Skip to main content

Kandungan 39 minggu selamat melahirkan baby boy lafi!!

19/8/2011 (Jumaat)  :
Pagi-pagi ketika mandi keluar darah seketul.Tak sempat tengok besar mana ketulan darah tu... Hari tersebut dah 39 minggu 1hari.. Lepas tu bleeding tanpa kesakitan.. Tunggu sakit baru decide nak pergi hospital..

20/8/2011 ( Sabtu) :
Bleeding dan lendir bercampur darah masih keluar. Masih tak sakit. So hari tu ajak husband pergi jalan-jalan shopping sana sini. Sebenarnya motif utama nak gerak banyak dan nak nak cepatkan proses kontraksi... Sebab tak sakit lagi... :( So bila dah jalan-jalan tu datnglah kontraksi.. Tapi boleh ditahan lagi... Malam tu mengeras je perut..

21/8/2011 (Ahad) :
Alahai masih tak bersalin lagi.. Baby rasa kurang gerak sebab mengeras dari semalam.. Sepanjang hari melasak buat kerja rumah sebab nak ccepatkan lagi kontraksi tu.Dah tyak pikir lagi dah larat ke tak. Sempat lagi buat aktiviti dengan anak-anak. Cuci kereta , motor dan main air dekat luar.. Habis basah.. Dari pagi sampai malam tak berehat macam lipas kudung wat kerja itu dan ini. Akhirnya rasa kontraksi semakin kerap.Plus lagi baby tak gerak cukup. Show bleeding masih keluar lagi..

Malam pukul 11pm... pergi hospital ... Alah.. check baru 2cm.. Doc suh masuk wad..Mintak balik dia tak bagi :( Sebab nak balik tak nak kena tahan wad kerana tak mo tunggu lama-lama dekat hospital.. Lepas warded tu,, alamak kontraksi makin kuat la pulak.. Nasib la baik doc tak ikutkan cakap aku nak balik tu. Papa call around pukul 1pagi, aeman dan aryan nangis dekat rumah cari mama... Huhuh.. hakikatnya mama "kepenatan" sebab siang tadi melasak buat kerja.. Mama cakap denagn papa yang mama penat.. Tak larat nak tido.. Mama pun terus tertido sambil perut tu menegang semacam.. Penat punya pasal tak pikir hape dah.. tido lagi best!

22/8/2011 (Isnin) :
Pukul 6pg bangun solat subuh..Doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan urusan bersalin..Sakit? Tak de pun. Pose..memang tak la, kalau dh dekat hospital..Of cos jap lagi doc check bukaan dekat bawah tu.. Seluk tengok dah berapa cm.. Dan itu mestilah membatalkan puasa. Normal check rite? Dah jangka apa yang doc akan check.. Pukul 7pg lebih pergi toilet sebab nak buang air, tiba-tiba... banyaknyer darah meleleh..apeni????huhuhuh..pastu bagitau nurse dia suh pakai pad..


Pukul 8pg doctor pakar round dekat katil patients.. Sampai turn aku , dia tanya macam2 la.. Pastu check bukaan, masih lagi 2cm.. alahai.. Lambatnye progress? Tapi baby kurang bergerak..bleeding bnyak giler... Jugak tak sakit lagi...

Then pukul 10pg masuk labour room.  Dalam labour room doc buat macam-macam. Diorang membebel apesal la 2cm dah hantar labour room.Kesian dekat aku nanti.. Mesti lama nak tunggu bersalin.. ALHAMDULILLAH.. Kuasa Allah Subhanallah! Progress tak lama.. Tiba-tiba air ketuban pecah. Bila dah pecah kontraksi makin kerap. Doc target pukul 2petang nanti kalau tak de good progress, nak buat follow up dan terus wat ape2la..Mungkin bersalin petang atau malam. Kali ni aku tak diberi ubat tahan sakit. Semuanya secara semulajadi. Sepanjang tu aku baca yasin tanpa henti. Zikir "La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzzhalimin" dan "Hasbiyallahu wani'malwakil Ni'mal maula huwa ni'man nassir" tanpa henti.. Segenap nafas aku serahkan bulat-bulat pada Nya.. Kali ini aku bersalin tanpa ditemani suami di sisi. So dari segi fizikal dan mental aku dah bersedia..Hanya padaNya aku berserah .. Nurse dan doc suruh aku sedut gas tu kalau sakit. Tapi aku tak buat pun..sebab tau effect dia dan fobia dengan kelahiran aryan lepas aku banyak sedut gas tu aku muntah-muntah dan pitam pening lama sangat lepas bersalin.. Kali ni semuanya aku tahan sendiri..Sampai nurse dan doc cakap tahannya awak ni..Kalau sayadah lama menjerit ni.. Bukan ape..sebab sakit tu aku tak rasa sangat.. Alhamdulillah!

Aku tengok jam pukul 12.30 tengahari dah.. Aku rasa macam nak meneran.. doc check bukaan baru 4-5cm.. Dia cakap lama lagi..jangan teran dulu.. So aku tahan sambil berzikir tanpa henti.Berdoa banyak-banyak agar Allah permudahkan segala urusan.. So pukul 1 tengah hari lebih aku cakap aku dah rasa nak meneran sangat..mungkin baby nak keluar..Doc check baru 6cm.. Doc cakap nanti boleh koyak kalau aku teran sekarang.. Subhanallah! Allahu Akbar! Aku memang nak meneran..Aku teran dan doc dan bidan yang sambut tu semua kelam kabut pakai sarung tangan.. Dan dengan 3kali teran..

Jam 1.27tengah hari.. Nguwekk... Alhamdulillah.. Leganya... Baby boy!! Kali ni no more "Enggek!"* (Tangisan Aeman dan Aryan masa lahir dulu).. Penat,lega,sakit,tak larat,syukur,gembira berbaur menjadi satu.. Baby kini senyap dalam dakapan mama =).. alahai lebatnya rambut dia.... Comelnya =) macam pernah tengokla baby ni sebelum ni.. Tapi dekat mana erk???? err..... Dalam masa yang sama, nurse dan doc buatla pelbagai dekat bawah tu.. Aku dah tak kisah.. Doc bagitau.. dik awak tak payah jahit... Huhuh.. seriously???? Berapa berat dia?? 3.4kg dik...
Subhanallah! syukur...macam tak percaya... Sangat mudah bersalinkan dia.. Sangat sekejap di labour room.. Sangat tak berapa sakit...Segalanya Allah telah permudahkan aku melaluinya...tapi itu hakikatnya... =)

Baby baru lahir ketika masih di labour room...


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Akar Genggam Siti Fatimah

Tak sure mana satu nama yang betul. Tapi aku panggil benda alah ni camtulah.. Tau tak khasiat dia ada pelbagai? Insya allah.. kita berusaha Allah yang tentukan segala-galanya. Tapi janganlah percaya dan bergantung dengan benda alah ni 100%..tu dah syirik namanya.. Ok sebenarnya nak cerita pasal akar kayu ni.. Aku tau pasal kewujudan benda alah ni sejak mengandung anak pertama dulu. Tu pun mak cik jiran depan rumah yang baik hati tu suruh cuba masa aku dah 5bulan lebih dan dia bagi pinjam sampailah aku lepas bersalin baru aku pulangkan balik. Dia suh minum air akar kayu ni sebagai usaha untuk permudahkan bersalin. Dapat benda ni dari Mekah. Mulanya aku cam tak nak percaya lah. minum pun sekadar niat untuk berusaha agar segalanya berjalan lancar ketika aku nak bersalin nanti.. Aku ingat ni nak buat air selusuh ke hape ke.. Tapi tak yer sebenarnya.. Dan aku minum untuk ketiga-tiga anakku.. Mengikut pengalaman aku sendiri guna benda alah ni.... 1) Bersalinkan Aeman - Aku bersalinkan...