Skip to main content

SAAT ITU AKAN TIBA

Ya Allah, semakin hampir aku menunggu hari, semakin banyak ujian dan dugaan yang aku hadapi..
Ujian menghadapi insan yang tidak memahami situasi seorang ibu.. Semakin hampir saat kelahiran , semakin aku rasa maha hebat kuasa Allah berikan pada seorang yang bergelar ibu....

Aku yakin tanpa kekuatan hati, mental dan fizikal mereka takkan mampu menggalas tanggungjawab dan peranan ini.. Hanya pada Nya tempat ku mengadu dan memohon secebis kekuatan. Aku yakin bayi dalam kandungan ku ini juga memahami apa yang mama sedang hadapi.. Bila kuusap dan berbual dengannya , dia menunjukkan tindak balas positif. Sukar nak kugambarkan bagaimana antara ikatan seorang ibu dan bayi dalam kandungannya.. Mama pandang Aeman dan Aryan, mama tahu dia perlukan mama yang kuat dan tabah. Ye.. tanpa kekuatan dari mu tuhan, mama takkan mampu mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kamu semua sehingga ketahap ini.. Ye, mama bahagia dengan kalian semua. Dan kebahagiaan ini akan kita kongsi bersama-sama dengan kelahiran bakal adikmu nanti.. Mama sentiasa doakan agar tibanya saat itu, semuanya akan baik-baik sahaja, selamat , sihat dan wal afiat. Untuk itu setiap masa mama tersenyum.. Tersenyum menitip hari-hari ini demi secebis kekuatan.Mama tersenyum kerana gembira dan bahagia dengan kalian yang melengkapi hidup mama. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki darimu tuhan.. Amin..


Walaupun kadangkala rasa cemas itu hadir, cemas di saat hari kelahiran nanti.. Biarpun ini bukan kali pertama kelahiran yang bakal aku hadapi.. Tapi aku tetap masih ada sedikit rasa cemas.. Cemas ketika ingin mengeluarkan satu nyawa dan cemas selepas kelahiran.. Apa itu?? Jahit... adoi.... Mesti sakit lepas tu... TENANG!
Ya...saat itu aku aku mungkin menangis kerana kesakitan.. Tapi selepas itu aku pasti akan gembira dan bahagia dengan sebuah tangisan halus dari seorang insan kecil yang baru bernafas di muka bumi ini.. Moga saat itu semuanya akan berjalan dengan lancar.. Amin....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...