Skip to main content

Keguguran (hamil ke 7) Anak syurga kami

 TUMPAH DARAH


Ahad yang hening. 


Sis dah memang tengah berpantang.


Tak ada angin tak ada ribut tiba- tiba sis tumpah darah.


Ni betul-betul darah yang segar panas merata-rata jatuh ke lantai.


Anak2 sis lap berganti kain pun masih darah tak henti mengalir.


Sis dah rasa nafas kat hujung dada makin sempit sesak. 


Tak mampu sis nak gerak. 


Apa nak jadilah kali ni. Redha dan pasrah.


Sis dah hampir nak terpejam mata, pandangan dah mula kabur.


Anak2 sis awat kalut. Hampir tekan butang 999. 


Suami sis dan dan sampai tercegat depan rumah. 


Dengar suara anak2 tak sabar-sabar panggil papa-papa.


Sis pun tiba di hospital. 


Tiba-tiba kontraksi sangat kuat selang 2 minit . Then sis ter’push’ depan ramai orang tu.🙊


Sis cuba kawal  nafas dan ada rasa panas sangat kat bawah. 


Masa tu fresh blood masih tak henti mengalir . 


Dan tiba-tiba ada rasa ada benda besar keluar.


Doktor scan masa sampai tadi masih ada kantung lagi. 


Sis konpem tumpah darah. 


Doktor cek bawah pulak. Ya beda bedu...  


Alhamdulillah seketul besar penumbuk dah selamat keluar. 


Kantung. Ala sebenarnya uri tu. Janin memang dah tak ada.


Alhamdulillah kali ini betul-betul lega. Dah bersalin tanpa anak.


Doktor masukkan alat mulut itik tu, bagi buang sisa darah ketul keluar dan cuci rahim. Sis rilek je tak panik.


Sis pun ditahan wad sebab kehilangan darah yang banyak.


Esoknya doktor bagi discaj.


‘Tahniah puan dah complete misscariage. So tak perlu buat D&C’.


Sis senyum je anggukkan.


Nak je jawap...tahniah heh😩


Pedih dok. 


Perit rasa!


Lagi perit dari beranak.


Hari ini restart dari awal pantang balik.


Chef rasmi masakan pantang sejak dari anak satu, suami masak simple je.


Tapi rasa nak minta tambah sepinggan nasi panas lagi. 


Haisshh kata dia🤣


Hanis Hanan

#bondanak6

Comments

Popular posts from this blog

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...

Pregnant ke 8 : 37weeks pregnant baby 7 Bersalin Normal

  Kronologi 11.2.2020 6.30 am : sakitnya perut tak boleh bawak bincang. Sakit perut macam perut tu memulas. Uish tak leh nak habaq la.Pagi tu sempat solat hajat, solat taubat dan doa banyak2 mohon Allah permudahkan urusan bersalin hati ini. 8 am : habaq kat suami kita kena gi hospital cepat harini. Rasa tak sedap hati kuat. Tahan2 kot boleh terbersalin kat rumah ni. Suami kata tanda takde lagi kot nak tunggu lagi sampai keluar tanda. Cakap kat dia kontraksi kuat camni pun tanda juga. Tak semestinya keluar air darah tu tanda. Suami nampaknya mengalah ikut je. Dia suruh siap. Dan-dan time tu nak mandi keluar lendir perang. Macam dinding serviks menipis...Petanda betul..Kann.. Sakit dia makin mencengkam2 libas kuat pinggang ni perut ni oi. Siap sepantas mungkin. Nak jalan pun dah mapah2. Mekap tak de hati langsung dah. Tepek bedak nipis , eyebrow and lipgloss jela bagi muka tu berseri sikit tak nampak pucat macam nenek kebayan.Pakai mask kot.😅 Sebelum pergi hospital tu sempat tapauka...