Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

WHAT IS UNIFI

PACKAGES UNIFI OFFERED FOR RESIDENTIAL Then.. Unifi is in our area finally Kami ambil VIP5 jer.. Kalo dah pasang Unifi nanti dapat benda ni...  Yang extension 4 pane tu awal-awal lagi  orang TM yang nak datang pasang unifi tu call suruh sediakan ..  Pastu dah 2 minggu masuk unifi ni.. Dapat sebulan je tengok beberapa free channel dekat TV. Pas sebulan tu pepaham la.. kalo nak tengok gak kena beli sendiri.. Its orite la..tak mahal macam a***o ... Lain-lain tu lebih kurang macam Astro gak, ade decoder and remote dia.. cuma  some of citer  tu boleh 'pause'  kalo korang nak pergi toilet ke , makan ke or etc la ..means boleh sambung-sambung, ulang-ulang tengok citer tu.. Ok tu jerlah sedikit sebanyak pasal UNIFI   ... p/s * :   bapak lamanyerla si brader2 TM tu wat keje masa pasang kat umah kitorang... berjam-jam... :(

NABI SAW SAYANGKAN ANAK KECIL

Sumber dari email... Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam bersabda : ( أحب الأسماء إلى الله تعالى، عبد الله وعبد الــرحــمـن ) ( مسلم ) “Sebaik-baik nama disisi Allah ialah ABDULLAH dan ABDURRAHMAN” (Riwayat Muslim) Ia membawa maksud bahawa pemilihan nama-nama yang baik bagi anak itu memang satu kewajipan kepada si bapa. Ini juga adalah dakwah yang pertama kepada si anak kecil.  Seiring dengan pemilihan nama tersebut, aqiqah juga dianjurkan sesuai dengan sabda baginda : ( مع الغلام عقيقة، فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى ) ( البخاري ). “setiap anak kecil itu dilakukan aqiqah, tumpahkan darah (haiwan aqiqah) dan peliharanya daripada perkara yang menyakitkan” (Riwayat Bukhari) Rasulullah seorang yang kaya dengan nasihat dan hikmahnya, pada satu hari baginda pernah menasihatkan kepada Ibn Abbas dengan katanya : ( يا غلام، احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد ...

KENAPA TEMPOH PENYUSUAN SUSU IBU 2 TAHUN

Allah SWT telah menetapkan kepada para ibu supaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun sebagaimana dalam firmanNya : Maksudnya: "Para ibu hendaklah menyusukan anak mereka sehingga dua tahun genap" (Al baqarah 2:233) Sebabnya, tempoh dua tahun merupakan tempoh penyediaan asas bagi pertumbuhan jasmani, kesihatan dan emosi seorang bayi dan kanak-kanak. Kajian kesihatan dan psikologi juga telah menerima tempoh tersebut sebagai tempoh terpenting dalam proses tumbesaran dan pertumbuhan seorang bayi dan kanak-kanak. Percayalah kebaikan dan keunggulan susu ibu adalah tiada tolok bandingnya. Ianya tidak dapat dinafikan oleh setiap jenama susu bayi sekalipun seperti yang tertera di tin mahupun pek packaging susu formula di pasaran.. Alhamdulillah... Allah SWT give me strength to fully breastfeed all my babies till now.. Semoga pengorbanan ini mendapat keberkatanNya.. Amin...~

SEKITAR MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL BABY ALWAN

Hohoho... lame tak update blog...  since jadi mama kepada 3 putera yang sihat dan aktif ni mamanyer pun terpaksa punyai extra kekuatan luar biasa untuk tangani semuanya serentak dalam satu masa.. Tengah blajar jadi mak kepada 3 kids lagi..... :(  Belum biasa lagi dari segi jadual dan nak adapt perangai 3kids ni serentak dalam satu masa.... huhuhuhuh...  Kesimpulannya masih tunggang langgang lagi (erk..betul ke eja tu?).... Dah seminggu berlalu majlis tersebut... banyak kenangan dan memori indah dapat kumpul anak beranak dan adik beradik kat rumah pusaka arwah abah dan mak di kampung halaman tercinta... p/s : oh rupanya majlis cukur jambul dekat johor ni simple aje erk.. Sebab penah wat untuk Aeman kat selangor/kl lain upacaranya.. ada berendoi and macam2 la...  So kesimpulannya... I LURVE JOHOR! Hahahaha ;D Okey jom tengok gambor... (slang johor)... Gambo banyak ihsan dari anak buah ku haziq.. makcik dia ni men cilok je.. hahahaha.. dat time mak dgn bapak pen...