Skip to main content

SCAN 4D MY LITTLE BABY...

Masa buat scan 4d masa tu saya dalam stage 2nd trimester.. Minggu ke 29 macam tulah..
Selepas survey beberapa tempat.. Akhirnya selepas buat beberapa penilaian dan call sana call sini and mengikut kata gerak hati... Saya pilih pergi buat scan dekat sini :-

KLINIK FAMILI
WANGSA MELAWATI
(DR WAN KAMARIAH)

Kesimpulannya saya suka dengan servis doktor ni. Saya nampak kecekapan beliau menjalankan tugasanny dan pengalaman beliau dalam bidang o&g. Cek saya situ sini ambil masa 45minit... hahaha..amik ko..lame ke tidak.. Mana saya dapat nilai doktor ok ke tidak bagi saya.. Hmm ni bukan ngandung anak pertama hokay.. Ni ngandung anak ke empat... saya dah jumpa berbagai jenis doktor dari yang beginner belagak pakar sampai yang betul2 pakar... Almaklumlah kes setiap kali beranak2kan anak berbeza2 cerita kes kisah dia.. Berapa kali turun naik sepital .. Berapa lama plak harung semua ni.. Berapa ramai doktor bagai2 jenis yang dah hadap...

Lagi satu , EDD saya dah buat 3 scan dengan 2 kali doc government & 1 kali doc private... Yang doc gabemen ni masih tak konpim EDD dia..siap refer balik EDD doc private yang masa mula-mula cek pregnancy kat klinik ansar dulu... Hola...hola... mennangis den dengan doc gabemen ni...Pas doc kamariah kira gitu gini...Entah apa yang dikiranya entah..aku dan suami ye ye kan je.. Scan pun teliti jer..semua aspek dia scan.. Macam kes aku nak beranakkan aryan dulu anak ke dua... kan dia kes premature & air ketuban pecah awal 6 bulan.. so doktor menjaga aku sekian lama sehingga bersalin bagai minyak yang penuh.. Tapi nak dapat rawatan macam puteri tu ambil masa yang lama kena duk hospital berkampung sampai la nak bersalin.. berbulan...ko snaggup? aku sendiri tak sanggup merayu2 minta belas kasihan nak keluar walaupun tak idbaginya..akhinya doktor pakar yang baik hati gak membenarkan..pastu risiko tanggung sendiri..hahaha..nyesal taknak wat macam tu lagi....:( Sian aryan dulu....

Ok berbalik cerita Dr wan kamariah tadi.. saya datang klinik dia kul 9 lebih.... Tungggu turn kul 10 am.. Siap scan 11.40 am gitu..sempatlah berkejaran nak sampai balik rumah anak2 lain balik sekolah... Pastu kiraan EDD dia emang dekat2 dengan kiraan Doktor yang pertma kali aku scan dulu dekat klinik ansar..

Klinik ansar 21.2.2014
Klinik wangsa 23.2.2014

Naishat doktor seperti biasa atas kes kelahiran premature aku seblum2 ni... so aku kena standby 2 minggu awal dari EDD.. Faktor berulang tu mungkin berlaku...

Ok ni hasil scan 4d tu...















 Susah nak jumpa muka dia.. Doktor cakap dia menyorok..
 
 Tu dia tengah tido... muka pun malas2 nak tunjuk.. Gerak pun malas2 gitu... macam tau2 je mama papa nak tengok dia.. ish...

 Tengok tu sedap je dia hisap jari kot .. Tak pun tangan cover nak tutup muka tak bagi orang tengok..


 Memang lama nak jumpa dia ni.. Doktor pun macam dah give up... Tapi akhirnya dia ade la dapat jumpa pose yang okay.. 

Its boy lagi... Hehehe.. takpelah rezeki mama dan papa..






 Inilah dia si comel papa & mama..
Kiut jugaklah kamu buat aksi gitu... Huhuhu..macam tembam jer...

 Dengan pose sebegini bisa menggoda mama dan papa....
Ala tomei2222 :)





 Alhamdulillah semua okay doktor cakap... So sesiap area KL tu recommended jumpa DOKTOR KAMARIAH , KLINIK FAMILI , WANGSA MELAWATI..


Sekian.. :)
 

Comments

  1. Salam nk tnye. Klinik ansar tu kat mane ye? Okay x klinik tu. Bayaran mahal x? Yg scan ni baby brape minggu ye? Thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...

DOKTOR DAN KLINIK BAGUS UNTUK KANAK-KANAK - PART 2

Kesinambungan dari penulisan sebelum ini tentang pujian melambung dan kepuasan hati saya sebagai seorang pelanggan terhadap sebuah klinik dan servis dari seorang doktor .. Mula-mula jumpa klinik ni ketika awal mula melangkah masuk terkesima dengan fasiliti yang dia ada , old fashion , old look . Then tak apa berkata dalam hati , don't judge a book by its cover. Semasa sedang menunggu giliran untuk dapatkan pemeriksaan doktor , kelihatan penjaga kaunter wanita seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian biasa . Ia terbahagi kepada 2 partition  ;1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat dan bil. Baiklah yang jadi teruja  , kagum  , dan heran pada masa itu adalah aura doktor dia yang bernama Dr Nadir . Doktor tersebut kelihatan bersemangat , bertenaga dan ceria . Beliau memanggil pesakit  sendiri. Means bangun buka pintu approach setiap orang pesakit satu persatu dengan muka senyum dia. Ok but then , staff reramai itu hanya duduk di meja kaunter sahaja. Kadang...