Apa yang membuatkan mama nekad untuk berhenti kerja ialah bila terpandang wajah Aeman..Naluri keibuan mama tak dapat nak diungkapkan bila setiap kali mama pulang atau nak pergi kerja.. Mama tengok air muka Aeman selalu berubah.Kalau mama cuti tu, sepanjang hari mama luangkan masa layan Aeman.Mesti terpancar wajah kegembiraan dia tu. Kesiannya anak mama ni..terpaksa kena tinggal. Masa tu mama selalu terfikir..Nanti kalau mama dah start masuk kelas ada cukup masa ke mama untuk Aeman? kalau mama terus kerja?Dahlah waktu kerja papa shift. Kalau jadual Aeman dah set macam tu tiap hari , tapinya jadual papa asyik berubah tiap minggu.Kadang-kadang Aeman jumpa papa, kadangkala nya tak dapt jumpa langsung. Kalau office hour papa dan mama sama,maybe mama masih bekerja @ mungkin tidak.Sebab ni pilihan mama sendiri.Papa tak halang pun mama kerja ke tak ke.Huhuhu.Bertambah sayu mama kalau mama fikirkan pasal Aeman ni.. So, sekarang selepas dah berhenti kerja.Duk rumah , setakat ni mama jadi surirumah sepenuh masa uruskan semuanya sendiri.Seronok.Layan Aeman.Tengok dia membesar depan mata tiap hari.Dapat tengok perkembangan terbaru dia jugak , at least mama rasa bahagia sebab dapat support anak mama ni.. Sekarang ni Aeman jugak dah dapat bermain dengan papa setiap hari walaupun waktu kerja papa rotate shift.Kalau dulu ,papa balik Aeman takde, pengasuh yg jaga, tak pun Aeman dah tido la ,apela. Now saban hari Aeman dapat jumpa papa.Even papa selalu cakap tak aman dunia tido dia sekarang ni sebab Aeman selalu sgt kacau..hehehe..Sebenarnya mama tahu yang Aeman pun sangat seronok bila dia bukan tutup mata je ada mama dengan papa disisi dia. Hehehe..sayangggg Aeman....
Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai 'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA