Skip to main content

PENYUSUAN SUSU IBU ANAK-ANAKKU

Ni nak bercerita tentang penyusuan anak-anakku , Aeman (1tahun 9bulan) dan Aryan (7bulan). Ok sejak mengandungkan si Aeman lagi aku dah berazam nak susukan bayiku sepenuhnya tanpa campuran susu formula.Alhamdulillah berkat azam,doa dan harapan seorang ibu,sejak lahirkan Aeman aku dikurniakan susu badan yang sangat banyak.

Sebelum ni aku bekerja sepenuh masa,so dekat opis pun aku dapat perah susuku sekurang-kurangnya 4botol yang 4oz sepanjang waktu bekerja. Waktu pemerahan ni pun memainkan faktor penting untuk menghasilkan susu yang sama kuantiti setiap hari , bermakna kena perah waktu yg sama setiap hari. Anggaplah itu waktu baby kita nak menyusu. Dan masa memerah tu jangan lupa ada feel yg kita sedang menyusukan baby sendiri. Barulah hasil susu tu banyak:) Tapi.. kadang-kadang ada jugak waktu nazak, dimana susu yg diperah tak berbotol-botol. Masa tu Aeman memang kuat menyusu, kesian je bila pengasuh bagitau dia tahan lapar (kalau aku hantar susu perah kurang dari 4botol sehari). So aku, memang dah tekad xmo bagi anakku susu lembu. So sebagai backup ,aku bagi susu formula rumusan soya DUMEX MAMEX GOLD SOYA. Aeman suka gak susu ni.Tapi nak mencari stok kalo habis, banyak pasaraya dah jelajah,pun kadang-kadang out of stock..Dumex Mamex Gold Soya

Genap je Aeman 6 bulan x silap aku, (hehe malas nak kira) , aku dikejutkan dengan berita disahkan Pregnant lagi . Terkejut... Ingatkan fakta menyusukan bayi sepenuhnya sehingga 6bulan selamat untuk tak pakai apa-apa payung (family planning). Rupanya, fakta tu tak boleh pakai erk.. Walau apa pun aku sungguh bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan untuk tambahkan kehadiran orang baru dalam keluarga ku ini. Masa ni Aeman masih lagi menyusu badan bersulam susu soya. Tengah mengandung kan,kadang-kadang memang terasa susu badan kering. Almaklum, nak bagi zat dan nutrien untuk baby dekat luar, baby dalam perut dan juga diri sendiri. Banyak pihak aku kena jaga.3 nyawa!So masa ni memang aku perlukan multivitamin,rehat dan makanan yg secukupnya dan apa sahaja petua untuk tambahkan susu badan aku dah cuba. Petua yang paling mujarab sekali untuk tambahkan susu badan ialah minum air rebusan halba. Petua aku dah amalkan sejak dalam pantang melahirkan Aeman lagi.Memang berkesan dan mudah:)
biji halba direbus , minum airnya.

Semasa Aryan lahir sedikit terkilan sebab aku tak dpt menyusukn susu badan selepas melahirkan dia,walauppun jenuh aku paksa..Sebabnya dia memang tak boleh menyusu. Dan disebabkan masalah tulah dia ditempatkan di unit rawatan rapi bayi (icu) Hospital Kuala Lumpur sejurus dihari pertama dia lihat dunia. Hari esoknya aku dibenarkan pulang kerumah,manakala Aryan tinggal kat wad. Kat rumah aku tak bagi si Aeman susu badanku,walaupun dia dah rindu nak susu mama ni. Ini adalah hak adik dia (kolustrum). So kat umah aku perah kolustrum tu (pekat likat warna kuning cream) masuk botol simpan , esoknya hantar dekat hospital untuk Aryan. Aryan masih berpuasa beberapa hari sehingga keadaannya pulih baru dia boleh menyusu.Tapi tak susu direct. Susu guna tiub yang ditebuk masuk ke salur pusat dia..Sebab dia ada masalah pernafasan perlukan bantuan oksigen.. Alhamdulillah selepas 11hari dia dah sihat dan dibenarkan pulang. Kalau tengok keadaan dia masa tu, ibu manalah tak susah hati. Wayar berselirat sana-sini.Tebuk sana-sini.Dahlah tak boleh pegang dia,boelh tengok dia jer...Sedih sangat masa tu. Now nilah budak Aryan yg susu badan sepenuhnya. Tanpa campuran sebarang susu formula. Agak-agak pas sebulan keluar hospital.

Ni masa Aryan 4bulan

Ni time agak-agak dah pandai bergaya ngan senyum

Ni sekarang jalan dalam walker wat pojek sepah sana sini dengan Aeman.

Keriangan berpanjangan sebab tengok dunia di taman.

Kini kedua-duanya masih menyusu badan. Aeman dah tak suka sebarang susu baik susu soya,susu tepung cap lembu,susu pekat dan segala air berwarna putih macam susu dia akan kata "tak nak". Aryan pula jenuh ajar susu botol dia x mo gak. Tak pelah now aku dah korbankan kerjaya sementara nak mendidik,membesar anak sehingga besar dan tak bergantung susu badan lagi sepenuhnya. Alahmdulillah, susu ku masih banyak lagi dan cukup untuk kedua mereka. Sebab bilanya dorang menyusu dorang akan sendawa "burp" tanda kekennyangan:) Nikmat susu ibu kurniaan Allah. Bagiku tiada masalah langsung dengan penyususan susu ibu. Malah aku cukup puas kerana dapat menyusukan anak-anakku sendiri.Of course lah menyusukan anak ni dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak itu sendiri:)


Al_kisah untuk kali ini...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...