Ni gambar raya yg sempat diambil ketika hari raya pertama. Sempatlah si Aeman menikmati suasana hari raya dalam mama ngah kesakitan nak beranak..
Huhu.. malam tu jer terus pergi hospital,dan mama terus kena tahan wad.
Pada hari raya kedua mama beraya di hospital, pukul 10.30pm , mama ditolak ke labour room. Pukul 11.30pm doktor pecahkan air ketuban. Papa temankan mama sepanjang menanti adik lahir.
Tepat pukul 6.23 pagi (22/09/2009),hari raya ke tiga.. Adik selamat mama lahirkan.. Terdengarlah tangisan Muhammad Aryan Hafiy subuh-subuh tu. Legalah mama rasa..
Tapi... pada siang harinya setelah mama ditolak ke wad kembali, adik telah dihantar ke NICU untuk rawatn lanjut. Kaki adik biru,nafas berbunyi,dada tinggi,pernafasan adik kelam kabut, and adik tak nak menyusu..
Sehingga kini dah 6hari adik berada di sana.. Semoga adik selamat dan cepat sembuh. Kami rindukan adik....
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA