Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

SELAMAT HARI GURU

Beberapa hari lepas adalah hari guru kan.. Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Gambar di atas semasa saya darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Sungai Sayong, Kulaijaya , Johor. Itu cikgu terbest aku penah ade sebab sangat2 sporting, Cikgu Marozan Ahmad. Cikgu Marozan ni memang famous dkt felda ku sebab dia antara belia yang aktif dalam hal kemasyarakatan setempat lepas tu kalau dia mengajar memmang terlebih bersemangat kalau dengar di berceloteh..bla bla bla.. Kawan-kawan sekolah ku, aku nak menjejaki kalian semua.. Gambar ni pun jumpa dekat FB. Hehehe. Tada~

PENYUSUAN SUSU IBU ANAK-ANAKKU

Ni nak bercerita tentang penyusuan anak-anakku , Aeman (1tahun 9bulan) dan Aryan (7bulan). Ok sejak mengandungkan si Aeman lagi aku dah berazam nak susukan bayiku sepenuhnya tanpa campuran susu formula.Alhamdulillah berkat azam,doa dan harapan seorang ibu,sejak lahirkan Aeman aku dikurniakan susu badan yang sangat banyak. Sebelum ni aku bekerja sepenuh masa,so dekat opis pun aku dapat perah susuku sekurang-kurangnya 4botol yang 4oz sepanjang waktu bekerja. Waktu pemerahan ni pun memainkan faktor penting untuk menghasilkan susu yang sama kuantiti setiap hari , bermakna kena perah waktu yg sama setiap hari. Anggaplah itu waktu baby kita nak menyusu. Dan masa memerah tu jangan lupa ada feel yg kita sedang menyusukan baby sendiri. Barulah hasil susu tu banyak:) Tapi.. kadang-kadang ada jugak waktu nazak, dimana susu yg diperah tak berbotol-botol. Masa tu Aeman memang kuat menyusu, kesian je bila pengasuh bagitau dia tahan lapar (kalau aku hantar susu perah kurang dari 4botol sehari). So ...

DIDIK ANAK DGN TERBAIK..

Memang kadang-kadang bila penat dan stress, aku termarah my babies bila tak nak dengar cakap. Kasihan tengok diorang.. Aku berazam tak nak mendidik anak guna kekerasan.Tak nak marah,tak nak terjentik sedikit pun. Tapi,tahap kesabaran aku amat tinggi rendah. Kadang-kadang termarah, ternaik tangan ni.. Huhuhu..cian Aeman:) sebab dia selalu kacau adik... Huhuhu. Maybe sebab dia jelez dengan adik yg kecik tu..Huhuhu.. Memang sabar jela ye membesarkan anak kecil ni.. Anak2ku..Mama nak didik kalian dengan yg terbaik sekali... CARA DIDIKAN ANAK YANG BAIK 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pan...

HAPPY MOTHERS DAY

Tak terlambat untuk aku ucapkan Happy Mothers Day untuk semua kaum2 ibu di dunia:) Untuk anak-anak Mama , Mama doakan yang terbaik untuk kalian. Jadilah anak-anak yg soleh , berguna , berjaya dan cemerlang , berbakti untuk diri , keluarga , agama , bangsa dan negara... Amin... Mama sayang kalian . Kalianlah buah hati jantung , cinta , intan payung pengarang jantung dan sebagainya.. Kehadiran kalian sangat bermakna dalam kehidupanku.. Mama sayang sangat korang semua tau:)