Bukan nak cerita pasal aku.. tapi cerita pasal anak buah.. Dah 2 malam dok merasa hasil tangan seorang yg baru berbakat dalam bakery .. Anak buah sedang berkursus area KL ni. So memandangkan dia masak kena bebanyak dan dia pun dah tak terlarat nak makan serta ade mkcik dia sorang ni je berada di lokasi berhampiran, maka terima kasihlah bg kuih, roti,kek bebanyak ni... (tulah kalau jumpa dia ni jer mesti terkejut, tengok macam kena pam angin badan anak dara sorang ni... huhuh..jahat makcik dia ni cakap camtu erk... hehehhehe) . Maybe sebab dia masak and dia kena makan jugak...Tu pasal jadi camtu..
Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai 'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA