Usia kandunganku dah mencecah 37 minggu (rekodku tempoh kandungan baby paling lama setakat ini) . Semalam buat check up pregnancy seperti biasa. Doctor cakap perut kamu dah padat, kepala baby dah di pintu.. Bersedia je ye menghadapi segala kemungkinan ...
Alhamdulillah setakat ni semuanya sihat , keadaan aku dan baby Insya Allah sihat. Semoga disaat kelahiran nanti aku dipermudahkan segalanya. Amin... itulah doa ku sepanjang masa mengandung ini. Ya Allah.. syahdu rasanya di pagi Jumaat ini... Tidur malam sejak beberapa minggu ini tidak selesa asyik terjaga. Sakit dibelakang hanya tuhan yang tahu.. Abang pun cakap yang kandungan kali ini agak nampak besar berbanding yang lepas. Sebab itulah pergerakan aku agak terbatas. Nak imbangkan badan dengan berat perut ni.. Memanglah sakit.. Mujurlah 2bujang kecilku ini memahami situasi aku, paling best selalu tolong tarik tangan mama dia yang boyot ni bila nak bangun.. Alhamdulillah, walaupun 2 orang hero ku ini sangat aktif (nama pun lelaki, sebab tulah tak reti duk diam dan ligat) , tapi bila mama cakap apa sahaja mereka mengerti dan memahami, siap volunteer nak buat pelbagai kerja rumah (bila mama dia nak buat kerja ...contohnya macam sapu ,mop lantai dan kemas-kemas). Dalam situasi macam ni, diorang sendiri tak berani nak minta lebih-lebih dengan aku. Yang aku perasan, mereka banyak bermanja dengan papa dia sekarang.. Mungkin diorang tak nak susahkan aku kot.. Kalau aku buat muka sakit diorang sendiri panik and datang dekat aku peluk-peluk dan cakap ("Mama sakit ke? Cian mama.. Dah..dah..dah)....) Heheheh.. best kan saat tu, sweet je rasa :)
Tapi sakit ni sedikit je, berbanding nanti nak bersalin.. Itulah kekuatan yang Allah anugerahkan pada seorang ibu. Yang pasti aku akan bersalin dikala Ramadhan nanti. Mampukah aku untuk berpuasa Ya Allah Ramadhan kali ini?.. Dah 2kali mengandung sarat terkena pada bulan puasa. Imbas kembali, tahun 2009 aku melahirkan Aryan pada 3 Syawal . Jenuh ganti dan bayar fidyah :) Sepanjang bulan Ramadhan tahun tu aku tak mampu berpuasa. Duduk masuk keluar wad je.Sebab sebelum Ramadahan aku dah keluar air ketuban ketika 7bulan mengandungkan Aryan. Tapi tak bersalin-salin jugak. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.. Walaupun kisah kelahiran Aryan sedikit tragis dengan situasi dia yang kritikal semasa lahir tu..Dan Alhamdulillah Aryan selamat dan sihat sehingga kini dah dah nak mencecah 2 tahun bulan September nanti.
Tahun ni berpuasa dan beraya bersama ahli keluarga baru. Semoga kehadiran "DIA" menambahkan kebahagiaan hidup kami sekeluarga.. Amin.. :)
Comments
Post a Comment
KOMEN DAN PERTANYAAN SILA TULIS DI RUANGAN INI YA