Entry kali ini pasal tips kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman
yang saya amalkan sepanjang kehidupan seharian.
yang saya amalkan sepanjang kehidupan seharian.
Saya bukanlah pakar dalam bab ini. Tapi sekadar hendak berkongsi pengalaman dan petua untuk kebaikan bersama. Jika kita banyak memberi ilmu lagi banyak ilmu yang kita bakal dapat kan.
- MINUM AIR KOSONG - Setiap kali bangun tidur minum segelas air kosong suam.Sejak kecil arwah mak yang ajar macam tu maka dah menjadi kepastian setiap hari wajib minum air kosong. Ia bagus untuk cuci dalaman kita dan buang toksin yang ada. Hasilnya insyaallah pasti awet muda sentiasa. Lagi bagus minum air kosong ni 8 gelas sehari.Kalau ber "jug" minum sehari pun lagi bagus. Cuma kalau minum banyak sangat pasti rasa nak terkucil selalu kan.Takpe ia bagus untuk kesihatan ye. Masalah saya kalau sedang mengandung minum air banyak salah, tak minum air pun pasti lagi bermasalah. Sebabnya semakin besar kandungan tu,semakin ia menekan pundi kencing. So ia normal untuk ibu mengandung memang kerap nak "terkucil". Kalau bersin lagilah seksa,so kena time mengandung kena pakai "panty liner". wajib ye sediakan payung sebelum hujan kebasahan..Hehehe..
**Pic credit to en google** |
- CUCI WAJAH - Agen pencuci muka yang wajib digunakan setiap hari seeloknya 3x sehari ialah gel/sabun pencuci wajah.Tujuannya untuk buang kotoran yang melekat kat muka tu. Lepas itu seminggu sekali atau dua kali wajib skrub muka.Bagus untuk membuang segala kekotoran yang tersumbat dekat pori-pori muka. Gunalah produk yang bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. Macam saya, setelah cuba pelbagai jenis produk sejak remaja, ke anak dara hingga kini dah berumah tangga saya setia pada yang satu sahaja kerana saya sangat serasi dengan semua produk Safi Rania Gold. Saya gunakan semua rangkaian produknya...Memang besttt! (Hehehe..bukan nak promote yer).
**Pic credit to en google** |
- PELEMBAP WAJAH - Wajib pakai pelembap wajah untuk elakkan kulit wajah jadi kusam, tak bermaya (cepat tua) .Seeloknya pakai yang ada kandungan SPF (sunscreen protection ) untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya yang secara amnya boleh menyebabkan sunburn. Lagi tinggi kandungan SPF lagi tinggi tahap perlindungannya pada kulit ya. Seeloknya siang pakai pelembap siang yang ada kandungan SPF, malam pula pakai pelembap malam. Waktu kita tidurlah kulit kita bertindak aktif menjalankan tugas-tugasannya.
- SAPU PELEMBAP SELURUH TUBUH - Losyen badan wajib sapu lepas mandi dan sebelum nak tidur. Kalau nak guna minyak zaitun pun boleh. Tujuannya nak jaga kulit dari kekeringan. Kulit akan sihat bersinar kalau dia lembap dan jua kekal sihat dan cantik ye. Kalau dah mengandung ,dah beranak tu lagilah jangan abaikan kekerapan menggunakan agen pelembap kulit ini ya. Kalau tak memang lah kendur , gelebeh sana sini.. huhuh buruk la rupa. Strech mark pun pasti wujud, kalau tak sikit mesti banyak dan kritikal. Senang je nak elakkan strech mark masa mengandung tu. Petuanya, masa mengandung sapu losyen,minyak atau bio oil kat sekitar perut yang kulit yang makin menegang bila makin membesar.Lepastu masa dalam pantang bersalin, wajib pantang betul-betul.Pakai barut,bengkung dan jaga makan dalam pantang itu wajib yer.Saya memang sangat menekankan aspek berpantang, sebab selalu arwah mak cakap kalau nak cantik ,awet muda bila dah beranak pinak tu petuanya kena berpantang betul-betul.
- PENJAGAAN RAMBUT - Bertudung bukan alasan mengabaikan aspek penjagaan rambut. Pakai syampu selang sehari untuk elak keguguran dan kekeringan rambut. Seterusnya pakai perapi rambut.Elakkan perapi rambut tersebut terkena kulit kepala ya.Ia patutnya berfungsi disekitar rambut sahaja. Kalau nak segar , sekali sekala lumurkan dengan air perahan limau nipis. Kalau amalkan selalu rambut jadi sihat,wangi, kekal bersinar.Cubalah nanti kepala pun rasa segar melegakan dan ringan sebab bau limau nipis yang amat freshhhh.... Jangan ikat rambut ketika basah. Kalau dalam pantang bersalin tu, kena ikat rambut tinggi-tinggi dan tegang-tegang. Tujuannya boleh buat muka awet muda dan elakkan angin masuk.Ketika bukan dalam pantang pun bagus buat macam itu.Nak tidur sikat rambut terbalik. Erm..macam mana ye saya nak terangkan di sini...? Macam ini, tundukkan kepala anda kebawah sikat rambut dari hujung leher ke hujung rambut.Maknanya sikat dari akar rambutla.Elok untuk melancarkan perjalanan darah di kepala.Lepas itu ketika nak tidur jangan ikat rambut, lepaskanlah rambut itu bagi ia bernafas.
- PEMAKANAN - Pemakanan itu penting untuk jaga badan.Ye! Saya memang amat meitik beratkan soal pemakanan. Saya bersyukur sebab badan jenis susah nak naik kalau makan banyak sekalipun. Tapi , tipulah tak naik. Mesti tambah berat sikitkan. Kalau tak percaya kena timbang berat selalu. Makan biar sedikit tapi kerap. Makanlah semua makanan yang disyorkan dalam gizi seharian. Jangan terlalu banyak makan makanan ringan. Boleh makan tapi jangan kerap ok. Tak perlu lagi bagus. Ketika dalam pantang bersalin, saya memang ikut peraturan pemakanan orang tua-tua.Makan apa yang patut dimakan,elakkan makanana ikut selera kita. Sekejap je tempoh berpantang tu.Kalau ikut betul-betul kita akan dapat hasil yang mengagumkan nanti. Badan pun tak kembang. Itu yang penting. Saya ada tengok orang ketika dalam pantang main bedal je makan itu makan ini. Hasilnya,lepas bersalin lepas ahbis pantang badan dia terus kembang dan mengembang.Huhuhuh..itu yang sepatutnya tak perlu berlaku pada setiap wanita yang sudah berumah tangga dan beranak.
- AMALKAN ULAMAN DAN JAMU - Saya selalu tengok arwah mak makan ulam itu dan ulam ini. Dia buat jamu sendiri dan kerap minum air pegaga. Tengok wajah dia pun macam awet muda dan dia tangkas buat kerja itu dan ini. Yang selalu saya tengok dia buat air jus (halia+kunyit hidup+asam jawa+daun mengkudu) belender dan minum airnya. Dia bagitahu bagus untuk kesihatan dalaman wanita.Saya tak pernah cuba lagi apa yang saya ingat arwah mak buat. Saya rasa ia memang bagus.Sepanjang kajian saya tentang pemakann berdasrkan tumbuhan,ulaman ini saya nampak semuanya beri kesan positif pada kesihatan dalaman. Cuma ada berani ke nak buat sendiri dan nak amalkan selalu? Hehehe..tepuk dada tanya diri ye! Saya cuma amalkan makan jamu selepas bersalin ,jamu lain-lain untuk memulihkan anggota dalaman dan juga sehingga kini iaitu jamu Maajun Anggun Bistari. Yup ia memang bagus untuk kesihatan dalaman mahupun luaran.Saya memang rasa khasiatnya sendiri.Selain itu ia juga berfungsi untuk menjarakkan kehamilan dan sebagai alternatif untuk hamil.
- BIBIR - Sentiasa gunakan pelembap.Tujuannya untuk elak kekeringan.
- SENYUM DAN TENANGKAN HATI - Jika anda menghadapi kesulitan ,kegusaran gundah gulana dengan masalah ditempat kerja, rumah tangga dan juga anak-anak sila tenangkan hati. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Cuba berfikiran positif dan senyum selalu. Insya allah segalanya pasti reda.Jangan simpan masalah itu ye. Cuba luahkan walau apa sekalipun yang terjadi.
- SOLEKAN WAJAH - Pastikan sebelum mulakan sebarang solekan diwajah perlu bersih dan cuci dahulu. Pakai toner. Lupa nak bagitahu kat atas tadi, Toner amat penting untuk mengekalkan keseimbangan dan kesegaran wajah. Toner wajib dipakai selepas cuci muka, selepas pakai skrub dan sebelum sapukan sebarang krim pelembap di muka.Wajib yer.Tujuannya untuk tutup pori-pori yang terbuka ketika basuh tadi. Lepastu pakailah apa-apa alat solekan anda dimuka. Tak elok muka ditepek dengan bahan kimia setiap hari.So kalau ada kesempatan untuk muka tidak ditempek dengan alat solek,nikmatilah ye. Akan demikian, solekan perlu setiap hari dengan sapu bedak diwajah pun dah cukup kalau dirumah tu untuk anda tampil berseri.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Petua Membuat Keintiman Semakin Ketat
ReplyDelete