Skip to main content

Lists soya milk for baby

Kali ni nak cerita pasal susu Aeman lak.. Alhamdulillah,mama dah berjaya bagi Aeman susu badan sepenuhnya dari umur Aeman lahir hingga 4 bulan. Then start 4 bulan tu susu badan mama dah tak cukup nak supply untuk keperluan seharian Aeman. So masa tu mama start test Aeman bagi susu formula. Mula-mula tu sedih je sebab terpaksa bagi anak mama susu formula ni. Tapi nak wat cemana kan..Kena gak..kang mama keje masa tu Aeman kelaparan plak. So mama try lah beli susu tin kecil dulu.Masa tu mama beli dumex(susu lembu).Tapi mengikut babysitter yang jaga anak mama ni dia tak berapa nak. Then mama try susu Lactogen(susu lembu gak).Aeman macam kena ruam kat leher dan badan. Then mama try wat research pasal susu lain lak. Mama seboleh bolehnya masa tu nak anak mama ni bebas dari susu lembu.Pastu barulah mama tahu yang kat market nowdays dah ade susu soya.So mama pergi klinik panel pun ada terbaca pasal susu soya ni.Jadi mama dgn papa pergilah mencari susu soya sesuai untuk Aeman.So dalam banyak² susu soya yang mama jumpa.Mama dgn papa memeng utamakan produk halal yang diiktiraf.So cuma satu jer yang kami jumpa halal by Jakim.Dumex Mamex gold-soya(rumusan khas).

Jadi bermula dari hari tersebut hingga kinilah Aeman minum soya.Tiada pilihan lagi untuk Aeman sebab susu badan mama untuk adik dalam perut ni pulak.Doktor pun nasihatkan mama supaya stop kan Aeman dari susu badan.Adik dalam perut perlukan khasiat secukupnya, kalau tak, nanti lahir tak cukup berat la apela.Huhuhu..Tapi hehehe..kadang-kadang mama bagi jugak Aeman kalau dah dia ngendeng-ngendeng aje.Hahaha.. Tak sampai hati mama tengok Aeman kecur nak nenen.

Kalau dulu kulit dia gelap.Sekarang ramai yang cakap kulit Aeman bersih putih. Entah la..Mama and papa perasan camtu gak, maybe sebab dia minum soya jer kot.Hahaha sebab dulu masa lahir dia hitam legam macam anak paria (=p).Sekarang agak putihla dia tu hingga mama pun kalah.. Dia pun sekarang kalau mama try bagi fresh milk dia wat muka..Ape² je susu lembu dia dah tak suka sekarang ni.Tapi kalau hulur air soya kotak (Season ke,Yeos ke and etc la),walllawey..bukan main syok lagi dia minum.Itulah dia gelagat anak ku yang sorang ni dalam makan minum..agak memilih la..

Ni mama nak letak list susu soya yang mama dah terjumpa kat pasaran :-
  1. DUMEX MAMEX GOLD SOY FOLLOW-ON FORMULA (halal by Jakim)
  2. DUMEX MAMEX GOLD SOY INFANT FORMULA (halal by Jakim)
  3. ISOMIL
  4. WYETH -S26 (halal by Singapore)
  5. WYETH-NURSOY (halal by Singapore)

Comments

  1. SALAM.. NAK TANYA MAMEX GOLD YANG SOYA LANGKAK I TU HALAL BY JAKIM DIPEK OLEH PT NUTRICIA KE???

    ReplyDelete
  2. salam haii sy eyna..bb sy pon sy bg susu soya gak..tp g2 lah susu jnis soya ni mmg xbyk kt pasaran kn?mcm 1st bb sy minum isomil tp die xbp nk..so tukar la ke nursoy..n die minummla..pastu sy was2 ckit tang tanda halal die tu...so skrg sy tkr lg ke mamex gold soya..memula v die minum tp xtau la ari ni lak caner...hehehe..mcm bb sy ni die alah pd susu lactose ni sb tu bgi soya..tp doc bgtau kalo bb yg xder alahan mcm kembung perut@cirit birit xpyh bg susu soya..kne bg lembu..ntah la knpe..tp doc ckp camtu..mcm bb awk ade prob gak ke yg bg susu soya?sy mmg pening la fk tang susu soya dlu sb xbyk kt pasaran kn?pastu bru2 ni sambil g survey susu kn..sb ari tu ade p klinik swasta die syorkan susu soya jnis NOVALAC dr nova care xslp..tp b4 beli kne tgok dlu susu tu ade kt pasaran ke xkn?pas sy p survey beberape mall xder lak jual susu tu..kt farmasi pon xder...hanye kt klinik tu je ade...so pd pndpat sy n hubby ssh gak kan if nk urgent mne nk cari kan..so sy pon terjmpe lah mamex ni..alhamdulillah ade gak ssu soya sy jumpe..so sy beli je lah..mcm novalac tu harga murah ckit tin kecik 400gm tu RM25 je..mcm nursoy, isomil n mamex tu dlm rm 28 kn harga..tp tu la yg penting ade halal tu kn...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...