Skip to main content

GULAI LEMAK SIPUT SEDUT

What is siput sedut?
Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan sejenis siput air tawar.Kalau nak makan seharusnya disedut.Kalau tak sedut tak dapat makan isinya.Dapat makan kulit kerangnye shj ye (boleh makan ke kulit dia?)

Pertama kali aku masak gulai kegemaran suami  ni.Al maklumlah disebabkan aku tak gemar,tak makan sebelum ni,nak masaknye pun lah tak tahu.Tapi mula-mula nak cuba masak main hentam jelah masaknya.Alah..kalau dah nama masak lemak mestilah rencahnye sama jekan..Hehehe.. Tapi selepas siap dihidangkan,suami aku xboleh nak sedut..Huhuhu.. Ingatkan masak kurang lama..so sambung lagi beberapa minit renehkan gulai lemak tu atas api. Tapi malangnya masih tak boleh sedut-sedut gak..

Disebabkan arwah mak dah tak de ,so segala rujukan pertanyaan masak memasak ni aku banyak tanya kak imah..Lawaknyelah.... rupanya nak masak siput sedut ni kena buang bontot tu dulu sebelum masak. Kiranya,hujung @ bontot siput sedut tu bila dibuang dengan cara ketuk dengan batu lesung @ potong dengan parang tajam akan terhasil lubang udara. So kalau nak sedut nanti senang la..

Ceh ingatkan sama jer cara masak. Rupanya kena ada extra skill. So menu yg pertama kali aku masak tu kena ketuk semasa makan dengan batu lesung.Sambil makan sambil ketuk bontot siput sedut..Hahaha.. Tapi tasty so good, till finger lickin good..... tak tipu..heheheh..

Maka , beberapa hari lepas aku cuba masak buat kali kedua. En abang mengetuk bontot siput sedut tu semuanya. Aku hanya memasaknya. Inilah hasilnya.

Bahan :
-Bawang merah kisar
-Bawang putih kisar
-Halia kisar
-Serai kisar
-Cili api kisar
-Kunyit kisar
-Daun limau purut / Daun kunyit
-Santan

Cara :
-Tumis bahan yang dikisar hingga naikbau dan pecah minyak dengan minyak yang secukupnya.
-Masukkan siput sedut yang dah dibasuh bersih dan dibuang hujungnya.
-Masukkan santan,garam dan gula sedikit sesedap rasa.Taburkan daun kunyit @ daun limau purut. -Masak sehingga mendidih.









~~TU DIA... SELAMAT MENCUBA!~~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...