Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

BERUNTUNGNYA DI LAHIRKAN SEBAGAI PEREMPUAN

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim... 1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.  2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..  3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.  4.) Untuk peringatan semua wanita

PICNIC 40 KETUL KARIPAP 30 KETUL SERI AYU

Hari Deepavali patutnya plan nak jenjalan rumah kawan.. Tapi  hasrat tak kesampaian sebab dia ada emergency..So kuih dah order.. Maka kami berlima sekeluarga g picnic dekat taman dekat umah.Mula carik port kat taman kota metropolitan.Alah panas terik tengahari buta tempat ni tak mengancam.. Then kitorang ke titiwangsa.Baru jumpa port best. Dan kuih tu pun kami berempat yang balun sampai habis (alwan terkecuali sebab baby tak boleh makan lagi).. Nasib la semuanya tank besar kecuali mama..hehehhe. nak sedekah dekat orang, tapi tak jumpa orang yang sepatutnya. Karang main bagi je dekat orang yang kat taman tu pelik pulak diorang.. Huhuhuh.. Main kete yang berusia 1 hari beli.. Semalam beli , hari ni dah jahanam...  Itulah aeman Sekian....

Cabut gigi geraham

Jumaat yang indah .... wahaahaa.. harini aku tak pergi appointment pap smear, tp pergi jumpa dentist.. sbb penderitaan malam td aku xlena tido melayan sakit gigi... Huhuh..haa..mebebel aku dekat doktor tadi cakap apesal gigi aku sakit kat tempat lain tak macam dia cakap hari tu... Lepas aku mbebel.. barulah doktor tu check bebetul.. ha dia ternampak gigi geraham atas sebelah kiri aku berlubang. Tak boleh nak tampal dah, sebab lubang sangat besar. Ooo dulu dekat situ pernah tampal.. Doktor cakap yang tampal dulu tu pun dah habis... Dia bagi 2 option sama ada nak dia cabut atau biar je gigi tu tercabut sendiri.. Waahh.. keputusan yang macam antara hidup dan mati.. aku sayang gigi aku... sob sob.. fikir balik kalau nak biar gigi tu tercabut sendiri pastinya aku akan menanggung penderitaan yang amat untuk jangka masa yang aku sendiri tak tau sampai bila ianya akan tercabut.. Sakit ooOOoo! So takpelah aku decide cabut.. Wah sangat tangkas doktor comel ni buat kerja. Sambil berbual. Ta

Family planning - Kesan Injection

Walaupun ini bukan pilihanku.. pilihan secara terpaksa dalam rela.. hohoho... macam mana ye tuh? Gini sebenarnya , aku nak buat Implanon je . memang dari dulu nak pasang implan. Akan tetapi faktor masa selalu cemburui aku.. Maka selepas alwan berusia 2bulan aku ambil suntikan depa fovera yang pertama.. Nak test je dulu.. sebelum pasang implnon. Takut2 lepas je ambik implanon tu nanti kot2 manetau tak sesuai dengan badan aku, tak pasal-pasal terbang melayang RMXXXX sebab nak pasang dan nak bukak implanon tu.. He.. sebab tak nak suntik menyuntik dan makan pil perancang dari dulu...sebab aku takut gemuk! Hahahah.. Memanglah sesetengah orang xde  effect langsung. Tapi aku rasa aku dalam kategori orang yang punya hormon tak stabil..Tu yang aku tak berani nak ambil sebarang bentuk hormon dari dulu... IUCD...?? wah..lagilah aku ngeri dan ngilu kalau masuk alat dalam tu.. so tak nak! MAB? aku tetap nak makan macam biasa untuk kesihatan dalaman. Cuma perlukan protection yang sangat teba

Sakit Gigi

Oh... pernah rasa tak sakit gigi? Rasa sakit gigi macam rasa nak pelempang je orang.. Haadoi.. series....seksa.. Dah pergi dentist lepas habis pantang haritu... Pas je dentist check, dia cakap aku ada 3 batang gigi bongsu nak tumbuh.. Pastu gigi bongsu tu takde space nak tumbuh..Gusi aku dah habis... Dia just bagi pain killer dan antibiotic. Kalau sakit sangat kumur dengan air garam. Pastu kalau gigi tu dah tumbuh separuh pergi balik dekat dentist, nanti nak kena cabut.. Ohhohoh.. aku ingat gigi aku rosak ke , berlubang ke or papelah.. Masalahnye dah 2-3hari ni sakit gigi sampai tak boleh tido tenang ni dah datang balik.. Adoi.. rasa macam doktor tu salah check kot... Sebab aku sakit dekat gigi lain..Bukan yang macam dia tunjuk haritu... Eee..esok ada appointment pap smear..tapi aku nak pergi dentist lar...tak kira.. kalu doktor cakap benda yang sama gak..aku nak suh dia check bebetul..apesal aku sakit tak macam dia cakap tu...eeeeeeee!

HAD PUKULAN ANAK

Entry hari ni khas untuk diri saya . Saya dah berusaha nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak . Kadangkala tingkah laku anak-anak kecil yang sedang membesar ni memang menguji kesabaran. Tapi wajar ke kita pukul mereka bila meraka buat salah? Semestinyalah tujuan "babap" tu nak bagi pengajaran. Tapi  wajar ke cara ni nak di praktikkan seawal usia mereka semua ni..? Mama ni cuma kadang-kadang hilang sabar bila dah tak larat melayan karenah diorang. Tapi bukan bermakna mama ni tak sayang anak-anak mama. Bab sepah menyepah, pomen barang-barang sampai jahanam tu dan aksi aktif lasak tu mama dah faham sangat-sangat anak mama ni sedang belajar. Tambah-tambah lagi semuanya lelaki. Bila mama marah naik tangan tu, diorang melawan. So mama rasa cara ni salah. So mama phsyco diorang. Mama biar je diorang nak buat apa..bila diorang dah habis penat buat benda tu dan sebelum diorang nak buat perkara lain mama suh diorang kemas,mama cakap baik2 untuk alih perhatian diorang..last2 d

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan

KISAH BAYI OPERATION DALAM PERUT IBUNYA... SUBHANALLAH

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini. Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Kasihan bayi-bayi itu

Entry hari berkisar tentang kes buang, bunuh dan kezaliman ke atas bayi yang tidak berdosa itu.. Apa dosa mereka?? Bayi itu tidak tahu apa-apa.. Sayangilah mereka yang baru melihat dunia.. Menitis air mata ,sebak , sedih ,ngeri , ngilu dan geram berbaur jadi satu.. Tak sakit, penat ke kamu mengandungkan dan melahirkan bayi-bayi itu...? Sampai kamu dah tak punya hati melakkan kezaliman pada mereka??? Ingatlah..insan kecil ni akan mencari kamu di akhirat nanti jikalau kamu benci melihat mereka didunia ni... bayi yang kena kelar.... Ya allah ...aku tak sanggup tengok ni.. bayi buang dari flet..ni lagi la dah kira bawah  tahap binatang... binatang pun tau sayang anak tau...  Ya allah...

Rambut baru

Apelah nasib anak-anak bujang mama papa ni erk.. Pergi mana-mana semua panggil "kakak" aje.. Ada ker lasak camni orang boleh panggil gak kakak erk.. Muka kiut miut macam gegurl ker??? Taklah..sebab rambut tu panjang macam pompuan..  dua-duanya dah boleh ikat tonjet atau buat ikat ekor kuda tinggi-tinggi.. Bila ikat tu macam "siti" dengan "nurul " you.... Hilang dah "muhammad"... Hahahaha.. Takpelah... even takde anak perempuan lagi masa ni..  Suasana camni dah cukup buat kami geli hati.. Next time ada rezeki Insya Allah... Amin.. Banyak masa lagi boleh usahakan.. Kami tak kisah..  as long as Dia kurniakan kami zuriat dan amanat yang bernama ' anak' ini ,  itu dah cukup membahagiakan kami serta memberikan pengalaman yang penuh makna kepada mama dan papa =) Alhamdulillah... Turn Aeman potong rambut di saloon.. Siap kena pegang...punyalah penakut... Konon je "abang besar" ... Kalau orang pangggil dia "kakak" marah.. 

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari. 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. 4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ... 5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 9. Wanita y

Pap Smear?.. Semua perempuan wajib concern okay..

Esok nak buat Pap Smear lah.. Dekat klinik dekat  sebelah rumah ni jer..wah jalan kaki dah sampai..tak penat pun.. easy access dok kawasan ni..semua kemudahan ada dekat.2. lagi2 bagi kaum ibu dan kanak2..  Pastu tak messy and serabut.. just jalan kecik tu jelah masalahnye..but tenang jer.  tak de la big traffic sebab jalan banyak.. I hate duk tempat serabut... Ni kali kedua Pap Smearl ah buat seumur hidup aku..  (hahaha..bajet macam dah lama hidup jerk..padahal baru 24 tahun hidup  bernafas kat bumi ni)... last sekali buat lepas bersalinkan aeman 3tahun dulu.. lepas bersalinkan aryan tak buat.. tak menyempat... sibuk memanjang.. last-last alwan pulak lahir kan..  ngeee...... Ni dah habis nifas dan dah period pun seminggu lepas..  55hari pantang hari ni.. (I pantang 100 hari yerk) dan umur alwan 55hari lah jugak :).. Nurse bilang pap smear buat lepas period.. Oklah.. Kenapa kena buat pap smear??  Wanita... Kerana dirimu sungguh berharga!!! antara prosedur pap smear.... P

Sup Ikan Haruan

Ini dia sup ikan haruan yang dimasak oleh chef abul (tapi kena ada advisor  dekat tepi)... huk huk.. Menu dalam pantang haritu... (actualy tekakku tak dan makan ikan haruan).. tapi nak baik punya pasal.. Actualy sedap ikan haruan ni..dan harganya sangat lah mahal mencecah RM500- RM1000..  Tapi  yang masak di atas ni ikan haruan murah je..harap maklum..hahahah.. dan kelebihan ikan haruan adalah seperti berikut : Kebaikan ikan haruan 1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik   2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.   3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.   4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada

Panduan untuk newborn mommy

copy paste dr yg lain :)

Produk penjagaan ketika pantang bersalin - Part 2

Ni hutang entry dulu-dulu k..  Tempoh berpantang 44hari dah tamat..Jeng,jeng...hasilnya absolutely! Figure kembali pada asal.Selulit no more.Kulit rekah-rekah tu dah tegang kembali. Boleh pakai baju n jeans masa anak dara semuanya. Dah kuat boleh buat kerja.Tapi masih tak berani nak melasak.. Bab berat tu pun kembali macam anak dara dulu 45-47kg..Is it normal la kan :) Berat mengandung 9bulan 58.5kg now 47kg (Last timbang 2minggu lepas..sekarang mesti ada lagi penurunan kot)..Mungkin.. Lain-lain banyak lagi tapi tak reti nak cerita dalam ni.. sori yea p n c :) Tapi aku masih berpantang yang lain-lain lagi..Huhuhu.. nak sihat nak badan pulih sediakala , nak kekal awet muda baik berpantang okeyh.. ( hehehe prasan skjap awet muda ...layankan jelah ye) Ok ape yang aku buat sepanjang 44hari berpantang tu...??? Berehat ,lapangkan minda , belai dan manjakan diri sendiri - Dah berpenat lelah menahan sakit pelbagai sepanjang mengandung 9 bulan. Menjaga anak dan suami .Buat kerja itu dan in

44 hari berlalu

Waah.. hari ni baby alwan sudah 44hari..Tapi mama dia  extend pantang lagi 2hari..heee..sebab apa? sebab mama kira start pantang tu lepas alwan dapat discharge dari sepital tu hari.. biar lebih jangan kurang :) Dalam entry yg ni nak citer pasal alwan je... ALWAN HAYYAN... warna warni kehidupan la sanggatt.. sebab??? manja tersangatttt lebihhh.. ntah sape pulak manjakan dia entah..huhuhu... (pinjam kata-kata papa okay) Last check up dia masa sebulan (last week) , berat dah up 4.8kg ... Naik 1.4kg selepas lahir( berat lahir =3.4kg) . Masa tu dia punya kantung telur (buah dkt bebird) tu besar sebelah.. Riso mama..Ia dah terjadi beberapa hari sebelumnya.. Pastu on the next day check up dgn doctor pulak. Nasib baik doktor cakap normal..Takde ape yang perlu dirisaukan. Sebab doc check tekan-tekan biji telur dia ada isi dalam tu, alwan pun xde la menangis sepanjang kejadian tu berlaku.. Kalau dalam tu xde biji means problem. Doc cakap saiz tu akan kembali normal (sama saiz) ambil masa b