Skip to main content

Pregnant ke 8 : 37weeks pregnant baby 7 Bersalin Normal

 Kronologi 11.2.2020



6.30 am : sakitnya perut tak boleh bawak bincang. Sakit perut macam perut tu memulas. Uish tak leh nak habaq la.Pagi tu sempat solat hajat, solat taubat dan doa banyak2 mohon Allah permudahkan urusan bersalin hati ini.

8 am : habaq kat suami kita kena gi hospital cepat harini. Rasa tak sedap hati kuat. Tahan2 kot boleh terbersalin kat rumah ni. Suami kata tanda takde lagi kot nak tunggu lagi sampai keluar tanda. Cakap kat dia kontraksi kuat camni pun tanda juga. Tak semestinya keluar air darah tu tanda. Suami nampaknya mengalah ikut je. Dia suruh siap. Dan-dan time tu nak mandi keluar lendir perang. Macam dinding serviks menipis...Petanda betul..Kann..


Sakit dia makin mencengkam2 libas kuat pinggang ni perut ni oi. Siap sepantas mungkin. Nak jalan pun dah mapah2. Mekap tak de hati langsung dah. Tepek bedak nipis , eyebrow and lipgloss jela bagi muka tu berseri sikit tak nampak pucat macam nenek kebayan.Pakai mask kot.😅

Sebelum pergi hospital tu sempat tapaukan anak2 makanan nasi lemak and kuih muih. Manakala kami aku makan nasi lemak lauk paru & suami nasi lemak lauk telur goreng , kitorang berhenti tepi jalan makan dalam kete. Pkp masa ni tak benarkan dine-in dekat kedai. Redha jelah. Dah standby pinggang sudu siap-siap dalam kereta pun. Manakala barang bersalin baby memang dah sumbat lama standby dalam kete. So dah kecemasan macam ni terus start kereta je gerak takyah kalut nak mengemas lagi . Senang kan. 

Ok perjalanan Rawang-KL ambil masa sejam. Langgar bonggol ke kereta, break mengejut ke aku dah mengerang macam dolphin nak beranak. Eh😅Suami cakap nampak gaya macam bersalin hari ni jugak ni. Minta lah takde sekatan jalan raya. Suami lalu jalan mana tah ikut waze shortcut memang tak lalu la roadblock PKP tu. Takut sesak kat jem mau terberanak kat atas jalan.

10.30 am : Alhamdulillah sampai je hospital parking semestinya penuh. Suami nak drop je depan lobi . Tapi jiwa manja tu nak suami disisi ketika sakit ni rela lagi ikut suami jalan mapah jauh cari parking kat tingkat tinggi. Setelah puas round Alhamdulillah dapat parking depan pintu lif. Bolehlah. Barang bersalin tak bawak lagi masa ni. Cuma bawak 1 pek barang baby untuk ke labour room.

Masa ni jalan memang tak boleh laju dan langkah besar. Pimpin mapah suami je. Cakap suami slow-slow plis jalan tu memang sakit gila haih.. Suami bising nak drop kat depan pintu tadi tak mau. Tak..Semoga jalan ni dapat cepatlah bukaan tu terbukak , doalah dah 4-5cm ke terus masuk labor room. Moga beranak hari ni jugak.

11.30 am : Daftar kat kaunter kecemasan bawah. Masa ni suami daftar misi tanya sakit sangat ke nak jalan , dia offer naik wheel chair. Sebelum tu sempat salam suami mintak doakan mudah beranak. Huhuh sedih. Kalut pun ye. Dah anak berapa pun perasaan bergelora camni. Misi tolak masuk dalam , terus potong Queue orang ramai yang tengah tunggu turn nak check bukaaan tu. Doktor suruh naik katil nak check bukaan. Sebab misi report kandungan ke 7 , strong contraction gitu. Allahu baru 3cm la puan. Kecewa plak dengar. Sakit kuat gini baru 3cm dik non oi.. Kena tunggu la gamaknya ni. Doktor kata tunggu lah. Time tu jugak buat swab test covid. Doctor ramai2 review kes aku. Multiple drug allergy la. Kata ada gbs la.Pasal alergik antibiotik doktor bincang antibiotik sesuai untuk aku dari group lain. Kata nak masuk antibiotik la jugak. Risau je badan dapat reaction cam dulu tapi redha. Sebab tak tau kan apa keperluan yang boleh selamatkan nyawa kami berdua. Huhuh. Nilah perjuangan kami ibu dan bati dalam kandungan. Maut hujung tanduk. Sakit ni memang macam sakaratul maut. Huhuh yelah tu mati belum lagi. Ngarut je lah. Time tu la pasang jarum kat tangan. Cek kontraksi dan graf jantung baby 20 minit gitu. Mujur prosedur kali ini doctor pempuan yang buat semua dari seluk sampai lain-lain tu. Itulah doa aku sebelum beranak.

