Skip to main content

SOHO punyer citer...

Citer harini pasal dalam minggu ni~ banyak bz oooo... Bz memang tak pernah habis dalam kehidupan kita seharian kan... Plus+plus+plus dah sangat boyot macam ni..... (6 bulan mengandung)
Orang tengok tak nampak perut kan.. Tu sajer je cik abang tak nak tangkap perut bulat tu,dia cakap burok... Huhuh.. nampak jer kecik perut tue, tapi hakikatnya nafas aku semakin kelam kabut. Gerak sikit buat kerja dan jalan banyak dah macam orang mintak nyawa...Fuhh... Tak macam masa pregnant kan si Aeman dan Aryan dulu tu..Gila lasak aku.. Kali ni memang perlu banyak mintak bantuan suami..Terima kasih wahai abangku sayang~ Hanya dikau yang memahami akan daku ini...(chewahh,,malunyer kalau dia bace ;p )

Ok, ceciter sikit..Hari Isnin pergi renew lesen SSM. Pasal SSM tu.. gila kopek  kena baya kompaun sebab lambat 3 bulan jer renew lesen.. Pastu dalam minggu ni hari ni baru lega sikit pasal akaun poslaju hampir settle... (Harap maklum ia belum settle lagi okay)... Ok ni pengajaran untuk aku yang baru 2tahun dalam bidang perniagaan ni..Sudahnya takut terlupa atau tak sempat lagi tahun-tahun depan aku renew jer 2 tahun yang SSM.Next year aku dah ade plan lain. Insya Allah kalau rezeki dah ada tu nak bukak kedai pulak, Sekarang tengah usha-usha tapak je dulu. Macam sekarang ni pun even SOHO concept yang totally aku uruskan sendiri dah tak cukup kakitangan nak buat semua sendiri. Perlukan bantuan staff-staff tambahan. Insya allah bulan depan Kak Idah datang membantu bekerja dengan aku.Banyak kerja oooo!!! Pastu setelah 2 tahun manage semuanya sendiri. Akhirnya sekarang ni dah 98% complete dan terurus. Dulu nak complete everything tak boleh r, banyak perlu dipelajari. Banyak perlu diperbaiki. Pastu dulu pun duk rumah sewa jer , so nak renovate rumah orang lebih-lebih nak buat satu opis mane boley...Right now dah duduk rumah  beli sendiri. Dah renovate siap-siap untuk buat satu SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO concept) ikut keselesaan dan citarasa sendiri untuk buat kerja company kecik ni dari rumah...Hehehehe.. For now boleh buat kerja sambil tengok anak-anak depan mata .,. Nanti Aeman dah genap 4tahun nak hantar dia dan Aryan ke nursery kekindergarden ke. Masa tu baru nak fokus gila-gila pasal future plan tu nanti~ So, Nanti dah tiba masa yang sesuai, u all perlu berdikari ye anak-anakku.. Mama nak kembali bebas dan bergerak bekerja :)

Buat masa sekarang aku lebih nak utamakan anak-anak nak diorang membesar depan mata, cukup kasih sayang dan kualiti masa dari aku dan hubby.Itu kan antara salah satu tujuan utama aku berhenti kerja dulu. Cian tengok anak orang lain yang tak dapat cukup perhatian dan kualiti masa dari mak bapak sendiri yang sibuk cari duit bekerja tu... Wakaka..pasal study tu sudahnye sekerat jalan jer. Tak habis khatam aku.. iNsya allah, dalam hati masih ada kesungguhan lagi nak sambung setinggi-tinggi mana sekalipun. Bukan aku nak guna sebab nak mintak kerja dengan orang ye,harap maklum! . Tapi memang aku nak dan suka belajar! For now aku tak terfikirlah nak kerja dengan orang lagi..  Sebab aku nak belajar jadi boss..Nak orang kerja dengan aku pulak.. Tapi nantilah dulu..Sikit demi sedikit  yer. sekarang ni rentetan dan tanggungjawab kerja lain banyak perlu dipikul dan diselesaikan satu persatu dulu.So berkorbanlah sebentar.. Nanti dah lapang sikit dan anak-anak dah besar sikit, kerja pun dah capai target, Insya allah mengorak langkah perjalanan seterusnya pulak.Huhuh..Umur saye 24 tahun ye dis year dan anak nak masuk 3 dah. Harap maklum!! Zaman sekarang tak susah. Ada duit bayar je,semua orang boleh belajar :)

Comments

  1. Alamak, kene kompaun ke? berape ek? dah 3 bulan ni lambat renew~

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...

Pregnant ke 8 : 37weeks pregnant baby 7 Bersalin Normal

  Kronologi 11.2.2020 6.30 am : sakitnya perut tak boleh bawak bincang. Sakit perut macam perut tu memulas. Uish tak leh nak habaq la.Pagi tu sempat solat hajat, solat taubat dan doa banyak2 mohon Allah permudahkan urusan bersalin hati ini. 8 am : habaq kat suami kita kena gi hospital cepat harini. Rasa tak sedap hati kuat. Tahan2 kot boleh terbersalin kat rumah ni. Suami kata tanda takde lagi kot nak tunggu lagi sampai keluar tanda. Cakap kat dia kontraksi kuat camni pun tanda juga. Tak semestinya keluar air darah tu tanda. Suami nampaknya mengalah ikut je. Dia suruh siap. Dan-dan time tu nak mandi keluar lendir perang. Macam dinding serviks menipis...Petanda betul..Kann.. Sakit dia makin mencengkam2 libas kuat pinggang ni perut ni oi. Siap sepantas mungkin. Nak jalan pun dah mapah2. Mekap tak de hati langsung dah. Tepek bedak nipis , eyebrow and lipgloss jela bagi muka tu berseri sikit tak nampak pucat macam nenek kebayan.Pakai mask kot.😅 Sebelum pergi hospital tu sempat tapauka...