Skip to main content

Ramadhan pertama bersama 2 kids dan sarat mengandung.....

Salam Ramadhan AL mubarak untuk pembaca blog ini. Huhuhu.. hari ni adalah 1/8/2011 hari Isnin yang cerah dan bersamaan 1 Ramadhan. Pengalaman berpuasa hari pertama ketika tengah sarat mengandungkan anak ketiga ini.. Alhamdulillah, pagi  tadi tak sahur sebab ter over tidur tapi setakat ni mama masih okay je, tapi baby ni kurang aktifla sikit, tak rajin bergerak macam biasa.. (Dalam pantauan)... Malam tadi tak lena tidur pejam celik,pejam celik sebab tak selesa dengan baby dalam ni. (Biasalah kalau malam je dia wat banyak hal sampai mama dia tak leh tidur lena).. Nak sahur time tu malas, sebab tengah mood tak selesa badan perut semua.. Agak kalau nak sahur pagi tadi pun minta en hubby sama-sama tolong sediakan. Yelah dah time ni nak gerak pun sakit-sakit, maka hamba perlukan bantuan dari tuan hamba.. huhuhuh...

So far, lepas en abang pergi keje pagi tadi... mama siapkan breakfast my 2 little boys ni.Nasi + telur goreng pun jadilah. Rutin hidup seharian dorang seperti biasa la, sebab si abang baru nak 3tahun dan si adik baru nak 2 tahun, tengah kuat makan dan aktif. Malam tadi kita ajar pasal niat puasa, dia blur plak.. huhuh.. takpe belum masa lagi nak ajar dorang berpuasa.
Pas suapkan menu simple kat dorang berdua dan diorang pun dah buburppp (means kenyang)... So mandikan dioarng berdua and kemas rumah semua  pun siap. Pastu rutin kerja mama pulak seperti biasa.

Setakat ni, dah tengah hari jam 2 petang.. 2 orang abang ni mintak mamam lagi.. So, mama gorengkan fries dan nuggets jer.. Then, diorang boleh makan sendiri.Air semua dah sediakan. Dah ajar dorang sebelum ni nak makan baca doa, selepas makan basuh mulut dan tangan. Mama tinggal je dorang berdua dekat dapur. Mama sambung update blog nih..hehehe.Ok , Alhamdulillah harini diorang berdua tak buat hal , ikut je cakap mama dan senang la.. Pas siap makan tengok Wonderpet feveret dorang laks :)

Tapi alamak.. baby dalam perut ni masih slow la,senang kata tak rasa dia gerak (sebab mama tak sahur ke???).. Huhuhuh... esok checkup appt.. esok nnti tanya misi kat klinik tu camne...






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman keluar hingus lendir di telinga baby Ammar

Tajuk kasi gempak sedikit . Ceritanya dah seminggu berlalu baby Ammar alami keluar cairan seperti hingus di telinganya . Cairan tu warna hijau dan lekitnya macam hingus dia. Nak kata nanah bukan tau ! Sebab nanah tu berbau tapi ini tidak berlaku. Telingamacam biasa bau baby oil kalau lepas mandi & refreshing time tu . Tapi akan berbau mashamm semula selepas dia berpeluh , tapi tidak le berbau busuk seperti nanah.. So mama tak rasa dia ada masalah penyakit dalam telinga atau pun torek ke hape ke.. Keadaan dia pun takla menggaru telinga. Tak usik sangat telinga. Cuma perasan bila telinganya terlalu penuh dengan hingus lendir hijau tu , kalau mama tak cepat bersihkan dia usikla telinga dia tu..macam tak selesa tau.. FYI cairan n seperti hingus tu banyak sangat pekat likat sehingga menutupi keseluruhan lubang telinga dia tu.. Hahha.. Kan! Setiap anak tu lain-lain masalah kisah dia .. TAK SAMA TAU ! Yang ni pun tak pernah terjadi pada anak mama yang lain tu. Yang 3 abang dia tu takde pe...

Pengalaman Keguguran Hamil 12 minggu - Kandungan ke 7

Hikmah keguguran kali ni buat bondanis lebih faham perasaan ibu2 yang sedang struggle ikhtiar untuk hamil. Ini kandungan bondanis ke 7. Dan ini juga adalah kandungan kedua dalam tempoh usia 30an ni. 5 orang anak lahir hidup sebelum ni lahir ketika bondanis usia 20an.  Memang beza rasa hamil 20an. Tenaga dan kekuatan jangan cakaplah. Sungguh dulu bondanis tengah hamil sangat cergas melasak buat kerja berat macam    manapun, kandungan tu selamat juga bersalin akhirnya.  Anak ke6 bondanis hamil ketika usia 30an. Ketika tempoh hamil tu tak ada masalah apa pun.  Selepas 10 tahun tunggu nak dapat anak perempuan , Alhamdulillah Allah Maha Baik bagi juga bondanis rasa dapat anak perempuan.  So lepas lahir je si bongsu Aaira, hormon bondanis terus bercelaru. Sampai kena warded sebulan lepas postnatal kena alergik ubatlah apalah. Macam2 betul. So masa tu konon insof terus dah nak beranak lagi. Sakit oii. Fikir semakin perempuan berusia lagi susah rupanya ya dugaan na...

Mama kena ketumbit mata dan benjolan di leher

Saya nak merempit harini bercerita tentang the past and the future. Haa..kira macam past tense & presence tense... Pada bulan 10/2012 saya terkena penyakit ketumbit mata. Ia disusuli dengan tumbuhnya benjolan di leher. Dua-dua tu rasa sakit sangat... Ketumbit di kelopak mata atas  Benjolan tumbuh di leher sepanjang kena ketumbit tu.. bisa  Makin hari makin besar...x tahan sakitnye.. try tekan nak pecahkan xboleh la pulak.. Ni dah surut sikit..sebab dah pegi hospital dah makan ubat... Doc dah pecahkan nanah tu sikit.. Pastu... doc suh balik bagi ubat antibiotik dulu & lagi 3 bulan ade follow up check up..dia cakap benjolan tu sebab nanah yang tersumbat tak keluar dekat mata tu.. Tapi boleh tumbuh dekat celah ketiak ,peha dan mana-mana tempat dia nak...In my case dia tumbuh dekat batang leher..Tu bukan celah lagi dah... Ikut suka dia je mana nak tumbuh... Tengok tu " pakar bedah am "... Ish kalo benjol & ketumbit tu xhilang lag...