Skip to main content

PRODUK PENJAGAAN KETIKA BERPANTANG - PART 1

Malam ni dah pukul 2pg..tapi tak masuk tido lagi..Huhuh..Saya tak ngantuk lagi..Baru je siap buat kerja~ Apa yang saya nak buat sekarang ialah , blog walking dan crawling mencari produk-produk loose pack untuk persediaan saya dalam pantang nanti. Rasa macam dah nak dekat je bersalin... Huhuh, walopun due bulan 8 nanti.. Takut terbersalin awal lagirk... Kena prepare lah sebelum tak sempat yerk ..

Kenapa tak nak guna set bersalin yang berlambak kat pasaran tu??? Disebabkan saya berpantang sendiri tanpa bantuan dan jagaan dari orang tua sejak anak pertama lagi. Saya perlu berdikari dan bijak memilih apa yang sesuai dan perlu untuk diri saya sendiri. Mengikut pengalaman berpantang sebelum ini.. Saya tak guna keseluruhan produk yang disediakan dalam set bersalin tersebut disebabkan  beberapa keaadan yang tak sesuai dan mengizinkan. Kenapa yer??


Ok macam ni sebenarnye..Masa berpantang si Aeman (my first cute baby) , saya guna set bersalin lengkap Leesa Formula. Tapi saya tak guna pun kesemuanya.. Macam gel sapu tu panas sangat..Kulit dan lemak saya mungkin tak setebal mana, masa pakai gel tu bersama bengkung saya dah jadi macam lipas kudung..Siap carik ais nak sejukkan bahagian yang saya sapu tu,,memang terbakar kulit..Tungku dia tak berapa best.. Sebab penat kena kukus berkali-kali..leceh..panas pun sekejap jer...Produk lain-lain dalam set ni emua ok saya guna. Tapi rasa tak lengkap, sebab tak ada param dan pilis serta banyak lagi..  So untuk melengkapkan keadaan tu, beberapa produk sampingan dan tambahan saya gunakan.. So memebazir je set ni bagi saya...



Lain-lain sebab ialah masa berpantang si Aryan (my second hero) , saya guna set bersalin Afiat. Lagi lah sangat membazir... Sebab dalam tu banyak jamu dan pil-pil makan.. Masalah utama saya,saya menyusukan badan bayi saya sepenuhnya. Saya cuba try makan jamu dan pil tu hanya 2-3hari je.Lepas tu tak makan langsung. Sebab saya takut baby saya ada masalah lain. Jamu tu agak panas takut tak sesuai dengan bayi saya..Walaupun 1minggu pertama baby Aryan dilahirkan saya tak susukan baby saya tu direct,saya perlu pam dan hantar ke hospital. Si aryan dalam ICU lagi masa tu disebabkan kes kritikal dia masa lahir.Dia duk dalam inkubator jerk..Susu yang saya perah tu diberi melalui tiub yang masuk ke hidung dia..Masuk minggu kedua barulah saya dapat susu kan si Aryan secara langsung.. Sampailah saya diperkenalkan dengan MAB yang best tu. Yang saya makan ialah MAB dan bidadari jer..Manakala produk yang tak makan dalam set bersalin ni saya gunakan sampai habis.

Okay..right now??? Apa yang perlu saya sediakan?? Haa kali ni nak cari loose pack prroduk-produck yang ada kat pasaran macam cendawan tumbuhsekarang nih.. Banyak sangat..semua untuk produk kesihatan...Naik juling mata saya memilih ni.. Saya tak gelojoh bab benda macam ni..Sebaliknya saya memang teliti 2-3-4 kali tengok dan compare. Kali ni saya just nak beli apa yang saya guna dan pakai jer.. Okay check it out!!! Nanti saya update di next entry.. Rite now nak cuci mata dan pilih memilih dulu!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...