Skip to main content

FAEDAH BEDUNG BAYI

Entry kali ni pasal bedung baby pula.. Setelah sekian lamanya beranak beberapa kali.. Kali ni baru terfikir pasal bedung. Kenapa? Sebab tengok baby Alwan kali ni senang je jaga. Tak banyak karenah. Tak banyak ragam. Tak banyak menangis. Tak banyak meragam tengah malam dan siang. Dialah setenang-tenang baby I ever had setakat ni in my life....  Alhamdulillah.. Mungkin dia tau mama dan papa sibuk melayan karenah 2 orang abang dia yang sangat-sangat  hyper tu kot..  Harini genaplah usia Alwan 12hari di dunia ni.. Mesti dia termimpi-mimpi lagi susana masa dalam perut dulu.. Why? Sebab sejak hari dia lahir sampailah sekarang  hari ini dia sangat kuat tidur.Mesti dalam perut dia dapat tidur hyang aman dan tenteram. Tapi lepas lahir je ke dunia banyak dugaan dia untuk mendapat tidur yang nyeyak tanpa gangguan.. Namun demikian , anak mama si Alwan ni dah sangat kebal agaknya dengan gangguan tersebut. Even gempa bumi daripada abang-abang dia yang maha dahsyat tu pun dia leh bantai lena tidur.. Huhuhu.. Sangat berbeza si Alwan ni ketika menjaga Aeman dan Aryan ketika masih bayi dulu .. Diorang sangat sensitif dengan bunyi bising.. Pastu si Aeman lgilah double trouble mnduga kesabaran, bukan setakat bunyi bising jer dia tak boleh,malah bau-bauan menusuk kalbu pun dia dah tak lena tidur.. Memang mencabar dulu ketika menjaga Aeman dan Aryan.

Si baby Alwan masih susu badan sepenuhnya dengan anugerah susu yang banyak ni.. Alhamdulillah.. syukur, rezeki anak.. Dan mama tekad akan perjuangkan breastfeeding kepada semua anak-anak mama. Itu janjiku sejak bergelar seorang ibu! Percayalah dengan memberi penyusuan susu badan secara langsung kepada bayi kita, kita akan berasa puas hati sangat-sangat sebab dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Bayi perlukan kita sebagai ibunya. Tautan kasih dan naluri kita pada bayi akan terjalin lebih erat melalui breastfeeding.. Eh.. ni dah melalut lari topik..

Ok  jom back to the point. Tadi pasal bedung kan.. Ok ni nak cerita satu pengalaman tak bedung bayi. Si Aryan (my second boy) memang tak rajin bedung dan dia tak suka dibedung. Sebab dia lahir kecil jer dulu and then dia pernah duk NICU lama-lama tersiksa dengan wayar berselirat  dan jarum yang mencucuk-cucuk badan dia sini sana tu.. Huhuh..so lepas je dapat kebenaran balik rumah mama dan papa kesian sungguh nak seksa dia dengan bedung or barut dia.. Pastu sekarang ni umur dia nak masuk 2tahun dah.. Tapi dia kembang dan oversize dari Aeman. Nape boleh jadi camtu? Sebab tak bedung dan tak barut kot masa baby.. Huk huk...semua jadi kembang...

Ok sekarang pasal FAEDAH BEDUNG BAYI pula :- 
  1. Bayi tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya
  2. Membantu agar bayi rasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti didalam kandungan ibunya
  3. Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan
  4. Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas – keadaan ini biasanya terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya
  5. Memberikan kehangatan pada tubuh bayi.
  6. Mengurangi risiko bayi mati mendadak ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.
Baby Alwan sedang terlena nyeyak dibedung

Comments

  1. Wгite more, thats all Ι hаνe to say. Litеrаlly,
    it seems as though yоu reliеd on the video to make your pοint.

    You cleaгly know ωhat youге talking about, why throw away
    yοur іntelligenсe on juѕt posting νideos to your blog
    when you could be giνing us something enlightenіng
    to reаd?

    mу webpаge - skin peel

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...