Skip to main content

Menjelang konvo

Hari jumaat rehearsal(wajib hadir kalau tak datang tak boleh hadir konvo).Sabtu tu hari konvo. Jubah dah aku ambil hari Rabu yang lepas di IIC.Daripada haritu nak dok test jubah tu tapi sampai la ni la tak sempat-sempat lagi.Sibuk nya jadual aku setiap hari. Ni baru anak satu.Kalu dah , dua ,tiga dan ke atas tu tak taulah macam mana aku nanti.Yang satu ni pun dah cukup sibuk dan kelam kabut dibuatnya.Huhuhu..

Job pulak makin banyak yang masuk.Super heavy duty lagi gitu task sekarang ni..Kat opis dah la cukup sibuk.Semua kat IT ni dah muka-muka baru.Tinggal aku je yang masih kekal di sini. Yang lain dah berhijrah kemana-mana dah. Yang sorang tu pulak hujung bulan ni last.Tinggal aku la yang boleh dikatakan lama(padahal baru setahun lebih jer).Terkejar dan mengejar serta berkejar-kejaran.

Balik kerja je sibuk uruskan hal rumah tangga. Lagi pulak anak tak boleh dilepas.Kalau lepas merengek,merajuk,menangis dan yang paling sadisnya tu melalak sampai dengara jiran-jiran semua.Terkejar-kejar nye la..Jaga anak sambil curi-curi masa buat kerja rumah cam masak,basuh baju,kemas umah dan lelain la..Huhuhu..Time Aeman jaga pun buat kerja,time Aeman tido pun selesaikan segala tugasan yang tak selesai-selesai lagi tu. Kang baru je aku nak nak lelapkan mata dan berehat si Aeman la pulak jaga.Kena layan dia lagi. Papa dia asik kena shift malam jer. Balik tengah malam terus lepak.Mandi ,makan dan tidur.Huh..senang nyela dia...

Ape nak buat lagi..ini bukan keluhan.tapi kenyataan yang aku dengan rela hati sedia untuk hadapinya.Belum lagi aku start class nanti.Bila dah mula je mesti tugasan aku jadi double marble..Sekarang masih dalam tempoh penyesuaian lagi.huhuhu..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...