Skip to main content

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil.


Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an. 


Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam  manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya. 


Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun. 


Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan. 


So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul.


So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan nak hamil beranak ni.


Siapa kata orang ramai anak ni tak merancang kang bondanis babap kang. Bondanis ni dah guna semua cara planning. The last one , doctor tak bagi anything yang kaedah related hormon sebab bondanis allergic hormon side effect.


So this time natural waylah. Ada lah guna apps period tracker yang boleh predict ovulation and pregnancy kita. Memang cukup berhati-hati sangat hanya bila on time tak subur je pun. 


Dan-dan Aaira dah 2 tahun , tetiba period bondanis lewat sebulan. Masa tu awal tahun, sibuk dengan hal anak2 nak masuk sekolah dan dan juga masa tu 3 orang anak lagi keluar masuk wad hampir sebulan lamanya. Demam berjangkit. Yang jaga oppkosslah bondanis sapa lagi. Si bapak jaga anak-anak sihat di rumah.


Ingat period lewat tu sebab penatkan sangat jaga anak sakit kat wad masa tu. Tup tup tekak pun menolak segala makanan. Suruh ayahanda pi cari UPT kat watson sebelah hospital tu, jeng jeng result positif. Speechless jap. Masa bilakah dia terlepas lekat ni? ðŸ¤ª


Terdetik dalam hati kenapalah susah sangat kan ada orang ni nak mengandung. Bondanis yang dah habis teknik merancang yang tak nak ni pun Allah bagi senang je lekat. Fuhhh ‘bongkak’ je kan.😅


Haa kan benar Allah mengikut sangkaan hambanya.Jaga-jaga dengan apa yang terdetik dalam hati kita. Kun faya kun. Kalau Allah nak bagi macam tu jer. Kalau Allah nak ambil macam tu jugak. 


Tugas kita mensyukuri segala pemberian nikmat Allah , sikit atau banyak. Bukan mempersoalkan kerja tuhan.


Sebenarnya bondanis dan ayahnanda terima dengan hati terbuka. Gembira dengan kejutan tu. So bondanis pi scan selepas dah tenang-tenang keadaannya. Masa scan kandungan dah 6 minggu. Nampak jantung, dengar heartbeat, nampaklah ada gerakan dalam bulatan kecil tu. Kecil sangat nak tengok masa tu. So doctor suruh datang scan lagi sebulan. 


Hari Jumaat tu bondanis bawa si Aryan monthly check up followup dia dekat hospital. Ada 2 pakar dia kena jumpa urusan dari pagi sampailah ke petang. Penat sikitlah masa tu. Sampai rumah malam. Balik tu kena uruskan macam2 hal dengan layan karenah anak yang tengah membesar lagi. Fuhhh bondanis kena paksa diri jadi kuat walaupun nak pancit dah masa tu😂


Pukul 10.30 malam sambil teman si abang siapkan homework sekolah sambil lipat kain baju menimbun datang memulas ya amat dekat perut pinggang pinggul. Awat dah nak terberak ke hape. Masa tu tengah memetir dengan karenah anak-anak baru balik  madrasah. Ada yang memberontak perangai budak baru nak upkan. Sekali dengan mama sekali up!🤣



So tak boleh tahan sangat pergi toilet, time chi chi tu ada keluar lendir bercampur darah pastu nampak ada seketul benda merah jatuh laju dalam toilet bowl. Tak sempat nak tengok dah ter flush ðŸ˜¥ Sedih betul ingat...


Ketar jugak tangan masa tu, terus khabar dekat Ayahanda. Ayahanda suruh bertenang. Tak ada apa katanya. At the same time dia terus google kat luar tu.😇 



Lepas dari tu sakit macam kena sengugugut sampai esok pagi. Bangun pagi ada lendir coklat lagi. So terus pi klinik scan doktor tengok kantung dah kosong. No hearbeat. Doktor refer ke hospital.


Kat hospital 3x scan dengan machine yang lebih accurate. Scan perut dan scan bawah. Memang kantung dah kosong. So confirmlah gugur agaknya seketul yang jatuh dalam toilet tu kot...


Itulah kisahnya. Bagitau dekat anak2 yang lain ada yang menangis melalak sedih adik tak ada dah.


Terkilan memang terkilan. Tapi pasti ada hikmah disebaliknya. Insya Allah ada rezeki lain. Syukur Allah bagi pengalaman ni. Kalau tak rasa sendiri tak akan pernah faham apa perasaan ibu keguguran.


Kita namakan janin gugur ni Aisyah Hawa... simpan sorang di syurga ya sayang. Nanti tarik mama papa di sana..


Rasa macam nak share journey berpantang pulak lain kali . Adalah beza sikit berpantang keguguran dengan berpantang bersalin.  


Kalau ramai suka sharing ni Insya Allah sambung next posting.😊






















Tak habis lagi..

Doctor bagi appoinment nak cuci lagi 3 minggu. Lama gila. Masuk ot room la kena bius la.

Tapi masuk minggu ke 2 mama dah berpantang gugur dah masa tu. Bertungku berparam pilis makan jamu makan minum macam irang pantang dah.berurut je sendiri. Sebab tangguh2 bab nak urut. Papa urut je sendiri. Lantaklah. Asalkan sihat dan kuat kembali.


Satu hari tu lepas buat rutin pantang macam biasa, papa lepas siapkan makanan mama, papa gi la cari bekalan makanan kat rumah kena topup. Papa gi keluar urusan menopap barang dapur tapi pi naik moto. Tapi dia pi merayau menyinggah mana2 plak sampai last mesej fon dia cakap bateri fon dia nak habis. Ahh sudah . Dahla naik motor.

Mama kat rumah dengan anak-anaklah. Petang tu lepas kencing keluar toilet, dari dapur tiba jalan cramp. Perut tak sedap semacam. Keluar bilik air tiba memapah. Peghh kaki jalan nyeret lantai dah. Ni kenapa pulak dah ni...

Anak-anak tengah main tengok tv main komputer main henponlah cam biasa.

Aku rasa sangat mencucuk tak boleh blah. Lalu terjelepuk kat lantai depan meja makan tu.. mengesot nak duduk kat atas sofa...tengok kaki panas je ada darah mengalir..

Allah ni apa! Terus nangis pnggil Aeman. Mula dia tak perasan ingat aku buat drama kot. Jerit nama anak2 cakap call papa. Mama sakit gak leh jalan. Darah banyak keluar dekat lantai. 

Dan dan dorang gelabah masa tu. Sorang amik fon rumah sorang amik fon aku. Sorang teerjerit cuak2 . Yang si aira kat sebelah aku kesat air mata aku. Affan plak macam takde perasaan melompat2 time aku tengah gitu. Alwan ammar blur. Aku taktau nak watpe sebenarnya. Dan aku tak tau aku ni kenapa. Allah.


Aku rasa aku tumpah darah! Tu je aku rasa...
Series sangat sakit macam nak beranak!
Haiih lagi sakit.
Aku nampak darah tu mengalir sangat banyak.aku dah takde kudrat masa tu rasa.
Aku suh si aeman aryan amik pape kainlah buat lap darah2 kat lantai tu. Sambil tu aku try call2 somi. Anak pun aku suruh try call papa guna fon rumah. Tapi tak dapat dah. Series habis bateri ni. Masa ni petang time budak2 anak jiran bersepah main kag luar rumah. Last choiche aku cakap kat Aeman call ambulans. Apa nak jadi jadilah terpkasa kot. Sebab tak tau laki aku kat mana bila dia akn balik pun . Yg penting nyawa aku ni perlu diaelamatkan. Masa tu aku terfikir aku mati camne. Tragisnya tengok anak2 masa tu mcm hilang arah tengok aku macam tu.. Aeman time dia tengah dail kot ambulan. Tiba dengar alwan ammar jerit kat sliding door papa mama berdarah sakit.

Allahu baru sampai papa dia!
Aku cakap aeman takyah call dah. Alhamdulillah. Suh papa masuk cepat. Barang tinggal. Korang tolong papa angkat barang.

Pastu aku tak ingat dah ape jadi...

Ingat2 cuma dah sampai hospital selayang kecemasan.
Ya Allah aku sakit masa tu memang tak leh jalan. Tapi nak tunggu turn prosedur tu bapak lama gila. Aku takde kederat dah masa tu series. Bleeding banyak kot! Mintak duk atas wheelchair je. 

