Skip to main content

RUTIN DAN AMALAN PANTANG BERSALIN

  • Mandi hanya 2kali sehari pagi dan petang dengan air panas dan air mandian herba .
  • Bertungku dngan tungku batu sungai yang dibalut dengan kain atau daun mengkudu selepas mandi. Seelok-eloknya 2 atau 3kali sehari lepas mandi. Kadang-kadang tak sempat so buat sekali sehari dah memadai. Hasilnya memanglah ...segar dan lega.. Tumpukan bertungku di kawasan rahim dan juga satu badan.Best sangat!
  • Berurut tempoh 3hari berturut-turut selepas balik dari hospital di awal kelahiran. Semasa berurut tu bidan pasti sengkak peranakan yang dah jatuh. Bidan urut buang angin dekat badan.Best je rasa nanti lega , ringan dan sedap :)
  • Berbengkung siang dan malam dan saya pastikan mesti lebih daripada 5jam. Saya lakukan selepas mandi. Sebelum bengkung wajib saya sapukan  losyen untuk hilangkan selulit dan pecahkan lemak di sekitar perut,pinggang,peha,betis. Saya pakai 3-4 jenis bengkung.Ganti-ganti bila basuh yang tu dan pakai yang lain lak. Korset ada yang untuk pinggang dan perut sajea , korset untuk perut ke punggung dan peha serta bengkung tradisional (yang ni walaupun leceh tapi sedap pakai sebab boleh kuatkan pinggang dan jadikan kita perempuan melayu terakhir bila berjalan dan duduk semuanya kena bersopan santun sebab bengkung ni sangat ketat).
  • Pakai barut sebelum bengkung.Ubat barut boleh memebantu memecahkan lemak dan menghalang angin masuk.
  • Pakai stokin setiap masa untuk elak sejuk dan masuk angin. Cukup habis pantang dah tak perlu pakai stokin :)
  • Berpilis bila perlu (2minggu pertama selepas bersalin sapu selalu ye). Yang ni saya guna pilis instant  sapu di kepala untuk elak pening masa dalam pantang. Saya suka guna Ginger cream dari Leesa Formula sebab dia meresap kulit dan bau menyenangkan dan tak suka pilis yang hitam buat sendiri atau jamu tu sebab busuk..heee =)
  • Makan kerap tapi dalam kuantiti sedikit. Ini tips yang sangat berkesan untuk kekal langsing =). Sebelum makan pastikan mesti pakai bengkung dulu. Kalau dah pakai bengkung sebelum makan mesti makan tu sikit jer nanti. Taklah melantak namanye =) Seeloknya makan dan minum 6kali sehari.Makan berat macam nasi tu 2kali je sehari.Kalau makan nasi mesti nasi panas. Minum air kosong suam mesti banyak , bagus untuk tambah susu (Kata orang tua dalam pantang tak elok minum air banyak-takut kembang?? saya abaikan je,sebab ianya baik untuk diri saya). Setakat ni saya dah 3tahun susu badan tak putus-putus dan memancut macam air bomba untuk 3 orang anak lelaki saya yang kuat menyusu badan ni.
  • Baring dan rehat secukupnya. Hadkan pergerakan ketika masih dalam pantang. Cara duduk dalam pantang mesti bersimpuh. Elakkan duduk bersila bertujuan nanti tulang punggung kembang. 
  • Ikat rambut tegang-tegang.Supaya kulit muka jadi tegang.Boleh menaikkan seri muka dan melegakan kepala.Jangan sesekali biarkan rambut lepas untuk elak masuk angin.
  • Senaman pemulihan dan mengempiskan perut =)
Pantang adalah bertujuan untuk pemulihan luaran dan dalaman badan bagi wanita selepas mengandung 9 bulan dan berhempas pulas ketika ingin bersalin. Tempoh berpantang adalah sangat bermanfaat jika wanita lepas bersalin ini amalkan penjagaan kesihatan yang cukup rapi dan teratur.

Hari ni baby alwan comel macam muka papa ni dah genap 21 hari (3minggu).. Setakat ni saya berpantang sangat berdisplin dari segi amalan dan aspek pemakanan. Hasilnya saya dah rasa sekarang. Bentuk badan sudah kembali seperti asal =) Cuma selulit dan kulit merekah masa mengandung tu sikit-sikit tu masih ada lagi di bahagian perut.Bak kata opah bidan tu dulu..ye semua tu boleh hilang masa berpantang nanti kalau berpantang betul-betul Kalau nak ikutkan, pantang bagi orang dulu-dulu bertujuan untuk kecantikan sahaja...

Ok next entry saya bagitau tentang pemakanan yang saya amalkan ketika berpantang dan beberapa petua serta produk penjagaan ketika berpantang.

Comments

  1. Good info.. walaupun skrg tgh pantang anak ke2 sy still bt research lg.. hihi.. nk pastikan badan kembali pada asal..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...