Skip to main content

Happy Becoming Birthday Aeman & Aryan Cayang



Besar dah anak mama papa ni..Pejam celik sorang nak 2tahun,sorang dah nak 1tahun.. Rasa macam sekejap jer masa berlalu:) Dulu sorang ,pastu berdua,bertiga dan tup tup dah berempat :P Alhamdulillah rezeki Allah :))

Sepanjang Aeman & Aryan ada macam2 dah mama hadapi.Semuanya penuh cabaran ,dugaan dan banyak mengajar mama erti kehidupan sebagai seorang ibu. Mama sayang korang berdua sangat2 dearest..Always rindu korang even korang memang berkepit dg n mama ni 24hours ++. Alhamdulillah sampai sekarang berkat keinginan nak menyusukan
badan sepenuhnya untuk anak2 mama ni,air susu masih lg melimpah ruah untuk korang my dearests:) Bertapa banyak nye susu ni,bertapa utuhnya ikatan kasih mama pada korang berdua:))

Aeman dah pandai bercakap,hanya beberapa patah perkataan je yg jelas dia sebut.Selebihnya bahasa Jerman kot. Bab bergaya,melaram s ememang serah kat pakcik sorang ni.Pastu pantng puji sikit.Kemabang senyumnya.Hahhha:))

Aryan pulak dah pandai berdiri lepas tangan ,sikit hari lagi berjalan la tu. Panjat memanjat sekarang 'kepala' nya si adik la. Si abg ikut jer:)Heheheh.

Dah la tu jer entry hari ini. Malas tul mama nak update blog ni. Huhuhu:)))


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...