So turun katil kat PAC tu terus mesej suami bagitau baru 3cm, alahai sedih tol harapan tadi datang2. Suami cakap kul 1 dia keje, dia tak cuti hari ini. Dia bawak laptop siap2 dah kerja dari hospital tu je.

Suh suami uruskan call anak makan minum dorang order food panda ke apa. Aku masa ni memang dah fokus kat sakit je..Masa ni boleh tersenyum lebar lagi. Walau sakit boleh lagi mundar-mandir berjalan-jalan sekitar ruang terhad tu untuk cepat jalan buka. Suami pun dah cari port dia nak start masuk kerja. So dia busy dah masa tu , kita whatsapp pun dia tak nak layan sangat. Huhuh. Nasib kaulah mak beranak time pkp ni. Melayan sakit sorang2. Kena jiwa kental berdikari. Hati mesti sado time ni. So bermula lah episod kejap bangun duduk jalan. Boring gila time ni. Kejap2 mesej anak. Video call anak2 kat rumah. Mostly banyak berdamai dengan diri je..

2.30 pm : Sakit dia fuhhh skala ritcher dah masa ni. Duduk tu, ada misi lalu depan. Bagitau kat misi sakit sangat memang padu la. Misi habaq kat doktor suh check ors lagi. Doctor seluk balik tengok muka aku bagitau.. Masih 3cm la puan... Fuhh biar betul! Ala dik sambil usap perut cakap kat baby dalam ni cepat la kuar arini. Mama takleh nak tanggung dah kesakitan ni. Penat la hai. Masa ni lapar la apelah. Whatsapp kat suami yang tetiba datang rasa lapar, dia suh makan kurma yang dalam beg tu je. Bila dia dah habaq camtu... endah tak endah... so faham la kita dia ngah busy. Sob sob menahan la rasa time ni😢 Rasa lapar , rasa sakit dan rasa sayu pilu. 

Ngade je! By the way, prepare dah kurma, biskut dan air kotak milo dalam handbeg in case nak bekal tenaga kalau tak lalu makan time nak beranak tu. Masalahnya I is lapar nasi dikala itu tapi terpaksa la ketepikan keinginan nak mintak suami belikan pape hantar ke sini. Pendam jelah tolak tepi. Makan jelah apa yang ada ye. Jangan nak mengada sangat laki ko tu tengah kerja. Masa ni jugak syaitan menghasut suh rasa nak marah awatla time aku nak beranak suami aku pi kerja tak reti mintak cuti. Tensen betul la sebenarnya. Nak bermanja pun takleh time ni.🙄

Fuh berbakul istighfar zikir doa time ni. Sebal sangat dengan laki kang hang susah nak bersalin cemana tuh. So redha jelah. Kita kena saling faham memahami. Rasanya laki aku masa ni dia takde perasaan kuat yang aku akan bersalin hari ini. Sebab tulah dia taknak amik cuti emergency ke apa ke. Walaupun dah memang confirm prosedur doktor ni apa jua cara aku akan beranak hari ini. Tapi laki aku ni dia tak yakin dengan berita tu. Kot2 jap lagi aku discharge balik rumah atau just kena tahan wad kot macam yang lepas tu. Gitulah yang aku rasa laki aku tak percayakan aku betul2 nak keluarkan anak dia harini. Ingat aku memain agaknya dengan 3 cm boleh kelepet jadi 1cm bersalin esok lusa.. Fuh bengang sebenarnya dengan laki ai masa ni... Hebat betul iblis ni laga2 kan perasaan kami kan time kritikal sempena perhitungan antara hidup dan mati ni. Setan tol.🤣

4.21pm : Dah contraction 5 minit skali. Ya allah memang sakit😭 masih lagi tersadai kat kerusi tunggu apa entah. Jap2 jalan, jap2 duk atas kusi sebab masa ni dah tak mampu nak jalan.😔 tak faham tunggu apa ni lama sangat..? Orang memang ramai time datang hari ni... Esok actualy cuti chinese new year... kenapalah korang berduyun-duyun sibuk nak beranak time cuti ni... haihh..pasrah lah kalau dah nama hospital gomen.. dah kes aku kat sini.. niat nak beranak kat private terpaksa tolak tepi.. incase high risk jadi balik macam berank yg lepas, pape pun akan revert kes aku ke hkl jugak..so terpaksa redha bersalin kat sini jugak..


5.30 pm : Masa ni sakit gila phewww.. kita menahan atas kerusi je sakit.. orang sebelah2 dah pandang2 je. Kita pejam mata kita mengucap kuat dah masa timing contraction tu datang. Peluh jangan citer aih masa ni. Sakit skala gempa bumi. Lodakan tu macam badai tsunami fuhhh! Best tau rasanya. Orang depan kiri kanan tengok aku dorang pun cuak agaknya. Confirm! Hahaha saja je nak bagi dorang rasa gelabah nak beranak  macam aku. Woit takdelah. Ni bukan buat-buatlah. Takde masa nak fake masa ni. Masa ni sangat penat lapar haus gila tapi tak daya nak buat apa-apa dah. Cuba jugak berjalan pergi toilet dan mundar mandir. Masa kencing pulak rasa cam ada benda nak keluar. Huhuh. Selagi benda tu tak keluar selagi tu hidup tak keruan rasa. Masa send video tengah contraction tu datang. Fuhh! Suami bagi emoticon camni😓 nak beranak ni... bila somi reply camtu je air mata dah banjir keluar time tu lak. Yelah ada jugak yang faham aku sakit gila masa tu... sedih.. rasa gak somi take care walau tau dia takleh buat pape pun kat aku masa tu. Suh dia doakan je, I is dah tak larat sebenarnya ni..nasib baik la pakai mask... nangis pejam mata dalam mask.. malu sebenarnya nangis secara public tu.. tapi sebab tadi dah memang serabut tahan sakit atas kerusi tu jap2 genggam penumbuk bila timing contraction tu muncuk. So orang sekitar ingat aku nangis tahan sakit kot. Sebab sakit gila beb!.cari pasal time ni memang nahas la kau. Nak tumbuk orang pun tak larat. Hahah😆

Jap lagi kita tepek conversation whatsapp dgn suami buat kenangan di sini. Actually ni dah detik nak bersalin mengejut. Sampai laki I is tak caya aku dah bersalin. Terpaksa send voice notes baby melalak baru lepas kluar dari perut baru reti nak percaya. Tu jer terdaya buat masa tu..

6pm : Tanya suami taknak tengok bini dia ni ke,jumpa la jap, makan ke, lapar gila dari tadi.. amikla rehat jap.. suami I ni memang blur tahap level kayangan time dia keje bini nak terberanak ni.. tapi dah takde perasaan nak amik hati sangat pun dengan dia time ni.. bincang jelah elok2.. suami cakap dia rehat jap nak turun jumpa jap nak order foodpanda sibuk tanya aku nak makan apa. Aku sebenarnya masa ni nak lompat bintang sebab hepi laki sudi jugak jenguk aku dalam keadaan tenat macam ni..memapahlah aku kedepan kaunter. Kat situ je boleh jumpa. Sebab covid ni semuanya terpisah dengan dinding pintu kaca. Masa ni baru perasan jalan pun dah tak boleh tapi gagahkan jugak. Allah sakit gila masa ni nak oi.. Suami boleh plak pandang fon je masa ni sibuk order foodpanda. Bukan pandang bini.Nak nangis rasa. Kita dah separuh nyawa masa tu. Duduk takleh jalan takleh langkah pun dah kejang. Banjir air mata kat situ. Call suami bagitau dia, kita betul2 rasa sakit teruk ni. Dia boleh plak hahahah gitu je. Dia sebenarnya ingat nak makan sama tapi kits time nilah rasa baby nak keluar nak meneran😓😢 masa tu suh orang yang ada kat situ toling panggil misi doktor sebab tak leh jalan.. ada sorang doktor tu datang dia tanya2 terus lari ke dalam. Aku dah menangis tahan sakit kat situ. Sangat sakif plus tak larat nak buat pape dah. 