Kena amik darah la. Tunggu nombor la. Cek bilik doc 1 dia suh pi bilik doc lagi satu untuk scan. Tengok memang dah kosong tinggal kantung je. Doc suh pi ambik darah dulu cek.aku tak faham la prosedur hospital selayang ni camane sebenarnya...layan jelah. Nak ambik darah pun tunggu turn lama.Allah.

Atas wheelchair tu tiba aku rasa sakit sangat. Aku cakap dgn suami aku rasa macam nak neran. Sekali ada benda panas terkeluar. Aku rasa camtu la. Somi aku bagitau misi ke ape ntah. Aku suh cakap ade benda keluar kat bawah ni.

Pastu doc suruh masuk bilik suruh baring atas katil.
Suh naik kaki cek bawah kangkang macam nak beranak tu.sekali doc tengok je aahla dah keluar la. Selambak doc tu masuk dalam plastik.dia buat la keje dia pastu.

Aku masih  dibiar macam tu baring kangkang.dalam masa yg sama aku penat dan lega.. lantaklah dia nak watpe . Sakit yg teruk tu dah reda sikit.

Then doc suruh husband bawak aku ke bilik ape ntah untuk prosedur ada kat wad tingkat atas. Staff nurse escort tolak aku atas wheelchair.

Sampai kat wad pun tunggu lama. Ada la beberapa orang pun tunggu sama. Then aku diminta baring kangkang semula. Doc  buat operasi seluk scan. Check bagi clear. Make sure takde uri tertinggal rahim kosong. 

Pastu dia cakap yg bendaalah kluar tadi tu diorang ambil nak bawa makmal. Dorang cakap kantung dah keluar habis. So aku tak de la nak kena kebumi ke tanam bawa balik. Terkilan pun rasa ada... huhu.

Doc suh tunggu kat luar. Sementara doc pakar nak check. Aku memang sakit campur rasa takde daya. Misi suh baring dkt bilik prosedur. Kat situ aku baring je sementara tunggu doc dtg sebab aku bukan warded pun nak makesure aku stabil. Somi tunggu kat luar bapak lama .

Dan dan doc pakar sampai. Doc singh noob je aku tgk.doc check aku bagi aku discaj. Dia bagi la appoinmnt folo up nanti. 

Dan dan nak discaj tu aku tak ok. Yelah kot aku banyak keluar darah tadi. Memang aku xlarat. Nak pitam pun ada masa tu..

Sekali cek tekanan darah aku x ok. Kena warded. Sementara husband amik beg kat kereta aku kena salin baju wad. Aku mintak husband belikan air pnas dgn roti. Sebab aku macam gigil lapar . Darah banyak kluar kot tadi sakit tak makan ape. Ni dah lega sakit rasa lapar pulak..

Elok lpas suami balik tu.. aku rasa satu badan nyucuk2. Macam angin. Bisa. Kat perut terutamanya. Aku kan tengah berpantang masa ni.. 

Aku apelagi terus masuk toilet. Dlm toilet tu aku terkentut kentut banyak kali. Menangis kot sakit. Pastu cirit. Lama gak la aku dlm toilet. Dengar misi panggil nama aku puan hanis okay tak lama sanagat awak dlm toilet tu. Saya ckp ye saya ok. Saya sakit perut angin saya rasa ni. 2-3 kali jugak la misi ketuk pintu suh aku keluar.

Dan dan aku keluar je trus cari stokin minyak panas. Misi datang cek balik perut aku. Aku cakapla sakit nyucuk2 angin bisa macam. Misi cek tekanan darah aku smua ok. Dia suh aku selimut berehat minum air panas tidur. 

Aku rasa aku bentan ni...
Aku tak leh tido..
Aku minum air kopi somi bagi tu dgn roti tu pastu aku lumur urut satu badan dengan minyak. Habis satu wad bau  minyak nona roguy plus minyak serai. Hahaha. Lantaklah.

Lepas tu rasa macam ringan sikit. Baru dapat tido lelap mata. Kat wad tido jelah. Esoknya dah boleh discaj petang. 
Alhamdulillah.

Balik sambung berpantang macam biasa. Tungku urut jaga makan minum dah itu je .











Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...