Skip to main content

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pernah kena ginilah.. So ini pengajaran terbaru di sekolah kehidupan mama papa pada kali ini . Heheheh..


Kami menunggu masa 1 minggu berlalu untuk memantau perkembangan telinganya. Harapan agar ia cepat kering sejurus dengan selsema dia pun kering. Lagi satu... disebabkan mamat tembam ini jenis berdarah panas dan cepat berpeluh lagilah tak tahan panas putera lilin yang akan tidur lena dengan senyuman bila dapat angin sepoi-sepoi bahasa menatap wajahnya lagilah macam syurga bila berada dalam air cond . Dia datang sekali pakej penyakit leher belipat badan cepat berpeluh sekali. Tulah antara faktor masalah kalau bila dah jadi makhluk gemuk. Hahaha. Leher dia dah sampai nak terbelah kena ruam / rashes. Tak tau nak sapu ape takut lagi teruk. Yang ada krim melomet jer. Try sapu tulah. tapi tak kerap.Bila dah teruk sangat baru sapu. Alhamdulillah lembapan yang menjadi punca leher dia nak terbelah tu akan kering. Tapi masalahnye bila mamat ni berpeluh leher dia hilang nampak muka terus badan (leher tu tersorok) dan rashes tu naik balik.oh rasanya melomet ini bukan ubat yang betul untuk penyakit ini..

Agak lepas seminggu tiada perubahan kami ambil keputusan untuk hantar dia bawak jumpa paedetrician.. Oh kami kan dah fobia nak bawa baby pergi klinik-klinik biasa ni takut SEJARAH LAMA MUNGKIN BERULANG LAGI. so kami cari pakar kanak-kanak kali ini. Nak pergi hospital pusrawi jumpa paed baby ammar ni Doctor Kamaruddin tapi sekarang ada masalah kekangan MASA disebabkan papa dah bertukar ofis dan title yang baru jugaklah, maka haruslah masa dia bekerja juga baru. So tak boleh kacau dah office hour lagi. DOC KAY atau DOC RUZINI hospital pusrawi tu ade 10am-4pm Isnin hingga Jumaat je.. Maka kami cari paediatrician lain. Hasilnya kami jumpa Doc shanaliza dan set appointment datang Isnin pukul 7.30 pm.

Kami sampai tepat pada masanya . Masa sampai tu ade 3 family je. Dan selepas kami klinik jadi penuh pula makin ramai orang yang datang. Sedangkan waktu close adalah 8.30pm . Dan pembantu klinik tu inform tak tutup ikut time sebab orang ramai pulaknya . Baguslah kalau begitu sebab pesakit yang hadir masih lagi diutamakan.


Sesi konsultansi bermula selepas nama baby Ammar dipanggil. Doctor Shanaliza check up dia bagitau keadaan ammar ni tak berapa bagus. Was not so good kalau kena macam ini. Tapi tak apa-apa lagi buat masa sekarang. Keasannya antaranya takut ganggu pendengaran dia atau kena jangkitan kuman menyebabkan penyakit2 lain pulak timbul nanti. Apa yang perlu adalah langkah menjaga kebersihan telinga dengan baik . Iaitu kerap cuci hingus yang keluar melalui telinga tu guna tissue lebih baik (more soft than cotton buds) . Then jangan bagi kena masuk air dalam telinga bila mandi . Selepas tu kerapkan penyusuan susu ibu. Dan doctor ada tanya baby dah start solid food ke. Yes dia memang dah start solid food since he 3 month ;) Sorry baby Ammar pecah rekod anak-anak mama setakat ini . Seawal usia terpaksa bagi makan sebab kau memang GOMOK ! Hahaha..Badan mama yang kurus ni tak dapat tampung selera dan NAFSU LAPAR kamu tu !



Doc bagi ubat sapu leher (apa nama tak hingat...) , antibiotik ,ubat selsema serta ubat lancarkan kahak di peparu dia (ubat ni memang dapat masa ammar warded pusrawi tu , masa lepas ammar guna ubat tu keadaan dia beransur baik) dan dia kena share guna inhaler abang aryan dia dengan ubat puff color biru pun abang dia punya jugak. ubat tu menggantikan nebulizer di rumah. Dan sebelum balik Ammar kena nebulizer 10 minit.. Kos perubatan untuk ni semua adalah RM180 sahaja. Okaylah. Ubat pun macam yang dapat dari specialist tu je. Bukan ubat klinik2 biasa lah yang pentingnya... Hope baby ammar sihat dan tak kena lagi macam ni lepas ni. Insya Allah.





muka baru lepas kena nebulizer

borak mengadu la tu pape dekat papa

yang ni orang lain dekat kaunter ubat

playing & waiting child area 


abang aeman & abang alwan sedang bermain

aryan,alwan , aeman.. nasib ada ruang macam ni.. boleh la diamkan my boboy tu semua...

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK SHANALIZA , WANGSA MAJU

Comments

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan nak hamil beranak ni. Siapa kat

KANDUNGAN 37 MINGGU : TANDA BERSALIN

 Alhamdulillah.. kandungan ke 4 ni sampai jugak ke tempoh 37 minggu... Ok.. hari ini dah mula sakit-sakit balik tapi tanda masih tak keluar lagi . Mari saya senaraikan apa yang berlaku sekarang : - Keseluruhan perut mengeras dan meregang. Yang ni rasa maacam keras macam batu. Tak tau apa yang baby buat kat dalam tu. Tapi bila mengeras ni datng bersama rasa sakit sangat. Pakej lengkap la. Sakit dalam perut rasa memulas-mulas perut , pinggang dan punggung. Tempoh mengeras ni lama 5 minit dan 10 minit. Dalam 1 jam tu banyak kali. Huhuhu..masih x nak lagi pergi hospital.. Kadangkala baring tak meredakan keadaan , duduk juga tak meredakan keadaan. Tak tau dah rasa nak gayekan macam mana lagi ni. Sakit pinggang dan bahagian belakang . Keseluruhan punggung/pinggul belakang rasa sakit berdenyut mencucuk-cucuk. Pastu terasa la diri ni sangat2 gemuk... Susahnye jadi orang gemuk sebab nak bangun susah nak jalan susah. Ditambahkan dengan rasa sakit. Ni pun pakej lengkap gak. Kerap b