Skip to main content

CERITA AEMAN , ARYAN DAN KANDUNGAN TERKINI


Rasa macam nak kongsi lagi sesuatu, kali ini pasal "mengandung"..Huhuh..Yes love to be mum again and again.. Teruja setiap kali pregnancy moment..Semua tu ada dugaan tersendiri dan banyak cabaran,tapi hakikatnya jeng jeng.. macam silap mata..tup-tup dah ade "Abg Aeman" pastu "Adik Aryan"..Now diorang dah besar dah pandai bergaduh,main sama-sama, si abang rindu adik bila adik tak de dan si adik pun pandai cari si abang. Yes! masa tu ketika Aeman sorang-sorang lagi jadi anak "tunggal" kami , dia selalu gelabah bila tengok budak anak jiran main kat depan rumah ramai-ramai time petang2 selepas aku jemput dia dari umah pengasuh..huhuh..dengan tangkas masuk je rumah goyang-goyang grill pintu dan pagar rumah tu nak mintak keluar..., nak join sama abang-kakak yang dah besar tu main kat luar.. Dat time sori la ye, mama penat baru balik keje..Confirm mama kurung kamu tengok jelah kawan- kawan kamu iaitu 'abang dan kakak kamu' tu bermain dari dalam rumah..Mama tengok riak muka Aeman dari jauh macam kesian pulak takde kawan..Kat rumah pun ke hulu kehilir main sorang2.. Then memang terniat nak bagi Aeman kawan baru masa tu tiap kali kesian tengok dia nak berkawan. Alhamdulillah saje je pasang niat walaupun Aeman baru 5-6 bulan umur dia..dan niat mama termakbul masa tu..Papa pun masa tu suka jer bila dapat tau dan sayanglah mama kat papa sebab sanggup ulang alik kl-muar balik hari semata nak cari apam balik inti kacang yang mama ngidam tetiba tu..... .dah la mama nak apam tu yang specific terjual kat bus stand pagoh tu jer❤❤❤  Heheh..kalau tak specific boleh la papa carik kat tempat dekat-dekat sini je kot masa tu..


Akhirnya,Aeman dah ada kawan sekarang. Sekarang ni , Aeman dah tak kesah dengan budak-budak anak jiran kat luar tu lagi..dia tak heran langsung kalau budak main kat luar bising-bising..Yang dia tau teruskan upacara permainan dengan kawan kesayangannya dalam rumah ni iaitu adik Aryan yang gondel (gondel ialah gelaran adik sebab dia comel gedik tergondel2 dari baby lagi sampai lah sekarang ni..hahahah)

Ok lets back to the topic ye makcik... Meleret dah ni...huhuhuh... Sebab suka lah gembira about this good news,.. Actually, kami merancang betul-betul lepas adik Aryan lahir , but only 1-2minggu je terabur tak ikut peraturan makan jamu perancang tu disebabkan hal kesibukan  dan keserabutan yang tak dapat nak dielakkan, maka period pun tak datang-datang, Mama kalau terlewat 1-2hari je period confirm la check sendiri sebab stok "pregnancy test" tu memang  ada banyak kat dalam simpanan mama (hihihi..mama memang tangan gatal check setiap hari kelewatan period itu.. Papa pun dah cakap bukan-bukan sebab mama buat check hari-hari...:P Biarlah papa nak cakap apa kan.., sebab sediakan payung sebelum hujan kan??... Dan akhirnya, hari keberapa mama test tu adalah 2line '+ve' ...Mama tunjuk papa dia terkejut pastu siap tak nak percaya lagi.. Pastu wat double check dgn doctor pun , she said "YES" baru jadi... Huhuhuh.. Mama said Alhamdulillah praise to Allah bagi rezeki lagi kat kami:)) Hopefully bb gurl.. Taklah mengharap 100%.. Kan di awal kehamilan kita masih boleh berusaha lagi melalui cara pemakanan dan sebagainya sama ada nak jantina baby tu either gurl or boy ... Tapi ketentuan hakiki daripada Allah S.w.t ye....

Anak pertama bagi saya adalah proses pembelajaran dan menuntut ilmu.Anak kedua proses tambah ilmu dan pemantapan pengalaman yang ada. Dan kali ini untuk bakal yang ketiga , proses ulangkaji dan proses pemantapan lagi dan lagi untuk jadi ibu yang terbaik bagi anak-anak saya...
Mula-mula ada Papa , Mama , Aeman....
Kini Papa , Mama ,  Aeman dan Aryan ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...

Pregnant ke 8 : 37weeks pregnant baby 7 Bersalin Normal

  Kronologi 11.2.2020 6.30 am : sakitnya perut tak boleh bawak bincang. Sakit perut macam perut tu memulas. Uish tak leh nak habaq la.Pagi tu sempat solat hajat, solat taubat dan doa banyak2 mohon Allah permudahkan urusan bersalin hati ini. 8 am : habaq kat suami kita kena gi hospital cepat harini. Rasa tak sedap hati kuat. Tahan2 kot boleh terbersalin kat rumah ni. Suami kata tanda takde lagi kot nak tunggu lagi sampai keluar tanda. Cakap kat dia kontraksi kuat camni pun tanda juga. Tak semestinya keluar air darah tu tanda. Suami nampaknya mengalah ikut je. Dia suruh siap. Dan-dan time tu nak mandi keluar lendir perang. Macam dinding serviks menipis...Petanda betul..Kann.. Sakit dia makin mencengkam2 libas kuat pinggang ni perut ni oi. Siap sepantas mungkin. Nak jalan pun dah mapah2. Mekap tak de hati langsung dah. Tepek bedak nipis , eyebrow and lipgloss jela bagi muka tu berseri sikit tak nampak pucat macam nenek kebayan.Pakai mask kot.😅 Sebelum pergi hospital tu sempat tapauka...