Hari ini Aeman telah dirawat oleh Ustaz Drs Zainuddin MM.Ini kerana sepanjang hari ini Aeman telah meragam dengan sepuas hati dia..Kasihan lihat.. Sampai suara dah serak sebab menangis. Yg pelik pujuk dengan apa cara sekalipun dia tetap meragam..Semualah serba tak kena..
Ustaz telah datang ke rumah untuk mencari punca musababnya.Akhirnya punca masalah telah di ketahui..Ustaz memberitahu Aeman telah diganggu. Memandangkan Aeman hanya menyusu badan setakat ini,makhluk yang mengganggu itu berada di tempat p******a mama dia. Makhluk tersebut menyakat Aeman tatkala Aeman lapar atau haus..Ini membuatkan setiap kali Aeman nak menyusu badan dia akan mengamuk dan cuba untuk mengelak sebab takut dengan situasi yang dia hadapi itu.
Mama dia yang tak mengerti manalah tahu..Mujurlah bertemu dengan ustaz tersebut cepat..Kalau tidak,mama pun tak tahu apa yang bakal terjadi pada Aeman. Setelah ustaz mencerita hal yang terjadi padaku,barulah mama perasan yang selama ini Aeman lapar ,akan tetapi tiap kali mama cuba nak breastfeed Aeman,dia akan meragam.. Tetapi Aeman tiada masalah kalau menyusu air susu badan mama dengan botol.Akhirnya segala permasalahan telah terungkai.
Ustaz telah memagar persekitaran rumah dengan ayat-ayat suci al quran dan dia telah suruh papa taburkan garam di setiap penjuru rumah..Ustaz juga memesan agar bubuh sedikit madu asli di setiap botol hasil perahan air susu mama.Selain itu ustaz telah meminta 3biji bawang merah.Selepas itu dia suruh mama baca syahadah 3kali,istighfar 3kali dan selawat 3 kali setiap kali ingin menggunakan bawang tersebut . Bawang tersebut disuruhnya mama untuk 3 jenis penggunaan.Pertama untuk disapu di sekitar p******a mama.Kedua untuk dibawa bersama setiap kali mahu bawa Aeman keluar malam.Ketiga untuk diletak dihujung kepala atau bawah bantal apabila waktu tidur.
Alhamdulillah..di saat mama tengah menaip posting ini,Aeman telah tidur dengn nyenyak setelah menyusu dengan khusyuk.Keadaan dia telah pulih seperti biasa.Nampak muka dia penuh kepenatan..Kasihan mama lihat.. Terima kasih juga untuk teman-teman office mama yang telah membantu mama dalam menghadapi situasi ini..
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA