Skip to main content

44 hari berlalu

Waah.. hari ni baby alwan sudah 44hari..Tapi mama dia  extend pantang lagi 2hari..heee..sebab apa? sebab mama kira start pantang tu lepas alwan dapat discharge dari sepital tu hari.. biar lebih jangan kurang :)

Dalam entry yg ni nak citer pasal alwan je...

ALWAN HAYYAN... warna warni kehidupan la sanggatt.. sebab??? manja tersangatttt lebihhh.. ntah sape pulak manjakan dia entah..huhuhu... (pinjam kata-kata papa okay)

Last check up dia masa sebulan (last week) , berat dah up 4.8kg ... Naik 1.4kg selepas lahir( berat lahir =3.4kg) . Masa tu dia punya kantung telur (buah dkt bebird) tu besar sebelah.. Riso mama..Ia dah terjadi beberapa hari sebelumnya.. Pastu on the next day check up dgn doctor pulak. Nasib baik doktor cakap normal..Takde ape yang perlu dirisaukan. Sebab doc check tekan-tekan biji telur dia ada isi dalam tu, alwan pun xde la menangis sepanjang kejadian tu berlaku.. Kalau dalam tu xde biji means problem. Doc cakap saiz tu akan kembali normal (sama saiz) ambil masa beberapa hari.

Haa...ni hari kantung bebird dia dah cantik , dah sama saiz.. Si kenot ni pantang diletak.. mesti "enggek"...susah payah mama nk bergerak.. dgn papa pun dia xnak sangat..mesti mama gak... cian abang-abang kamu dah kurang perhatian dari mama.. nasib baik 2-2 tu pandai bawak diri.. tempat bermanja dorang papa jelah skrg..alwan dah menguasai mama. Harap maklum!

Aktiviti harian tido,kuat susu (fully breastfeed),main,temenung , suka berdiri (kaki dah kuat jejak sejak 2hari lahir). Dah pandai senyum dan wat muka gembira kalo orang main tepuk tangan dia.. Dia suka lagu dibbo, tepuk amai-amai , twinkle little star  dan abc.. Kalo denga lagu tu..wahh..mata meliar mencari siap..muka lak excited cam senyum cam gelak..hehehhe.. so chumill.. ;)

Taktik dia nak suh orang angkat dia (takmo baring ,takmo tinggal letak sekejap).. wat nangis syahdu cam kesian la sangat tanpa air mata.. time ni memanglah sabo jela labu... terkejar-terkejar la kita ni.. ingat nape lah.. sekali angkat jer..konpem senyap..wat muka tak tau...huhuhuh....
Tapi kalo dia ade problem..tangisan dia berserta air mata... ni tangisan gedik-gedik manja jer terlebih..
Tapi dia taklah kuat nangis macam abg aeman dulu.. Aeman dulu pengsan mama n papa.. asik buat konsert rock jer tak tentu masa.....huhuhu...

Tu jelah..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...