Skip to main content

SEKITAR MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL BABY ALWAN

Hohoho... lame tak update blog...  since jadi mama kepada 3 putera yang sihat dan aktif ni mamanyer pun terpaksa punyai extra kekuatan luar biasa untuk tangani semuanya serentak dalam satu masa.. Tengah blajar jadi mak kepada 3 kids lagi..... :(  Belum biasa lagi dari segi jadual dan nak adapt perangai 3kids ni serentak dalam satu masa.... huhuhuhuh...  Kesimpulannya masih tunggang langgang lagi (erk..betul ke eja tu?)....

Dah seminggu berlalu majlis tersebut... banyak kenangan dan memori indah dapat kumpul anak beranak dan adik beradik kat rumah pusaka arwah abah dan mak di kampung halaman tercinta...

p/s : oh rupanya majlis cukur jambul dekat johor ni simple aje erk.. Sebab penah wat untuk Aeman kat selangor/kl lain upacaranya.. ada berendoi and macam2 la...  So kesimpulannya... I LURVE JOHOR! Hahahaha ;D

Okey jom tengok gambor... (slang johor)... Gambo banyak ihsan dari anak buah ku haziq.. makcik dia ni men cilok je.. hahahaha.. dat time mak dgn bapak pengantin tu sangat bz so tak sempat vs lupa nak snap photo..huhuhuhuh..

Bersama kak imah... lebar snyumnya than me as a mummy of baby alwan... hahahha...
Baby alwan boleh pulak mata layu time ni.... nak titon pulak....
Kak imah is yg bongsu of mak no 1 dan me is yg bongsu mak no3 .... :)
Kesimpulanya.. me yg paling bongsu dr semua bongsu..hee :)
My heroes in yellow gold... Handsome tak??? Seronoknya dioramg dapat balik kampung main jejak kaki dekat tanah, ada ramai kakak dan abang sepupu sepapat melayan and tengok lembu sembelih semalam... :) ... Pengalaman berharga untuk diorang...
kumpulan marhaban GPW Felda Sungai Sayong

Alwan ni terlena  dan tersedar ...sebab orang cucuh dia dengan air mawar pas tu  calit dekat mulut dia madu..pastu rasa ngantuk balik bila orang berselawat marhaban..sebab mendayu-dayu gitu..hehhehe

hehehehe...

Mastercheif keluarga kami... Abang man yang masak . Terbaekk dan  the greatest nasi beriani after arwah abah (tok aji rahmat) masak..... Siapa penah makan nasi beriani arwah abah , dia tau gak macam mana nasi beriani abang man ni :) Sama tapi tak serupa :)) Anak abah kan.... :) Oooo...lauk pauk untuk majlis aqiqah abang masak extra manis sedikit (dia cakap memang macam tu kalo untuk masak aqiqah...hu nape sebabnye yerk?)..antara lauk pauk utama lain ialah... ayam masak merah , beriani daging lembu aqiqah, acar nenas power gilos! dan kuah dalca beriani gam... huhuhuh... nilah masakan yang orang kampung tunggu-tunggu daripada keluarga kami :)


Anak buah sedang kaco mengaco... mirul kaco ayam ke tu? nami tukang check...agak betul ke tak si mirul kaco ni...hehhehe....

Abang usop dengan izan..mengadun rempah beriani (secret recipe)..... Oh yea..
untuk majlis ni dimasak oleh anak beranak secara gotong royong.. Memang tradisi anak beranak keluarga tok aji rahmat daripada dulu sampai sekarang kalo majlis pape sekalipun bergotong royong sesama anak beranak..

Tukar emak la camni.. hohoho..baju dah sepasang warna sama... Alwan bersama acik ijah... :)

Orang kuat sembelih lembu nih... penat ke amin? hehehehe.. anak buah jugak... belakang tu abang bok dan abang aim kot...erk tak nampak...

Ni abang aryan..

Papa penat tolong ape tu?? tolong tengok...hehehehe.. penat tolong jaga hero-heros yang lasak tu je la...

Pehal gondel?

 1Malaysia song...

Bab pose no 1.... abang aeman....


ok tada.... itu shaja kot... moga anak mama dapat sesuatu pengalaman berharga apabila pulang ke kampung johor yerk... :) best memories:)




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...