Skip to main content

RUAM LAMPIN

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Gejala-gejala Ruam Lampin

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

* Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

* Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

* Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

* Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

* Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok- tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

*Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

*Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

*Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

*Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

*Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

*Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..

*Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

*Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.

*Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Jangan…
  • Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
  • Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
  • Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...