Skip to main content

Kena Sakit Kencing Kotor



Kesinambungan kes sakit mata .. actually dah baik dah..cuma ada biji sikit tinggal dengan lopak mata atas tu..tapi tak sakit pun. Dan pada 5/1/2013 ada follow up check up..

Malam sabtu tu, tengah malam pukul 12 saya terbangun dari tidur nak kencing.. pastu membuang dengan leganya tapi disusuli rasa perit dan sakit.. waaa..nape plak ni..pastu setiap bape minit nak terkencing je..So malam tu xtido menahan seribu satu rasa dan kencing pun berdarah.. Subuh tu pas solat subuh dengan papa .,, terus bagitau sampai ternangis2 sebab xtahan sakit giler... Hehhehe..

Lepas subuh , terus bersiap pegi klinik biasa  je dekat umah-umah ni... Ingat lepas tu nak pegi appointment check up mata tu.. Tapi makin lama sakit kat tut n pinggang n perut makin kuat... Sampai jalan pun paut-paut.. Time tu terlupa dah pasal appointment mata tu... Mak aih..nak g klinik biasa pergi tu, ramainye makhluk plak..Sebab nak cepat punya pasal pergilah klinik bersebelahan yang tak ramai org...

Lepas register, lama pulak menunggu hampir pkul 10 baru masuk bilik doktor.. Tengok nurse kat kaunter tu muka xperamah langsung wat senyap tgk patient ramai ni wat tak tau jer.. Huh.pehal la klinik ni..Sebelum tu nk dekat pkul 10 tu ada gegirl india baru masuk klinik ni.. X rasa plak dia tu doktor sebab pakai t-shirt biasa je. Kebetulan terfokus dkt dia sebab aeman main dekat pintu block x bagi dia masuk time tu... Then tiba my turn untuk masuk bilik dok.

La dia ni doktor ke..lambatnye datang...berkepam orang tunggu kat luar tu la...

Pas citer my kes kenapa, dia suh check air kencing... Waa.. fobia.. time nak kencing mesti sakit & berdarah.. pastu bagi gakla air kencing tu kat nurse tu. Then doc ckp air kencing kotor.. pastu dia nak bagi ubat antibiotik... then dia cakap kalo sakit sangat terus g hospital atau lagi 3 hari datang balik klinik tu...

Ya rabbi, aku tak yakin dengan doktor ni..aku cakap aku tengah sakit gle smpai xboleh jalan dah ni..masa tu en abang kat luar tak masuk dalam sebab melayan kerenah anak-anak bujang. Tibe2 dia terjongol depan pintu , aku terus panggil dia.. Cakap nak pergi hospital jerla sekarang ni sebab dah memang kebetulan ada appointment dgn hospital..

Sebabnye, tanye doktor teruk ke kencing kotor tu pun dia cakap tak tau. makan ubat je dulu.. huhuh..cari duit betul la klinik ni...

So xnak takut melarat hari yg sama g hospital, sebelum tu smepat lagi breakfast roti canai dekat restoran sebelah. Kesian dekat budak-budak ni bangun pagi tak makan pape lagi sebab mama dia dah sakit sangat...

So , sampai pusrawi g settlekan kes check up mata tu. Mujurlah doktor tu tak nak bedah ke ape ke.. Sebolehnye aku wat muka tak sakit depan dia.. sebab tengah sakit lain..bukan sakit mata..tak nak r nani dia maik ape-ape tindakaln tak berkaitan.. Alhamdulillah mata dah ok...

Ikuti kisah selanjutnya at part 2...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...