hospital. Saya kalau pergi klinik, masuk je tengok staff perangai annoy, saya terus keluar sebab kita tahu dah tahap pemikiran dia macamana.
    So cancel dtg klinik yang staff macam you mention. Wooo...x minat staff bawang dan level pemikiran rendah. Lepas tu bila staff datang dan leave komen pun kita tahu dia mesti tak tahu kalau komen die xleh delete kalau pakai Anonymous. Boleh screen shot dan hantar dekat doktor pasal staff dia yang tak professional, tak jujur dan ada masalah hati.

    ReplyDelete
  17. huih da 2019, geramnya bila baca. Im a blogger also jd faham bila niat kita sebarkan manfaat tp di salah erti. sy baca previous post dulu sebelum baca posting ni. Posting pertama tu bg sy bukan kritikan terhadap klinik tu. dari penulisan nmpak awk berpuas hati dan menggalakkan org kesana cuma ya kalau dibaca part "mesin berkarat" mmg boleh mengundang salah faham. thats why kena baca the whole post tp doktor pulak bongkak taknak baca kononnya. Dia tak tau ke melalui penulisan awk tu la sedikit sebanyak org kenal klinik dia. kita buat free marketing n xminta balasan pun lagi kena hentam.

    Staff pun lahai teruknya perangai. Kesian bila baca doktor bertungkus lumus, penat2 treat patient pun still energize untuk bg servis yg bagus dkt patient tp staff yg duduk je melanguk tak boleh bg even a smile. kita penat2 tuai tanaman tp org lain senang2 rosakkan. To that staff u did wrong to the patient and the doctor. Patut bagi servis yg bagus walau bkn klinik u tp tu tempat u cari rezeki kan? u ada masa jd batu api stalk n pusing posting why not guna masa tu utk buat free marketing dkt klinik u kerja tu? customer ramai, klinik untung, gaji pun naik. kan bagus.

    to me, i wont go to the clinic. mana pergi etika seorang doktor. boleh plak main refused utk bg treatment. u doktor kot bkn bukak kedai makan. customer takkan mati setakat u taknak jual makanan but u doktor. patient yg sakit n dah tunggu utk treatment sampai depan mata boleh refused. kalau refused dari awal jangan bagi daftar. boleh deal nyawa org macam ni ya. luckily the baby was fine. eee geram kalau sy2 print besar2 bg doktor tu baca n sruh dia highlight which word yg menjatuhkan klinik dia. kalau org jahat baca mmg akan nampak yg jahat je. klau org baik dia akn nampak perkongsian tu bermanfaat so nmpak sngat staff tu jahat huh.

    ReplyDelete
  18. Saya pernah teman kwn pergi klinik Doc Nadir & rakan2 ni, dia bwk 2 org anak utk dapatkan rawatan batuk selsema lama dah yg tujuan utama mmg nk amik nebulizer & klu baby utk mintak disedut sekali. Sy tanya kwn kenapa jauh nau klinik ni nk pergi? Katanya dh lama dia setia kt klinik tu dr anak sulung yg dh berbelas thn umurnya, dlm erti kata lain dh serasi gitu.. so mmg xde gi klinik lain pun kecuali warded je hospital. Agaknya klu doc Nadir blh admit masuk hospital nk doc tu jugak yg bg rawatan. Pernah jumpa kes patient mengamuk nk doc klinik favorite dia dtg rawat dia di hospital.. aduhhh mcm2 ragam pening pihak hospital time tu xpasal kena panggil doc tu dtg visit dia..agaknya brp laa bill lupa nk tanya staff hospital time dpt kes gitu hahaha Ntahlah dlm pemikiran diaorg ni itulah doc yg terbaik walhal ramai lg doc yg best yg caring yg ceria yg bg service A++ dr doc favorite diaorg kan? Samalah kes doc Nadir & rakan2 ni kan. Pd sy sebagai seorang doc maupun staff2 diklinik kita kenalah professional ketika bertugas dlm merawat sekali pun org tu musuh kita tetap kena bg service yg terbaik. Anyway ini cerita sblm terjumpa & terbaca this blok!t Dr experience teman kwn tu mmg klinik ni xde pun dlm my list, jujurnya sy xberminat pun nk bw anak2 sy ke klinik tu lepas amati service dr mula masuk klinik jumpa staff daftar smp jumpa doc bla bla bla (xnak tulis) ending amik ubat sy jd assistance yg diam hanya memerhati waktu dlm rawatan tu sbb rasa ingin tahu yg meluap kenapa my friend nk sgt bwk her kids gi ctu. Sy xkata xelok ya cuma secara peribadi sy mmg xsuka & xkan pergi klinik Doc Nadir & rakan2 ni. Anyway TQ sis yg sudi berkongsi pengalaman. Pilihan di tangan memasing.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan nak hamil beranak ni. Siapa kat

KANDUNGAN 37 MINGGU : TANDA BERSALIN

 Alhamdulillah.. kandungan ke 4 ni sampai jugak ke tempoh 37 minggu... Ok.. hari ini dah mula sakit-sakit balik tapi tanda masih tak keluar lagi . Mari saya senaraikan apa yang berlaku sekarang : - Keseluruhan perut mengeras dan meregang. Yang ni rasa maacam keras macam batu. Tak tau apa yang baby buat kat dalam tu. Tapi bila mengeras ni datng bersama rasa sakit sangat. Pakej lengkap la. Sakit dalam perut rasa memulas-mulas perut , pinggang dan punggung. Tempoh mengeras ni lama 5 minit dan 10 minit. Dalam 1 jam tu banyak kali. Huhuhu..masih x nak lagi pergi hospital.. Kadangkala baring tak meredakan keadaan , duduk juga tak meredakan keadaan. Tak tau dah rasa nak gayekan macam mana lagi ni. Sakit pinggang dan bahagian belakang . Keseluruhan punggung/pinggul belakang rasa sakit berdenyut mencucuk-cucuk. Pastu terasa la diri ni sangat2 gemuk... Susahnye jadi orang gemuk sebab nak bangun susah nak jalan susah. Ditambahkan dengan rasa sakit. Ni pun pakej lengkap gak. Kerap b