Skip to main content

Ape-ape aje

Hari minggu ahad lepas sebenarnye nak wish besaday kak idah..tapi lupa..baru tadi tepon dia wish..wakaka..ape punya adikla herk..

Hari Ahad tu papa kena keje.. Tp mama & aeman ikut.. Papa masuk opis jap pastu kuar bawak aeman jenjalan.Dah janji daripada haritu nak bawak aeman jenjalan naik lrt ke star ke ktm ke etc la.. Pas park kete kat opis papa nek la putra ke Mid Valley (itu je dekat nak pg,sebab papa kena masuk opis lagi t/h tu).

First time Aeman mama & papa bawak jenjalan camtu. Agak dia letih kut. Tu nampak baik je perangai . Senangla jaga sebab kebetulan hari tu dia tak wat hal pape. Jenjalan,makan², je kat sana. Pastu kebetulan ade pameran hartanah,pameran dinosour & warehouse sale Jusco. So pas shopping dah xlarat sgt nak jalan baru blk.Huhuh.agak lame dah mama dgn papa ni x jenjalan naik public trans ni.Lagi senang nek kete kata papa. Surrender dan agak xlarat nak jalan lagi dah.Sebab si Aeman ni boring duk dlm stroller mintak dukung la.Huhuh makin xlarat kami berdua akibatnya. Mama siap "cramping lagi".Sebelah ni muka kepenatan dia masa perjalanan balik kat kl sentral.

Then balik semula ke opis papa. Papa settlekan keje sikit,sementara tu mama mandikan Aeman bagi dia segar balik. Dahtu je bunyik pulak dia cakap "nak nak nak", tandanya lapar ar tu. Bagi bubur ayam McD besar tu habis licin+1 botol susu soya. Kat bawah ni yg dgn puting tu pas dia dh kenyang. Setengah jam pastu papa ajak balik. Aeman pun tersengih-sengih ha.. Huhuhu..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...