Whatsapp suami pulak dia sibuk reply dengan makanan dia je. Haihh lantak la situ. Aku mesej time tu sakit gila dah ni. Tak lama tu nama aku dengar misi panggil suh masuk dalam. Aku takleh jalan dah labu... tapi sebab takde sapa tolong masa tu dan aku pun memang rasa sangat baby nak kluar... aku cuba mapah nak masuk ke bahagian dalam.. pegang dinding pegang kerusi kaki krem gila melangkah . So gunakan segala kudrat sisa baki yang masih ada masa tu cuba jugak gigihkan diri...sempat la toleh belakang pandang sekilas suami tengok aku macam tu..aku dah tak peduli dengan pandangan orang sekeliling ada yang kisahkan sangat aku masa tu. Bukan korang boleh tolong aku pun.. nak menyahut panggilan misi tu pun aku dah lemah.. 

6.30 pm : doctor seluk aku cepat2. Dia tanya puan ni anak pertama ke..aku tak larat dah.. tak ni ke 7, kandungan ke 8.. dengar je aku cakap camtu.. doktor gelabah dah.. cepat sikit puan dah 6cm ni tolak ke labour room salin baju ye. Aku yekan jela masa tu. Aku rasa nak terkencing gila masa tu. Minta izin gi toilet jap sebelum salin baju. Tapi doktor tak bagi. Dia kata haih tak payah nanti terberanak dalam toilet. Misi salinkan baju sebab aku dah tak daya gila , semua aku buat atas katil masa tu. Sorang bantu salinkan baju. Sorang salin kain. Baju beg aku bungkus dlam plastik jugak. Aku dibenadkan pegang fon je. Time tu jugaklah nak pindah katil tolak ke labor room. Time tulah jugak dorang mintak ic nak daftarkan aku. Tanya suami aku mana. Aku cakap ada kat depan. Aku ckp ic kat suami. Time tu jugaklah aku cek wasap laki aku dia cakap makanan dah sampai , kata nak makan sama,cepatlah abang nak naik masuk keje balik ni.. speechless sungguh aku masa ni. Hailah tok laki.. aku reply wasap nak kena tolak labor room ni nak beranak dah 6cm simpan lah makanan tu dulu malam nanti habis keje pass la.. memang lapo pun.. tapi tak sempat dah..fokus nak beranak jelah..

6.40 pm : misi lelaju berlari pi tolak aku ke labor room tingkat 4 atas naik lif. Sampai labour room  hospital baru ni sejuk gila. Aku dengar suara tangisan baby-baby. Fuhh nervous aku masa ni.. plus sakit gila dah.. dengar misi tg bawak katil aku hantar file report aku nak assign tolak aku ke bilik mana yg kosong. Aku dengar bilik no 1..

6.50 pm : Sampai kat bilik no 1, lepas pindah katil jururawat in charge buatlah prosedur dekat aku. Aku kena kangkang angkat kaki tu lah.🤭angkat kaki tu pun minta bantun nurse sebab dah krem gila tak boleh nak gerak sendiri..  mula2 dia cakap nak pasang tiub air kencing. Aku cakaplah memang aku nak terkencing pun tadi tapi doctor kat bawah tak bagi. Dia suruh aku relaks cool gitu dia kata takpe puan,saya bantu ni.. dan dan time tu dia suh ok now puan kencing je kat sini saya tadah. Ehh.. takpe ke.. 😅 aku pun.. meneranlah kencing tapi rasa tak puas gitu.. macam masih ada lagi nak dikeluarkan tapi entahlah tak taulah aku rasa apa masa tu. Kacau bilau perasaan dah 😂 misi tu tanya ada rasa nak teran ke.. aku cakap ye.. dia cakap ok tiba2 aku rasa panas basah punggung aku sampai kena kain.. misi cakap air ketuban dah pecah ye puan.. tak pasti la aku dia kot pecahkan.. semua berlaku dengan pantas masa tu.. aku pun dh pejam2 mata tiba2 sakit bertambah double triple kuat masa tu.. adoyai.. zikir pun dah terabur tapi masa tu aku ingat aku sebut allah je kuat2 bila sakit datang..taubat dah..

Misi tu tanya ada rasa nak teran ke.. aku angguk geleng.. takleh cakap.. then dia seluk jari.. dia kata oklah puan kalau rasa nak teran je ye.. dan dan aku cakap ye nak ye teran.. aku terus teran.. suasana sunyi hening gila antara aku dan dia je masa tu.. first teran tak jadi apa.. second teran aku rasa dah kluar separuh.. third teran aku rasa hampir nak mati.. separuh nyawa ku pergi.. misi tu suruh aku teran lagi skit lagi nak keluar.. aku tarik nafas dalam2... aku hembus kuat.. terus rasa keluar semua isi perut... dengar tangisan baby memecah kesunyian tadi.. dengar misi bagi salam.. assalamualaikum baby.. allah awak pegang tangan nak salam nurse ye..

Masa tu aku lega.. penat.. terus capai fon kat atas kepala bawh bantal mesej husband bagitau dah beranak. Dia boleh tak percaya pulak.. so aku terus bagi boice notes suara baby tengah melalak masa tu jugak bagi dia percaya.. ingat aku reka cerita agaknya?😅.. pastu aku selfie muka aku pas beranak masa tu.. video baby sikit sebagai bukti hatu dia percaya... mana misi? Masa tu misi sorang je so dia tengah sibuk uruskan baby dengan uri  bawah aku.. 

Dah aku pun tak larat masa tu.. plus teruja terharu tengok dengar suara baby nangis.. masa misi timbang baby berat 3.6kg lahir pukul 7.10 pm , misi habaq na baby tak sabar2 nak keluar sebelum azan maghrib ni.. ade doktor dan nurse lain baru masuk mereka terkejut dan macam tak percaya aku dah beranak.. so doktor tu proceed check je baby.. baby ni pulak kalut haih.. sementara misi tu buat urusan dia tadi habis keluarkan uri aku.. sorang lagi inject peha aku.. sorang pasang drip water kat tangan.. pastu jahit bawah aku.. misi yang sambut baby tu habaq takde jahit gunting atau koyak heh. Tapi kena jahit klitoris aku..sebab baby keluar tangan dulu kat situ so koyak sikit. Alahai.. dengar jahit je seram dan redha..ingat tak sakitlah.. sekali terasa tusukan jarum pertama. Menjerit aku sekuat hati. Auww auww nurse tak nak sakit sakit! Misi tu cakap.. tahan puan tahan.. sikit je ni.. aku cakap taknak taknak misi sakit.. pastu dia tusuk jarum tu lelaju..kuajaq toi.. misi cakap duk diam puan diam .. kena jahit ni benda nak pakai lama ni.. huh.. pastu dia cakap dah siap.. sekian saja cerita seram😂

Baby mula dia senyap sekejap je duk dalam bedung tu. Lepas tu dia melalak kuat...mama nak pejam mata terus tak jadi.. baby diserahkan dalam pelukan aku.pas salinkan baju bersih pakaikan pad ikat yang dlm labor room punya..misi bantu nak susukan baby..alah2 bambam haih.. masa ni tak keluar susu pun. Keluar air likat jernih tu je. Gigih baby hisap sampai nak luka dibuagnya nipple. 

Haa masa tu misi tanya husband kat mana. Suruh video call husband azankan baby. Itu caranya sebab COVID  suami tak boleh masuk temankan wife dalam labor room kan..

Sebelum VC text suami dulu bagitau azankan baby... Alahai laki I pun satu..is tak hilang lagi kot blur katak dia tu...So call la dia explain dan kebetulan memang suami duk wat keje kat surau pun.. Tak malulah nak azan tiba2 kag tempat public.. rasanya mesti ada je kaum bapa dalam tu faham apa yang suami I is tiba2 azan depan dalam surau depan tepon masa tu😅So dia iqamat dan azanlah baby pas tu.. Video call. Baby tido masa tu..Huh lain macam pengalaman kali ini.. I am done with it...Alhamdulillah 








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...