Skip to main content

BESDAY ARYAN DULU-DULU

Jap lagi adik akan jadi abang.. Insya Allah next week.. So imbau kembali saat terindah bersama Aryan ketika jadi adik. Yes adik memang special.. Mama bukanlah lebihkan siapa-siapa kasih sayang mama dekat anak-anak.. Semua mama sayang.. Tapi bila terkenang sakitnya adik masa baru dilahirkan dulu.. Seksanya dia kuatkan diri nak teruskan hidup dengan wayar-wayar berselirat tu.. Dengan luka dan sakit bersalin mama tu pun masih tak hilang lagi, mama dah terpaksa berpisah sementara dengan aryan..Hanya Allah je tahu macam mana perasaan mama dan papa ketika tu..Mama sangat takut kehilangan adik masa tu.. Banyak dugaan ketika mengandung dan bersalinkan adik berbanding Aeman yang mudah dan senang je masa nak bersalinkan dia..Tu yang mama cakap adik memang special dan unik bagi mama.. Walaupun keadaan dia sangat lemah dan derita masa tu di NICU, tapi dia masih kuat untuk tempuhi kehidupan ni..Seterusnya pulang ke rumah bersama mama , papa dan abang aeman.. Alhamdulillah sekarang adik membesar sihat dan kuat..

Yang paling unik dan istimewa, rambut dia perang curly (macam baby omputeh dkt tv tu) . Haa.. tang rambut dia mama tak tau ikut siapa, cuma sejak mama belum kahwin dari kecik,remaja,anak dara dulu-dulu mama memang suka tengok baby-baby omputeh yang rambut curly perang tu...Dan pernah la cakap dalam hati banyak kali... ish kan best kalo aku dapat anak yang ada rambut camtu..comel jer :) .. Tup, tup aku dah dapat!... adik aryan macam tu :) Gen sape entah aku pun tak tau, papa ke? uppps...jauh beza.. mama? lagi lar mane de kerinting.. huk huk.. Allah bagi apa yang aku nak kot.. Alhamdulillah amin.. syukur.... :)

 White cHoc Cake ~ Feveret sebab sangat sedap.... Yummy.. Masa Aryan 1 taun!

Next birthday Aryan jatuh pada 3 Syawal nanti dan 22/9/2011..

Special kan Aryan.. sebab dia anak hari raya.. then baby dalam perut ni..adakah baby ramadhan? baby raya? baby merdeka???? kita tunggu dan lihat je yer....zasss!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...