Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Kandungan 37 minggu sudah..anak no 3

Usia kandunganku dah mencecah 37 minggu (rekodku tempoh kandungan baby paling lama setakat ini) . Semalam buat check up pregnancy seperti biasa. Doctor cakap perut kamu dah padat, kepala baby dah di pintu.. Bersedia je ye menghadapi segala kemungkinan ...  Alhamdulillah setakat ni semuanya sihat , keadaan aku dan baby Insya Allah sihat. Semoga disaat kelahiran nanti aku dipermudahkan segalanya. Amin... itulah doa ku sepanjang masa mengandung ini. Ya Allah.. syahdu rasanya di pagi Jumaat ini... Tidur malam sejak beberapa minggu ini tidak selesa asyik terjaga. Sakit dibelakang hanya tuhan yang tahu.. Abang pun cakap yang kandungan kali ini agak nampak besar berbanding yang lepas. Sebab itulah pergerakan aku agak terbatas. Nak imbangkan badan dengan berat perut ni.. Memanglah sakit.. Mujurlah 2bujang kecilku ini memahami situasi aku, paling best selalu tolong tarik tangan mama dia yang boyot ni bila nak bangun.. Alhamdulillah, walaupun 2 orang hero ku ini sangat aktif (nama pun lel...

SAAT ITU AKAN TIBA

Ya Allah, semakin hampir aku menunggu hari, semakin banyak ujian dan dugaan yang aku hadapi.. Ujian menghadapi insan yang tidak memahami situasi seorang ibu.. Semakin hampir saat kelahiran , semakin aku rasa maha hebat kuasa Allah berikan pada seorang yang bergelar ibu.... Aku yakin tanpa kekuatan hati, mental dan fizikal mereka takkan mampu menggalas tanggungjawab dan peranan ini.. Hanya pada Nya tempat ku mengadu dan memohon secebis kekuatan. Aku yakin bayi dalam kandungan ku ini juga memahami apa yang mama sedang hadapi.. Bila kuusap dan berbual dengannya , dia menunjukkan tindak balas positif. Sukar nak kugambarkan bagaimana antara ikatan seorang ibu dan bayi dalam kandungannya.. Mama pandang Aeman dan Aryan, mama tahu dia perlukan mama yang kuat dan tabah. Ye.. tanpa kekuatan dari mu tuhan, mama takkan mampu mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kamu semua sehingga ketahap ini.. Ye, mama bahagia dengan kalian semua. Dan kebahagiaan ini akan kita kongsi bersama-sama dengan k...