Kronologi 11.2.2020 6.30 am : sakitnya perut tak boleh bawak bincang. Sakit perut macam perut tu memulas. Uish tak leh nak habaq la.Pagi tu sempat solat hajat, solat taubat dan doa banyak2 mohon Allah permudahkan urusan bersalin hati ini. 8 am : habaq kat suami kita kena gi hospital cepat harini. Rasa tak sedap hati kuat. Tahan2 kot boleh terbersalin kat rumah ni. Suami kata tanda takde lagi kot nak tunggu lagi sampai keluar tanda. Cakap kat dia kontraksi kuat camni pun tanda juga. Tak semestinya keluar air darah tu tanda. Suami nampaknya mengalah ikut je. Dia suruh siap. Dan-dan time tu nak mandi keluar lendir perang. Macam dinding serviks menipis...Petanda betul..Kann.. Sakit dia makin mencengkam2 libas kuat pinggang ni perut ni oi. Siap sepantas mungkin. Nak jalan pun dah mapah2. Mekap tak de hati langsung dah. Tepek bedak nipis , eyebrow and lipgloss jela bagi muka tu berseri sikit tak nampak pucat macam nenek kebayan.Pakai mask kot.😅 Sebelum pergi hospital tu sempat tapaukan an
Subhanallah Masya Allah dah bertahun blog ini tidak diteroka. Baru teringat nak menulis setelah sekian lama lupakan. Baiklah cuma nak share pengalaman mengandung kali ke 8 ni. Kandungan ke 7 gugur sebelumnya dan rezeki wildan syurga. Alhamdulillah. Sekarang kandungan dah 34 minggu +- gitu. Baru semalam mamanis discaj wad disebabkan strong contraction. Dapatlah habuan 3 hari 2 malam duduk wad tu injection DEXA dos 1 & 2 untuk matangkan peparu bayi. Sebab sebelum ini dah pernah ada sejarah lahirkan baby premature. So bersedia jelah kata doctor. Dos pertama dexa tu dapat masa dekat katil PAC sebelum ditolak ke wad. Dos kedua dapat selepas 12 jam di wad. Rasanya macam mana, huiii memang best kena dexa ni. Nangis air mata krem bisa sakit bila kena cucuk tu. Video call suami kita tak mampu bercakap hanya keluar memek muka tak sepatutnya dan dia gelak je. Bertabahlah katanya adudu.. Selepas tu contraction dia jadi manja-manja macam chipsnore sekejap mild strong. Acah-acah senang kata.