Skip to main content

Suspect endometriosis. Kisah tahan wad-part 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Ini sambungan cerita kisah tahan wad 1 .. Kali ni gambar busuk jelah bercerita, jurugambar nye si kenot-kenot saya..so kualiti gambar mmg xdapat dinafikan la..pakai fon je..


Ni tengah tahan sakit tunggu nak masuk wad... sambil pujuk putera buah hati pengarang jantung tersayang buat perangai
Nilah ruang legar pendaftaran hospital pusrawi.. jurugambar ni xde keje..smua nye dia snap..
Ni dah  kad wad... Haa...nganga nape??  Hari ke bape ntah x ingat...

Reti lak sengih masing-masing
 
Nilah abang besar , tadi dialah jurugambarnye...

Nasib baik memori kotak ingatn masih kuat ... Nilah siapa sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari.. So sediakan payung sebelum hujan.. Ok tak de kaitan itu semua eh...

Saya dimasukkan ke wad selam 6 hari untuk rawatan antibiotik secara serius..Abaikan.. muka orang tak tahan sakit memang begini.... 

Penyakit yang aku hidapi pada ketika itu adalah Pyelonephritis Maksud paling  mudah  ada infection jangkitan kuman di pundi kencing & buah pinggang atau bahasa melayu kencing kotor serius... 

Ni e choli makhluk bateria jahat yang menyerang aku sampai jatuh sakit
Doc pakar urology Dr Rashid ingat aku kena batu karang/buah pinggang. Tapi selepas buat MRI , cystoscopy jumpa benda lain... Macam ada ketumbuhan di bahagian perut/pinggang sebelah kiri sahaja.. Pastu melarat suspek kena endometriosis . Lastly , pada masa itu doc pakar sakit puan (Dr Asnah) sahkan bahawa aku telah menghidap endometritis .  Rawatan endometritis sama macam penyakit kencing kotor tu masuk antibiotik.. 


Tapi untuk penyakit endometriosis... Banyak peringkat rawatan perlu dilalui...Pemeriksaan susulan yang doktor cadangkan ialah nak buat laparoscopy surgery  untuk mengesahkan endometriosis tu andaikata aku dah tak tahan sakit sangat...  Tapi tak perlu lagi buat masa ni, sebab aku cakap x sakit...



Ya Allah.. macam batu besar jatuh dari langit meghempap aku rasa saat tu... Dunia gelap... pas aku google endometriosis ni bahaya.. Tapi pelik...pas google tu yg aku dapat pesakit endometriosis susah nak beranak dan kebanyakannya mandul .. Tapi aku????  Sejak bial aku ade nedo ni?? Tak kan baru je???Mula lah setan menghasut aku... sedih nangis sorang2 dekat sepital tu... Nasib baiklah abang ade... Yang aku takut aku x boleh  mnegandung & beranak lagi..... Heee.... Tak tahulah nak cakap macam mana perasaan tu... Kalau doc datang pun benda tu aku tanye dulu... Doc xleh cakap pape... No komen..kena check dulu..huhuu...sedeyh sendiri....



Tulah.. bukan ape.. aku redha lah ape nak jadi.. hidup perlu diteruskan...Kalau aku sakit tenat sekarang siapa nak bagi kasih sayang dekat anak-anak aku.. Diorang kecil lagi , mungkin ada yang jaga mereka nanti bila aku tak ada.. Tapi tak kan sama kasih sayang seorang ibu sebenar pada anaknya berbanding orang lain.. Cukuplah aku je rasa kehilangan mak ayah masa kecil.. Tapi aku harap bukan anak-anak aku.. Moga mereka sempat membesar bersama aku.. Demi anak-anak dan suami.. Harap ianya pulih... Bukan ape, arwah mak ade kanser... Dia meninggal sebab kanser tahap akhir.. Sel kanser tu dah merebak ke seluruh badan dia... Mungkin keturunan kot penyakit ni.. Redha.... Al fatihah buat mak...


Comments

  1. saya rasa saya pun kena cam akak la berapa kosnya ye saya tiap bulan kena mula2 kena kencing berdarah juga sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Costly dear.. Alhamdulillah dah baik dah sekarang :)

      Delete
  2. salam kak berapa kos semua ni saya pun kena kencing berdarah xok lagi takut la

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mengandung masih boleh susukan anak

Sedih dengan realiti dan mentaliti ibu-ibu yang masih tak menghargai  'titisan emas' yang paling berharga untuk anak-anak... Kenapa Allah anugerahkan ibu sahaja ada susu??? Kenapa Allah bagi ibu galas tugas menyusukan anak??? Kenapa Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang masih bayi disusukan oleh ibu susuan??? Kenapa begitu penting susu ibu sampai Allah angkat darjat ibu susuan tu??? F irman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu . Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami ba...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...