Hari Deepavali patutnya plan nak jenjalan rumah kawan.. Tapi hasrat tak kesampaian sebab dia ada emergency..So kuih dah order.. Maka kami berlima sekeluarga g picnic dekat taman dekat umah.Mula carik port kat taman kota metropolitan.Alah panas terik tengahari buta tempat ni tak mengancam.. Then kitorang ke titiwangsa.Baru jumpa port best. Dan kuih tu pun kami berempat yang balun sampai habis (alwan terkecuali sebab baby tak boleh makan lagi).. Nasib la semuanya tank besar kecuali mama..hehehhe. nak sedekah dekat orang, tapi tak jumpa orang yang sepatutnya. Karang main bagi je dekat orang yang kat taman tu pelik pulak diorang.. Huhuhuh..
Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai 'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA